Skip to main content

Turunkan Kolesterol, Elak Serangan Jantung, Ini Caranya!

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

kolesterol

Pernah dengar pasal kolesterol? Adakah kolesterol itu semuanya jahat?

Sebenarnya, kolesterol ni bukanlah semuanya jahat. Kalau nak tahu, tubuh badan kita ni memang memerlukan kolesterol untuk fungsi-fungsi tertentu, termasuklah dalam membina sel, menghasilkan hormon dan juga membantu sistem tubuh badan kita untuk berfungsi dengan baik. Tapi masalahnya… bila kolesterol jahat (LDL) dah naik terlalu tinggi, masa tu lah macam-macam masalah boleh timbul. Contohnya, salur darah boleh tersumbat dan seterusnya jantung kita pun terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi untuk mengepam darah.

Tahukah anda, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 4.8 juta rakyat Malaysia ada masalah kolesterol tinggi, dan kebanyakannya tak sedar pun yang mereka ada masalah tu. Seram, kan? Tambah pula kolesterol tinggi ni pada awalnya selalunya tak ada simtom langsung. Tahu-tahu je, dapat serangan jantung! Uuuiii.... Seram!

Sebab tulah penting untuk kita jaga paras kolesterol dalam darah kita. Bukan tunggu dah dapat masalah macam-macam baru nak ambil tindakan. Dalam post ni, saya nak kongsikan beberapa cara dan tips untuk menurunkan paras kolesterol atau menstabilkan paras kolesterol kita. 


Kurangkan Berat Badan Berlebihan

Kalau berat badan kita dah terlebih daripada yang sepatutnya, itu memang boleh jadi salah satu punca paras kolesterol susah nak turun ke paras normal. Bila badan kita simpan lemak berlebihan, paras kolesterol jahat (LDL) boleh meningkat, dan kolesterol baik (HDL) pula akan makin menurun. Tak nak lah macam tu kan... (Boleh baca di sini kenapa berat badan kita susah nak turun)

Tapi jangan risau, jangan rasa kita perlu turun berat badan laju-laju. Tak perlu pun nak aim turun 10kg terus dalam masa seminggu contohnya... Just usaha untuk turunkan sikit-sikit dulu. Itu pun dah boleh beri impak positif pada kesihatan badan kita secara menyeluruh. Kajian ada kajian yang menunjukkan kalau kita berjaya turun hanya 5-10% daripada berat badan pun, ia dah cukup untuk bantu turunkan paras kolesterol.

Nak mula macam mana? Boleh cuba tips ni:

- Kawal saiz hidangan: Tak perlu berlapar, tapi control jangan asyik nak menambah-nambah je
- Gantikan makanan tinggi kalori dengan versi sihat. Contohnya, tukar minuman manis dengan air kosong atau infused water
- Jadikan senaman sebagai rutin harian. Tak semestinya kena jogging atau senaman berat. Menyapu rumah pun dah dikira aktif!
- Jangan terlalu stress nak kurus cepat. Fokus pada gaya hidup sihat, bukan angka pada alat penimbang semata-mata.

Ingat, turun berat badan bukan untuk nampak kurus je, tapi untuk bantu jantung kita kerja dengan lebih mudah dan terus sihat dalam jangka masa panjang. 


Bersenam Secara konsisten

kolesterol

Ramai orang takut dengar perkataan “bersenam” sebab ingat kena pergi gym hari-hari, kena berpeluh satu badan, kena siap beli dan pakai kasut sukan yang mahal-mahal. Sebenarnya tak payah pun macam tu! Nak turunkan kolesterol, kita cuma perlu mengaktifkan badan kita secara konsisten je. Tak kisahlah aktiviti apa pun, janji kita aktif. (Boleh baca sini untuk tips jaga sendi semasa bersenam)

Kenapa senaman penting?

Sebab bila kita aktif, badan akan bantu naikkan kolesterol baik (HDL) dan turunkan kolesterol jahat (LDL). Selain tu, senaman juga bantu turunkan berat badan, kawal tekanan darah, dan buat kita rasa lebih bertenaga.

Kalau tak tahu nak mula dari mana, cuba yang ini dulu:
- Brisk walk 30 minit sehari: Jalan laju sikit, tak perlu lari pun kalau tak larat
- Naik tangga: Kurangkan naik lif kejap, banyakkan naik tangga kalau hanya nak naik 2-3 tingkat
- Menari: Bukak lagu favourite anda, dan gerak-gerakkan bandan ikut beat. Buatlah macam mana pun. Tak ada sape nak tengok. Best tau! Boleh release stress sekali.
- Ikut senaman ringkas kat Youtube: Banyak video percuma, ikut je step dia

Paling penting, buat dengan konsisten. Tak perlu tunggu mood datang, buat dulu baru mood menyusul. Mulakan sikit-sikit, asalkan jangan tinggal terus!


Ambil Supplemen (Kalau Perlu)

Kalau dah cuba jaga makan, bersenam dan turunkan berat… tapi kolesterol masih tinggi, mungkin dah sampai masa kena consider untuk amalkan supplemen sebagai sokongan tambahan. Tapi kena ingat, supplemen bukan ubat magic ya. Ia cuma untuk bantu dalam menyokong usaha kita untuk mengawal paras kolesterol kita.

Antara supplemen yang saya ingin syorkan adalah:

1) Omega-3 (minyak ikan)
- Bantu kurangkan trigliserida
- Tingkatkan kolesterol baik (HDL)
- Contoh supplemen Shaklee: Omega Guard

2) Fitosterol
- Bahan semula jadi dari tumbuhan yang bantu halang penyerapan kolesterol jahat dalam usus
- Contoh supplemen Shaklee: Phytocol ST

kolesterol

3) Bawang putih (garlic extract)
- Ada kajian tunjuk ia boleh bantu rendahkan kolesterol dan tekanan darah
Contoh supplemen Shaklee: Garlic Complex

4) CoQ10
- Bagus untuk kesihatan jantung dan tenaga sel
- Sangat bagus terutama untuk yang dah ambil statin (ubat kolesterol), sebab statin boleh kurangkan CoQ10 dalam badan
- Contoh supplemen Shaklee: CoQ-Trol Plus (Boleh baca sini untuk tau pasal CoqTrol Plus ni)

Sebelum ambil apa-apa supplemen, pastikan:
- Semak label dan kandungan. Pilih yang ada bukti saintifik
- Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi, terutamanya kalau ada ambil ubat-ubatan lain
- Konsisten. Supplemen perlukan masa untuk tunjuk kesan. Bukan makan seminggu terus nampak result!

Kalau rasa susah nak disiplin, boleh cuba mula dengan satu jenis dulu. Bila dah biasa, boleh tambah ikut keperluan.


Jaga Pemakanan Harian

Kalau nak turunkan paras kolesterol, kita kena jaga apa yang kita masuk dalam mulut kita. Tak boleh nak redah makan macam-macam, lepas tu harap paras kolesterol boleh turun sendiri. Tapi tak delah bermaksud asyik kena makan makanan bosan je hari-hari... Banyak je makanan-makanan yang sedap, tapi sebenarnya adalah pilihan yang sihat. 

Makanan yang bagus untuk turunkan kolesterol:
- Oat: kaya serat larut yang bantu buang kolesterol dari badan
- Ikan berlemak: cth salmon, sardin, tenggiri. Ada Omega-3
- Buah & sayur: Tinggi antioksidan dan serat. Cuba ambil pelbagai warna!
- Kekacang: macam badam, walnut, tapi jangan yang bergoreng atau ada garam tambahan
- Minyak sihat: Boleh try guna minyak zaitun atau minyak canola untuk masak. Guna dalam jumlah yang minimal

kolesterol

Makanan yang patut dikurangkan:
- Makan bergoreng & berminyak: Lemak tepu boleh naikkan kolesterol jahat
- Makanan segera & diproses: Cth sosej, nugget, kentang goreng...
- Minuman manis: Air gas, teh tarik, kopi susu pekat… Semua ni naikkan risiko
- Santan & lemak haiwan: Santan memang tak naikkan kolesterol secara langsung. Tapi kalau ambil berlebihan, boleh meningkatkan lemak dalam badan dan seterusnya boleh tingkatkan kolesterol. Kalau nak guna, guna secara minimal je.

Tips mudah:
- Guna pinggan suku-suku separuh. Suku karbo, suku protein, separuh sayur/buah
- Kurangkan gula & garam. Kalau dah biasa suka manis dan masin, kurangkaqn sikit-sikit dulu. Nanti lama-lama akan biasa lah....
- Masak sendiri. Lebih jimat dan kita boleh kawal bahan yang digunakan.

Pendek kata, jaga makan bukanlah kena berlapar. Cuma kita kena belajar buat pilihan yang lebih bijak. Badan pun akan rasa lebih ringan, paras kolesterol pun turun, kita pun akan jadi lagi happy!


Berhenti Merokok dan Pengambilan Alkohol

Kalau betul-betul nak jaga kesihatan jantung dan turunkan kolesterol, rokok dan alkohol memang kena buang terus dari hidup. Tak payah fikir nak kurangkan. Berhenti terus, full stop.

Rokok bukan sekadar bahaya pada paru-paru:
- Turunkan kolesterol baik (HDL) dan naikkan kolesterol jahat (LDL)
- Merosakkan salur darah, membuatkan ia sempit, keras dan senang tersumbat.

Nak berhenti memang mencabar, tapi bukan mustahil:
- Cuba kurangkan secara berperingkat
- Elakkan tempat atau situasi yang trigger rasa nak merokok
- Dapatkan sokongan dari pasangan, kawan atau pakar kaunseling

Alkohol juga sangat-sangat tak bagus, lagi-lagi untuk orang islam:
- Boleh tingkatkan paras trigliserida, lemak dalam darah yang akan bahayakan jantung
- Kacau fungsi hati, naikkan tekanan darah dan buat berat badan bertambah

Tinggalkan terus, demi rasa sayang bukan hanya pada diri sendiri, tapi juga atas rasa sayang pada keluarga kita yang tercinta juga.


Akhir kata…

Kolesterol tinggi ni bukan perkara main-main. Walaupun ia mungkin tak berikan simtom, tapi bahayanya sebenarnya boleh datang tiba-tiba, seperti serangan jantung, strok dan salur darah tersumbat. So, jadikan sharing saya ini sebagai reminder untuk kita, yang kita masih sempat untuk ubah gaya hidup kita sekarang sebelum terlambat. 

Mulakan perlahan-lahan: jaga makan, banyakkan bergerak, kurangkan berat badan, berhenti merokok, dan jauhi alkohol. Kalau perlu, tambah supplemen semulajadi sebagai sokongan. Saya sendiri amalkan produk daripada Shaklee, terutama Omega Guard (Omega-3) dan Phytocol ST (fitosterol) yang terbukti dapat bantu mengawal kolesterol secara semulajadi. Yang penting, konsisten dan buat dengan ilmu.

kolesterol

Kesihatan ni bukan untuk diri kita sorang je. Tapi untuk orang-orang yang kita sayang juga. Jom sama-sama usaha ke arah hidup yang lebih sihat!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Shaklee
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...