Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Cepat Hamil dengan GLA Complex

Assalamualaikum wbt. Malam ni nak cerita sikit pasal GLA Complex... GLA Complex memang dah sangat famous dengan manfaatnya untuk kesuburan wanita. Tapi apa yang ada pada GLA Complex ni yang boleh menyumbang kepada kesuburan wanita? Sesetengah wanita mempunyai paras asid lemak yang tidak mencukupi dalam badan mereka. Jadi gamma linolenic acid (GLA), iaitu salah satu asid lemak penting, boleh membantu untuk merangsang kesuburan mereka dengan membantu untuk mendapatkan paras dan kepekatan mukus servik (' cervical mucus' ) yang mencukupi yang diperlukan untuk membenarkan sperma 'berenang' dengan mudah melalui saluran pembiakan dan terus ke rahim.  Apa pula ' cervical mucus' ? 'Cervical mucus' atau mukus servik adalah sejenis pelincir yang memudahkan sperma bergerak melalui laluan pembiakan dengan lancar dan tanpa halangan daripada vagina terus ke rahim di mana sperma boleh bersenyawa dengan ovum. Dengan ini barulah fetus boleh mul

Apa Yang Perlu Kita Tahu Tentang Vitamin B-Complex

Assalamualaikum & Hai Semua! Vitamin B adalah sekumpulan vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Apa yang kita perlu tahu tentang Vitamin B, ia bukanlah wujud secara solo. Contohnya, dalam sesuatu makanan boleh terdapat beberapa jenis Vitamin B yang berbeza dari segi kimia. Secara umumnya, supplemen yang mengandungi kelapan-lapan jenis vitamin B dipanggil Vitamin B-Complex. Supplemen Vitamin B yang wujud secara solo dipanggil dengan nama khususnya. Sebagai contoh, Vitamin B1, B2 dan sebagainya... Kenapa penting untuk ada kelapan-lapan jenis Vitamin B ni?   Mestila... Sebab setiap jenis Vitamin B ni memainkan peranan berbeza dan amat penting untuk kesihatan badan kita.. Saya cuba terangkan satu-persatu: B1, Thiamine   ✑  Memainkan peranan utama dalam menjana tenaga daripada karbohidrat ✑  Akibat kekurangan : Hilang berat badan, gangguan emosi, lemah badan, denyutan jantung tak sekata, edema, pelupa B2, Riboflavin  ✑  Terlibat dalam menghasilk

Set Kesihatan Sendi Shaklee (Joint Health Set)

Sakit sendi boleh berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis.  Walau apa sekalipun puncanya, ternyata ia amat membebankan. Apabila kita mula menderitainya, cuma satu persoalan yang bermain di fikiran iaitu mencari cara untuk melegakannya... Shaklee menawarkan Set Joint Health bagi mendapatkan kesihatan sendi yang optimum!! Kebaikan: ✬  memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi. ✬  membantu mengekalkan tulang yang kuat membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi. Supplement apa yang terdapat dalam Set Joint Healt ni? 1) Advanced Joint Health Tablet (AJHT) ○  AJHT Shaklee adalah satu formula proprietari yang mempunyai gabungan bahan-bahan yang amat berkesan yang telah ditunjukkan dapat menyokong mobiliti, fleksibiliti, dan untuk fungsi sendi yang sihat  ○  AJHT Shaklee dihasilkan dengan bahan yang bertindak pantas ya

Resepi Meal Shake Smoothie bersama Oren dan Pisang

Assalamualaikum wbt. Okay, hari ni saya nak share lagi satu resepi. Kali ni nak share resepi smoothie. Gambar hiasan Bahan-bahan: 175ml jus oren (kalau boleh yang diperah sendiri) 1 biji pisang (panjang) (dihiris) 1 sudu besar madu 1 sudu besar ESP/Meal Shake 1 sudu kecil serbuk kacang badam 1 biji Peppermint-Ginger Plus (optional) Beberapa ketul ais Penyediaan: Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam blender, dan blendkan sahaja sampai ia jadi pekat dan halus. Senang kan? hehehe... Berkhasiat ke tak? Mestila kannn... Bukan je dapat khasiat daripada protein ESP/ Meal Shake Shaklee tu, malah leh jugak dapat khasiat daripada buah-buahan. Ditambah pulak dengan Peppermint-Ginger Plus. Waahhh... Memang sangat mantopp laa... Kalau rasa cam rasa kurang manis ke, leh je tambah lagi madu tu, bukan gula tau... Kenapa tak boleh tambah gula?? Bukan tak boleh, tapi dari segi vitamin dan mineral content, madu lebih bagus. Lagi pun madu lebih banyak memberi tenaga. Tapi,

Khasiat Asid Lemak Omega-3

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Apakah asid lemak OMEGA-3? Omega-3 adalah sejenis asid lemak penting. Kita memerlukan Omega-3 untuk badan kita berfungsi secara normal dan sangat penting untuk kesihatan. Oleh kerana asid lemak penting seperti ALA , DHA dan EPA tidak boleh dihasilkan dalam badan , kita perlu mendapatkannya daripada diet seharian kita. Kalau nak cerita pasal khasiat Omega-3, memang TERLALU BANYAK !! Kita cuba cerita satu-persatu, k? KHASIAT KE ATAS FUNGSI OTAK Omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak. Memang diketahui ramai bahawa kekurangan Omega-3 sering dikaitkan dengan gangguan pembelajaran dan kognitif. Sebahagian besar kajian menunjukkan peningkatan dalam tahap tumpuan dan perhatian pada kanak-kanak sekolah yang mengambil supplemen Omega-3 dalam diet mereka. KHASIAT KE ATAS KESIHATAN JANTUNG Pengambilan Omega-3 yang tinggi telah dikaitkan dengan kesihatan jantung dalam banyak kajian saintifik. Omega-3 boleh mengurangkan tekanan darah

Bawang Putih (Garlic) Boleh Menurunkan Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah sejenis penyakit kronik di mana tekanan darah dalam arteri menjadi tinggi. Ada 2 jenis ukuran tekanan darah, iaitu systolic dan diastolic. Bacaan systolic adalah apabila otot jantung sedang mengecut. Diastolic pula adalah apabila otot jantung berada dalam keadaan rehat antara 2 denyutan. Maksudnya bacaan systolic tu adalah bacaan tekanan darah yang maksimum dan diastolic tu adalah bacaan minimum. Bacaan normal tekanan darah adalah dalam lingkungan 100-140mmHg systolic dan 60-90mmHg diastolic. Tekanan darah tinggi dikatakan apabila bacaannya melebihi 140/90 mmHg. Ada banyak punca yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.  Kebiasaannya, tekanan darah tinggi boleh berlaku apabila umur seseorang itu meningkat. Dan satu lagi faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi adalah pemakanan yang tidak sihat. Pengambilan sodium berlebihan dan obesity sering dikaitkan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi