Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Ramai ibu yang tengah berusaha untuk mencari cara nak dapatkan " me-time " dan mengamalkan self-care dalam kesibukan menguruskan keluarga. Yes, sebenarnya kita para ibu tak perlu pun ada rasa bersalah jika kita mahu mengambil sedikit masa untuk diri sendiri. Pernah tak ada satu hari tu, dari celik mata sampai nak tidur semula, kita asyik uruskan orang lain? Kejut anak bangun pergi sekolah, sediakan sarapan, kemas rumah, pergi kerja, uruskan hal keluarga, siapkan makan malam. Belum campur lagi dengan WhatsApp sekolah, baju yang perlu dibasuh dan dilipat dan entah berapa banyak lagi perkara yang bermain dalam kepala seorang ibu. Kadang-kadang sampai dah nak masuk waktu tidur pun, kita baru tersedar yang satu-satunya orang yang tak sempat kita jaga ialah diri kita sendiri. Ramai ibu rasa bersalah bila nak ambil masa untuk berehat. Rasa macam ada lagi kerja yang belum siap. Rasa macam tak produktif pulak kalau kita curi masa sedikit untuk ber...