Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Setiap ibu pasti ingin berikan yang terbaik buat anak-anaknya. Betapa penyayangnya seorang ibu itu, mereka sentiasa ingin berikan yang terbaik sejak anak-anak dalam alam rahim lagi. Sejak anak masih dalam kandungan, ibu dah fikir, apa perlu makan, apa tak perlu makan, apa boleh buat, apa tak boleh buat; semata-mata untuk memastikan anak dalam kandungan akan sentiasa sihat sehinggalah saat dilahirkan ke dunia. Dan ketahuilah anak yang sihat semasa dalam kandungan, insya Allah akan mempunyai kualiti kesihatan yang lebih baik semasa mereka membesar nanti. Keperluan Wanita Mengandung Keperluan wanita mengandung sememangnya akan berbeza berbanding sebelum mengandung. Ini kerana apabila seorang wanita sedang mengandung, kita akan mengalami perbezaan pada badan kita secara fizikal luaran, mahupun dalaman. Wanita mengandung juga akan mengalami pelbagai simtom yang berbeza-beza, yang memerlukan perhatian yang lebih supaya kita mendapat pengalaman kehamilan y...