Assalamualaikum wbt. Hari ni saya nak cakap pasal kewangan . Kenapa saya nak cakap pasal kewangan? Sebab kita semua sedar yang mata wang kita dah semakin tak ada nilai . Kalau dulu pergi shopping kat supermarket, RM50 tu dah boleh penuh satu trolley. Sekarang ni mungkin hanya boleh dapat 3-4 barang je. Kita semua makin sedar yang kos sara hidup di Malaysia ni semakin tinggi. Malangnya, ada juga di antara kita yang sedar, tapi tak mahu ambil tindakan. Tindakan apa maksud saya?