Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Bagaimana Nutriferon Kuatkan Sistem Imun

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Apa kabar semua? Demam? Batuk? Almaklumlah, Malaysia ni memang terkenal dengan cuaca yang tak menentunya. Kalau yang sistem imun lemah tu, time ni la paling tak best. Senang la dapat dapat batuk atau demam. Meh saya nak cerita sikit tentang satu elemen penting dalam sistem imun kita. Nama dia... Encik Interferon. Siapakah Encik Interferon? Interferon bukanlah seorang manusia, tapi ia adalah sejenis pengaktif bagi sistem imun , yang mengawal tindak balas sistem imun terhadap virus, bakteria, kanser, dan bendasing lain yang menyerang tubuh manusia.   BAGAIMANA INTERFERON BERFUNGSI?  K ita anggapkan interferon ni macam ‘orang utusan’ (bukan Utusan Malaysia ye… tak ada kena mengena) .  Visual menunjukkan bagaimana interferon bertindak menguatkan sistem pertahanan badan Interferon ni adalah sejenis protein yang akan menyampaikan arahan daripada satu sel ke satu sel yang lain . Ia akan jadi ‘orang tengah’ untuk s

Cukup islamkah kita?

Assalamualaikum wbt Pagi ni terpandang ayat ni, terus rasa nak share dengan anda semua... "Katakanlah (Muhammad), 'Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dipandang beragama sedikit pun sehingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan (al-Quran) yang diturunkan Tuhanmu kepadamu'...." (QS al-Maidah : 68) ...tidak dipandang beragama... selagi tak tegakkan ajaran kitab kita.... ... Tak dipandang beragama selagi kita tak tegakkan ajaran al-Quran... Cuba muhasabah balik.... Setakat mana kita sudah amalkan suruhan-suruhan Allah sebagaimana yang dah termaktub dalam al-Quran? 100%? 85%? 70%? 50%? 20%? 5%? 0%? Tanyalah diri sendiri... Itu baru amalan untuk diri sendiri... Dan setakat mana pula kita dah menunjukkan (menyampaikan) ajaran-ajaran islam ini kepada orang sekeliling kita? Ya Allah.. Sangat takut kalau apa yang non-yet-muslim pandang kita, itulah tanggapan mereka terhadap islam.  Kalau amalan kita tak seberapa, akhlaq kita

Jus Lemon boleh Merendahkan Paras Kolesterol - Fakta atau Mitos?

Assalamualaikum wbt.  Dah dekat 2 minggu kita beraya, kan?  Harap masih belum terlambat nak ucapkan Salam Aidilfitri buat anda semua. Semoga amalan-amalan kita di sepanjang bulan Ramadhan di terima olehNya. Ada tak yang menangis tengok penimbang? Harap-harapnya tak ada la, kan… Almaklumlah, duk sumbat perut dengan rendang la… ketupat la… lemang la… Time ni yang paling kita risau, pasal kolesterol la… So, lepas kita dah sumbat segala kolesterol dalam badan kita, kena pandai-pandai la control balik. Buang balik kolesterol jahat tu.  Cerita Lemon

Faktor-faktor Lambat Hamil (Kesuburan)

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Ada pasangan yang berkahwin, bila ‘berusaha’ je, terus lekat. Tapi ada juga pasangan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan zuriat.   Bagi pasangan yang dah lama berkahwin, ini merupakan satu cabaran yang berat buat mereka. Sebab dah pasti akan ramai yang bertanya-tanya, “bila nak ada anak?”  So, kalau kita ada kawan-kawan atau saudara-mara yang masih belum dikurniakan rezeki zuriat, tak perlulah nak tambahkan beban pada mereka dengan soalan-soalan bombastic macam ni. Sebab mereka sendiri pun memang tak akan ada jawapannya.  Tapi bagi anda yang sedang berusaha untuk dapatkan anak, mungkin kita nak tahu apa yang menyebabkan kita susah nak dapat anak. Sebab kalau kita dah tahu faktor-faktor ni, lebih mudah kita nak cari ikhtiar yang bersesuaian kan... Faktor 1 : Usia Dikatakan kesuburan makin berkurang apabila umur dah melebihi 35 tahun. Tapi kita tak dapat nak undurkan masa, kan… Dan itu tak bermakna kita boleh berputus