Bawang putih atau Garlic sudah banyak dikaitkan dengan perubatan tradisional sejak dahulu lagi. Terkenal sebagai diaphoretic (agen pengeluar peluh), diuretic (agen pengeluaran urine), expectorant (agen pengeluaran phlegm), stimulant (perangsang hormon dalam badan). Banyak lagi kelebihan yang hebat dan kuasa penyembuhan telah dikaitkan dengan b awang putih. Ia juga mempunyai ciri-ciri yang baik untuk kesihatan perut dan seterusnya baik untuk sistem penghadaman. Bukan itu sahaja. Malah, k ajian menunjukkan bahawa bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet seharian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan bahawa Allicin, sebatian yang terdapat dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro-organisma lain dalam: Membantu mengekalk...