Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kesihatan Wanita

Kenapa Ibu Perlukan Me-Time? Kepentingan Self-Care untuk Ibu

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Ramai ibu yang tengah berusaha untuk mencari cara nak dapatkan " me-time " dan mengamalkan self-care dalam kesibukan menguruskan keluarga. Yes, sebenarnya kita para ibu tak perlu pun ada rasa bersalah jika kita mahu mengambil sedikit masa untuk diri sendiri. Pernah tak ada satu hari tu, dari celik mata sampai nak tidur semula, kita asyik uruskan orang lain? Kejut anak bangun pergi sekolah, sediakan sarapan, kemas rumah, pergi kerja, uruskan hal keluarga, siapkan makan malam. Belum campur lagi dengan WhatsApp sekolah, baju yang perlu dibasuh dan dilipat dan entah berapa banyak lagi perkara yang bermain dalam kepala seorang ibu. Kadang-kadang sampai dah nak masuk waktu tidur pun, kita baru tersedar yang satu-satunya orang yang tak sempat kita jaga ialah diri kita sendiri. Ramai ibu rasa bersalah bila nak ambil masa untuk berehat. Rasa macam ada lagi kerja yang belum siap. Rasa macam tak produktif pulak kalau kita curi masa sedikit untuk ber...

PCOS dan Masalah Kesuburan: Jangan Putus Asa, Masih Ada Harapan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! PCOS. Dengar je perkataan ni, mesti ramai wanita yang mengeluh. Sebab mesti ramai yang dah tahu PCOS ni ada kaitan rapat dengan masalah kesuburan, kan? Memang tak dinafikan, Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) ni adalah antara punca utama kenapa ramai wanita struggle untuk hamil. Tapi jangan risau, anda semua tak keseorangan! Dan paling penting, jangan sesekali putus asa, sebab harapan sentiasa ada! Apa Itu PCOS & Kenapa Ramai Wanita ‘Kecut Perut’ Bila Mendengarnya? Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) ialah sejenis gangguan hormon yang menjadikan ovari menghasilkan androgen (hormon "lelaki") secara berlebihan . Secara ringkasnya, PCOS ni akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan kita. Antara tanda-tanda atau akibat-akibat yang biasa kita dengar disebabkan masalah PCOS adalah: - Kitaran haid tak teratur. - Tumbuh bulu-bulu halus di tempat yang tak sepatutnya - Naik jerawat - Berat badan susah nak turun - Ovari kita mungkin t...

Kenapa Berat Tak Turun? 6 Sebab Wanita Sering Gagal Kurus

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Ramai wanita selalu keliru, dah jaga makan, dah bersenam, tapi kenapa jarum penimbang tak turun-turun? Kalau ini dilema anda, jangan risau, anda tak keseorangan! Sebab 1: Perubahan Hormon Perubahan hormon atau tak kestabilan hormon memang salah satu punca utama kenapa ramai wanita susah nak kurus. Contohnya: 1) Hormon estrogen dan progesteron tak seimbang - Selalu berlaku semasa period, pregnant atau menopos - Badan kita cenderung untuk simpan lebih banyak lemak, terutamanya di kawasan perut dan peha. 2) Hormon ghrelin dan leptin tak seimbang - Rasa lapar dan kenyang jadi tak terkawal - Akibatnya, makanan ringan jadi kawan baik, walaupun  kita tahu ia musuh diet! 3) Hormon kortisol meningkat - Selalu berlaku semasa stress - Rasa asyik nak makan coklat atau makanan manis - Memperlahankan metabolisme badan. Ini sebabnya, walaupun kita dah usaha bersungguh-sungguh, berat badan tetap degil tak nak turun-turun. Jadi, penting untuk kita uruskan hormon...

Mitos dan Fakta Tentang Asid Folik: Apa yang Perlu Kita Tahu?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah tak dengar orang cakap, “Asid folik ni untuk wanita mengandung je”?  Kalau ya, anda tak keseorangan sebab itulah antara mitos yang paling popular tentang vitamin ini. Ramai yang ingat asid folik ni hanya penting masa nak merancang kehamilan, padahal sebenarnya ia juga diperlukan oleh semua orang, tak kira lelaki atau pun wanita! Apakah itu Asid Folik dan Kenapa Ia Penting? Sebelum kita kenal asid folik , meh saya perkenalkan dulu tentang folate. Folate adalah sejenis vitamin B, atau spesifiknya adalah vitamin B6. Ia adalah salah satu nutrisi penting yang badan kita perlukan untuk kekal sihat. Ia berfungsi untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah, menyokong penghasilan DNA, dan memainkan peranan besar dalam pertumbuhan serta perkembangan sel. Kalau badan kita kekurangan vitamin ni, risiko masalah kesihatan seperti anemia atau keletihan mudah meningkat. Ada ketikanya keperluan folate adalah meningkat, seperti sewaktu hamil. Pada wak...