Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mood Enhancement Set

Cuti Lepaskan Stress: Manfaat Me-Time yang Setiap Ibu Patut Nikmati

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Masa cuti sekolah haritu, saya dan beberapa kawan-kawan saya yang di kalangan mak-mak dan isteri-isteri pergi “cuti-cuti Malaysia”. Cuti-cuti Malaysia la kononnya... Pergi staycation di area Johor Bahru je.... Ye la, tak sampai 1 jam pun dari rumah. Tapi at least dapatlah jugak keluar dari rumah, dan keluar daripada rutin-rutin biasa kami. Nak bercuti daripada mendengar rengekan-rengekan “Ummi, mana baju saya?”, atau “Sayang, nampak tak dompet abang?” Waktu tu kami bercuti daripada fikir pasal rumah, fikir pasal suami, fikir pasal anak. Itu hari kami. Kami betul-betul fokus untuk bercuti, sembang-sembang kosong, rehat dan relax sepuas-puasnya! Aahh… Seronok betul! Dapat makan breakfast dengan aman Walaupun staycation kami tu hanya satu malam je, tapi bagi saya sendiri, walaupun sekejap, ia berjaya membuatkan hati dan minda saya yang sebelum tu terasa berat dengan memikirkan macam-macam perkara, terus terasa ringan. Balik daripada bercuti tu, jumpa s...

Kata-Kata Motivasi: Binalah Kebahagiaan Diri

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Awal tahun ini saya ada dapat satu hadiah daripada seorang rakan baik saya. Buku ini bertajuk "Penat" hasil penulisan Dr. Alizi Alias, seorang Ahli Psikologi Organisasi. Asalnya haritu saya ternampak kawan saya ni post tentang buku ini di media sosial. Dan untuk saya yang memang hari-hari terasa "penat" dengan tugas harian sebagai seorang ibu, isteri dan juga nak handle bisnes online juga, saya memang terus rasa interested dengan buku ni. Dan saya ni memang pencinta buku, memang laju je lah saya tanya dia mana boleh dapatkan buku ni. Lagi-lagi buku yang ada banyak kata-kata motivasi , bertambah-tambah suka saya. Tup-tup tak lama lepas tu, saya dapat bungkusan poslaju daripada kawan saya ni, berisi dua buah buku. Dan buku "Penat" ini adalah salah satu daripadanya. Ya Allah... Terima kasih, Allah kerana kurniakan seorang sahabat yang sangat baik ni. Terima kasih, sahabat, sebab hadiahkan buku ni. Aku doakan kau cepat-ce...

Cara Nak Kurangkan Simtom PMS

Assalamualaikum wbt. Ada tak kakak-kakak atau adik-adik yang selalu alami tanda-tanda ni sebelum period?  - Kelesuan - mood swing - perut kembung - sakit kepala - rasa tak selesa pada breast - jerawat - susah tidur - selera makan bertambah atau berkurang Rata-rata kaum wanita mesti selalu alami simtom-simtom ni, kan? Dan rata-rata wanita mesti dah biasa dengan term PMS , atau nama panjangnya "Premenstrual Syndrome" , kan... Ya, ini biasa... Tapi ada sesetengah wanita yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga ia boleh mengganggu kehidupan seharian, sampai tak boleh buat kerja semua. Malah ia boleh menganggu hubungan mereka dengan orang-orang sekeliling. Kita perlu tahu, PMS ni boleh terjadi akibat ketidakseimbangan hormon wanitanya. Secara spesifiknya, selalu berlaku jika paras hormon estrogennya adalah tinggi, berbanding dengan hormon progesteron.  Saya pernah terbaca dalam satu artikel di mana ia ada nyatakan yang kekura...