Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Awal tahun ini saya ada dapat satu hadiah daripada seorang rakan baik saya. Buku ini bertajuk "Penat" hasil penulisan Dr. Alizi Alias, seorang Ahli Psikologi Organisasi.
Asalnya haritu saya ternampak kawan saya ni post tentang buku ini di media sosial. Dan untuk saya yang memang hari-hari terasa "penat" dengan tugas harian sebagai seorang ibu, isteri dan juga nak handle bisnes online juga, saya memang terus rasa interested dengan buku ni. Dan saya ni memang pencinta buku, memang laju je lah saya tanya dia mana boleh dapatkan buku ni. Lagi-lagi buku yang ada banyak kata-kata motivasi, bertambah-tambah suka saya.
Tup-tup tak lama lepas tu, saya dapat bungkusan poslaju daripada kawan saya ni, berisi dua buah buku. Dan buku "Penat" ini adalah salah satu daripadanya.
Ya Allah... Terima kasih, Allah kerana kurniakan seorang sahabat yang sangat baik ni. Terima kasih, sahabat, sebab hadiahkan buku ni. Aku doakan kau cepat-cepat dapat jodoh yang sangat baik... Eh.... Tiberr....
Dalam minggu lepas barulah saya dapat mula baca buku ni, lepas saya baru dapat habiskan buku "Anne Frank - The Diary of A Young Girl".
Saya baru sampai ke muka surat 20 buku "Penat" ni, dan itu pun sudah banyak saya dihidangkan dengan kata-kata motivasi yang cukup menjentik hati saya.
Apa Erti Bahagia
Awal-awal buku ini dah suruh kita untuk tanyakan pada diri sendiri, apakah erti bahagia pada hidup kita.
Entahlah... Sukar saya sendiri nak menjawab. Nak diikutkan saya rasa, jika dilihat pada mata kasar, semuanya sudah cukup. Tapi apa yang membuatkan diri kita selalu stress, rasa penat otak, penat mental, dan tak happy.
Sebab tulah kita kena betul-betul tanya diri sendiri, di manakah kita letak definisi bahagia itu dalam hidup kita.
Kita cuba ingat balik dulu-dulu masa sekolah, bila ditanya apakah impian kita, apa cita-cita kita. Kebanyakan pada kita pasti akan cakap, saya nak kerja itu, kerja ini. Sebab apa? Sebab kita fikir, itulah pekerjaan yang bagus. Sebab gajinya pasti lumayan.
Tapi, rata-rata daripada manusia, walaupun sudah bergaji besar, tapi bila balik rumah, masih dengan muka monyok. Macam-macam masalah yang memberatkan kepala sehingga membawa ke rumah. Sampaikan ahli-ahli keluarga di rumah sendiri terasa tempiasnya.
Kenapa, ya? Bukankah kita sudah pun capai impian kita dulu? Sepatutnya itulah punca kebahagiaan kita sekarang, kan?
Itulah satu silapnya kita, bila kita salah letakkan definisi kebahagiaan dalam hidup kita.
Kita selalu memandang kebahagiaan itu hanya dalam bentuk fizikal semata-mata. Malangnya kebahagiaan fizikal selalunya adalah bersifat sementara.
Ibarat kanak-kanak yang sangat happy bila dapat gula-gula. Bila gula-gula dah habis, menangis pulak, nak lagi, dan lagi... dan lagi....
Maksudnya kebahagiaan itu bukanlah kebahagiaan hakiki!
Letakkan Kebahahagiaan Itu Pada Tempatnya
Kita selalu nampak happiness comes when we only see the result.
Tapi, bila kita hanya bertungkus-lumus berpenat lelah bekerja untuk kejar result sahaja, kita tak dapat enjoy the process.
Saya teringat dulu-dulu masa saya masih berniaga buat kek. Kononnya dulu, saya nak berniaga buat kek disebabkan saya memang suka sangat baking. Alang-alang berhobi tu, apa kata saya ambil order sekali. Dapatlah wang tepi sikit orang kata.
Malangnya, sepanjang saya menyiapkan tempahan customer, saya lebih banyak stress berbanding gembira. Saya jadi sangat anxious, saya cemas, saya takut, saya overwhelmed. Macam-macam saya fikir, macam mana kalau kek tak jadi, macam mana kalau customer tak suka, dan sebagainya. Sebab saya meletakkan yang saya hanya bahagia jika kek saya perfect! Itu sahaja!
Bila kek dah siap, saya dah terlalu penat untuk enjoy the result. Saya dah tak nampak bestnya aktiviti baking tu.
And the cycle continues.
My point here is, kebanyakan daripada kita meletakkan bahagia tu pada definisi yang agak kurang tepat.
Jika kita hanya meletakkan kebahagiaan itu pada result yg perfect, maka we will not enjoy the process, only the growing anxiety.
Instead, kita cuba untuk bina kebahagiaan itu pada setiap proses usaha kita untuk capai result yang terbaik, be it ia adalah perfect atau pun tidak.
Bagaimana cara untuk bina kebahagiaan itu?
Daripada pembacaan saya daripada buku "Penat" dan daripada pemerhatian dan pengalaman sendiri, ini antara yang kita boleh buat untuk bina bahagia:
1) Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain
- First and foremost, kita perlu terima siapa diri kita, dan terima diri kita seadanya, tak kisah yang baik mahupun buruk.
- Jangan banding-bandingkan kejayaan orang lain dengan kehidupan kita.
- Carilah apakah kelebihan diri kita sendiri dan bina potensi diri dari situ.
2) Belajar memaafkan diri sendiri
- Kadang-kala kita terlalu membina high expectation terhadap diri kita sendiri.
- Sebagai contoh, kita aim haritu kita nak selesaikan satu-satu pekerjaan.
- Malangnya ada circumstances yang menghalang kita untuk capai aim kita tersebut.
- Dan kita pun mula marah diri sendiri sebab terasa kita sepatutnya boleh buat lagi baik.
- Contoh lain, kita kerap kali teringat kisah-kisah lama yang buruk dan pahit yang sangat mengganggu pemikiran kita.'
- Kita kena ambil pendekatan "control what you can control". "Let past stay in the past, live in the present, and create your new future."
- Bila mana kita asyik terfikirkan apa kesilapan-kesilapan kita yang lalu, besar kemungkinan ia boleh menyebabkan diri sentiasa dalam keadaan anxiety, takut perkara lama berlaku lagi. Walhal, apa yang sudah berlaku, sudah tentu kita dah tak akan dapat ubah. Apa yang penting sekarang adalah masa kini, dan masa depan kita yang masih belum tercipta. Jadi, enjoy your life now to create more better memories. Enjoy and do the best in whatever work you are doing now. Live in the moment.
3) Bina surrounding yang menyokong kita
- Walaupun macam saya kata tadi, kita hanya enjoy the process, but kalau surrounding kita tak best, ia boleh mematikan rasa happiness tu.
- Sebagai contoh, jika kita bekerja di rumah, cuba bina suasana yang membuatkan kita rasa happy. Sambil kerja, sambil pasang lagu kegemaran. Kita susun atur meja kerja kita supaya ia lebih condusive dan lebih selesa.
- Jauhkan diri kita daripada surrounding yang toxic, manusia, benda atau tempat. Surrounding yang toxic ni hanya merudumkan semangat kita.
- But at the same time, kita sendiri perlu wujudkan suasana positif dengan orang sekeliling kita. Kita bina hubungan baik, jaga ukhuwwah, insya Allah suasana positif itu akan mengatasi ketoksikan yang sedia ada.
4) Cari erti matlamat hidup kita
- Ini berbalik kepada apa yang saya ceritakan di atas. Cubalah cari matlamat hidup yang lebih kekal abadi, bukan bersifat sementara.
- Contoh, bagi seorang muslim, matlamat hidup yang paling mutlaq adalah untuk menjadi hambaNya yang sentiasa mengikut suruhanNya, dan meninggalkan segala laranganNya.
- Selagi mana kita menjalani hidup dengan neraca dan acuan agama kita, insya Allah kita akan menjadi lebih tenang.
- Agama islam itu juga meletakkan usaha dan tawakkal itu seiringan. Sebagai seorang muslim, kita disuruh untuk bekerja sekuat-kuatnya untuk capai target hidup kita. Kemudian bertawakkal lah. Dan erti tawakkal itu sendiri adalah kita menyerahkan bulat-bulat segala natijah daripada usaha kita hanya pada Allah. Tak kiralah hasilnya seperti harapan kita atau tidak, jika kita benar-benar tawakkal, kita akan redha dan tenang, dan kita akan dapat teruskan hidup dengan lebih tenang.
5) Take control of your life
- Hidup kita adalah perjalanan kita sendiri.
- Don't let other people untuk tentukan perjalanan hidup kita.
- Orang lain kemungkinan hanya boleh berikan pandangan dan nasihat. Dan kita gunakan segala akal, kebijaksanaan, dan kehendak kita untuk capai matlamat kita, tentukan sendiri ke mana arah tujuan hidup kita.
- Dan bila mana kita hadapi sebarang kesukaran, jadikan diri kita sebagai orang pertama yang cuba untuk fikirkan dahulu jalan keluar. Tapi, jangan pula rasa takut dan malu untuk minta bantuan jika memerlukan. But, then again, the end result, will be your own decision to take action.
6) Acknowledge perasaan diri sendiri
- Kita adalah manusia biasa, kita juga punya rasa gembira, sedih, takut dan marah.
- Walaupun kita dalam misi untuk mencari bahagia, tidak bermakna kita tak dibenarkan langsung untuk berasa sedih.
- Jika rasa nak menangis, menangislah. Jika rasa nak marah, marahlah. Asalkan dalam julat yang tidak extreme.
- Express your feelings. Jika kita seorang yang boleh menunjukkan perasaan kita sendiri, itu bermakna kita adalah seorang yang bebas. Dan percayalah, kita akan jadi seorang yang lebih bahagia lepas tu.
7) Self-Care
- Bila kehidupan kita terlalu sibuk dengan kerja-kerja harian untuk memenuhi keperluan syarikat tempat bekerja, atau pun keperluan keluarga, kadang-kadang kita terlupa untuk memberi perhatian kepada diri sendiri.
- Dalam sehari, cuba cari sedikit masa yang kita boleh allocate hanya untuk diri sendiri. Sebagai contoh, kita boleh buat yoga, kita boleh buat memanjakan diri dengan pakai face mask, sambil-sambil baca buku, minum kopi...
- Dan dalam seminggu, cuba juga untuk cari masa untuk keluar daripada rutin seharian. Contoh, saja-saja cari kedai makan baru, cafe baru, dan just relax. Keluar daripada rutin seharian juga boleh bantu melegakan sedikit kepenatan yang ada dan percayalah, kita akan kembali ke rumah dengan rasa yang lebih happy.
- Jangan lupa juga dalam kita bertungkus-lumus bekerja, untuk jaga penampilan diri, jaga kesihatan diri, jaga pemakanan sendiri, amalkan supplemen yang boleh boost rasa gembira. Percayalah, bila kita berusaha untuk lakukan something good to ourselves, kita rasa kita always in control of ourselves, dan ia dapat boost keyakinan diri, dan bina kebahagiaan diri.
Setakat ini sharing daripada saya. Insya Allah, saya harap perkongsian saya ini serba sedikit dapat membantu anda untuk bina kebahagiaan diri kita sendiri. Yang penting, kita perlu mulakan... Tanya diri sendiri, bahagiakah aku sekarang, apa aku perlu buat untuk ubah.
Saya doakan kita semua akan berjaya untuk mengejar erti kebahagiaan untuk diri kita. Aameen ya rabbal 'alamin...
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment