Skip to main content

Testimoni Shaklee Saya - Kisah Bermula Saya Dengan Shaklee

 Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Testimoni Shaklee

Dalam entri saya kali ini, saya menyahut seruan Nenek Upline saya, Master Norita Idris untuk berkongsikan kisah testimoni Shaklee saya. Harap dengan kisah testimoni Shaklee yang saya bakal kongsikan ini, akan dapat memberi serba sedikit pendedahan pada anda tentang kebaikan supplemen Shaklee dan dapat beri manfaat pada anda nanti.

Dan mudah-mudahan juga dapatlah saya hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com 😁

Jom saya nak ceritakan serba sedikit tentang sejarah saya bersama supplemen Shaklee dan testimoni Shaklee saya.

Dulu....

Saya tak berapa percayakan supplemen. Bukanlah saya kata supplemen ni menipu, tapi saya rasa, saya akan okay je walaupun tanpa mengamalkan mana-mana supplemen. Saya rasa beli supplemen ni hanya membuang duit je. Baik duit tu buat beli makanan.

Kata-kata saya itu memang memakan diri saya sendiri.

Testimoni Shaklee
Nampak wajah saya yang nampak sangat keletihan waktu ini

Selepas saya lahirkan anak pertama saya, saya macam tak percaya yang badan saya boleh jadi selemah itu. Setiap malam, saya balik daripada kerja, saya dah tak larat nak buat apa-apa. Yang saya tahu, saya nak tidur. Saya tak memasak, saya even tak mandi pun kadang-kadang. Saya just tukar baju, tukar lampin anak dan tidur. Keperluan suami saya pun saya tak jaga sangat.

Dan dah jadi rutin, setiap malam sebelum tidur juga, saya akan minta suami saya untuk urut saya. Ini bukan urut saja-saja. Ini sebab badan saya memang sakit. Kaki saya sakit, pinggang saya sakit, kepala saya sakit. Memang teruk keadaan saya waktu tu.

Bila dengan keadaan saya macam tu, saya perasan production susu badan untuk anak saya pun jadi kurang. Memang bertambah stress dan sedih waktu tu, sebab sebelum bersalin lagi saya dah nekad nak full breastfeed anak saya.

Saya pun bercerita jugalah concern saya dengan kawan-kawan saya di office.

Lepas tu ada seorang colleague saya ni cerita pasal isteri dia yang ada problem susu tak cukup juga. Then, dia pun cerita yang isteri dia ada ambil supplemen Shaklee, Set Milkbooster katanya.

Testimoni Shaklee

Saya waktu tu dah tak kira apa dah, saya memang terus google dan cari je Set Milkbooster Shaklee tu. Tak kisahlah berkesan ke tak, yang penting saya kena ikhtiar.

Alang-alang tu, saya orderkan juga satu Set Optimum Health Shaklee untuk ummi saya.

Tapi malangnya saya ni jenis tak konsisten sangat, kejap makan, kejap tak makan. Supplemen yang sepatutnya untuk consumption sebulan, 2 bulan saya makan pun tak habis-habis... 😅

Tapi, setiap bulan juga saya order supplemen Shaklee dengan Kak Hasmah, upline saya kini, sebab ummi saya sangat konsisten amalkan. Saya pun jadi pelik. Saya tanya ummi saya, "Ummi rasa elok ke makan Shaklee ni?"
Ummi saya jawab, "Memang elok sangat... Semenjak makan Shaklee ni, pagi-pagi ummi dah rasa macam lipas kudung, jadi banyak tenaga ummi."

Itu testimoni Shaklee daripada ummi saya sendiri.

Ish... Memang tak boleh jadi ni... Dari situ saya nekad, saya nak cuba konsisten makan supplemen macam ummi. Jeles lah pulak ummi dapat kesan macam tu.

Testimoni Shaklee
Perubahan ummi saya sebelum & selepas mengamalkan Shaklee

Dan alang-alang tu juga saya cari juga info-info lain pasal supplemen Shaklee. Barulah saya tahu Shaklee ada macam-macam lagi supplemen. 

Disebabkan waktu tu saya memang sangat tengah menderita sakit-sakit badan, lepas cari-cari info, saya pun order juga Ostematrix dan Omega Guard untuk saya. Waktu tu, saya tak kisah dah harga. Saya nak jugak, sebab dah tak tahan rasanya badan lembik macam tu. 

Kesan Shaklee (Shaklee Effect) ni bukanlah ambil masa semalaman untuk dapat rasakannya.

Tapi, kan... Saya nak cerita.... Tau-tau je, saya sedar, "Eh... Dah lama tak minta husband urut saya malam-malam."

Baru saya perasan, yang badan saya dah tak lagi sakit macam dulu. Saya jadi bertambah tenaga, boleh bangun lebih awal, perahkan susu untuk anak saya Mujahid ketika itu. Saya rasa memang amazed sangat... Rasa macam, why laahhh dari dulu tak cuba...

Testimoni Shaklee
Kini saya lebih bertenaga, aktif & cerdas

Dan semenjak dari haritu, saya memang jadi peminat setiap supplemen Shaklee. Peminat No. 1 lah... 
Ummi saya jatuh anak tangga jadi Peminat No. 2... 😜

Dan kini after 12 years, saya masih tegar amalkan Shaklee untuk jaga kualiti kesihatan saya. Begitu juga ummi saya. 

Banyak lagi kisah testimoni Shaklee saya; macam mana saya turunkan 10kg, macam mana husband saya jadi kurang kerap sakit, anak saya dah kurang kerap sakit.... Terlalu banyak...

Tapi untuk masa ini, cukup setakat ini dulu.

Kalau anda pun tengah mencari-cari supplemen untuk tambahkan kualiti kesihatan anda, saya sangat-sangat recommend for you to give Shaklee a chance. Saya sangat guarantee, kalau anda konsisten, insya Allah, anda akan dapat kesannya yang sangat hebat. Percayalah... Yang penting kena sabar dan konsisten je.

Testimoni Shaklee

Just whatsApp je saya nombor di bawah ni ye. Saya akan bantu anda semampu yang boleh.

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole