Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

Hikmah Berdoa dan Doa Yang Bagus Untuk Wanita

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! "Doa merupakan senjata bagi orang-orang mukmin." Pernah dengar, kan, ungkapan ni? Bila dengar ungkapan ni, benda pertama yang saya teringat adalah kisah para mukminin di Perang Badar. Di mana pada waktu itu, tentera orang Islam hanya ada dalam 313 orang sahaja yang menentang seramai lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin.  Jika ikut rasional matematik, dengan nisbah 1 lawan 3, rasa macam susah tentera muslimin nak menang, kan... Tapi itulah beza orang Islam dengan orang kafir. Kita ada satu senjata yang tiada tandingan hebatnya, iaitu aqidah kita. Kepercayaan kita kepada kuasa Allah, dan keyakinan kita bahawa Allah akan sentiasa membantu mereka yang menegakkan agamaNya. Sebelum bermulanya Perang Badar Rasulullah SAW juga memanjatkan doa: ‏ اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ إِنْ تَهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةُ مِنْ أَهْلِ الإِسْلاَمِ لاَ تُعْبَدْ فِي الأَرْضِ"‏ Maksudnya: Ya Allah, penuhi

Supplemen Vitamin Untuk Wanita Yang Terbaik

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Zaman sekarang ni, tak kisahlah yang suri rumah mahupun yang bekerja di pejabat, dah nama perempuan, memang banyak betul komitmen yang kita kena fikir dalam kepala. Dengan kerja lagi, nak jaga makan-minum family, nak didik anak-anak, nak jaga hal ehwal rumah lagi... Memang setiap hari menuntut energy daripada kita. Tapi bila umur dah makin meningkat, macam saya dah nak mencecah 40 tahun pun, saya sedar yang saya dah kena fokus pada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri saya. Bukankah ibu itu nadi kehidupan sebuah keluarga? Eceeewaaahhh.... Tapi betul, kan.... Kalau ibu pun asyik letih, lesu, asyik-asyik tak sihat, macam mana nak jaga keluarga, betul tak? So, saya tahu, apa-apa pun, saya kena jaga diri sendiri terlebih dahulu. Antara usaha-usaha saya yang saya sedang cuba ubah sekarang termasuklah untuk cuba masuk tidur lebih awal . Saya juga cuba untuk susun jadual harian saya supaya saya dapat buat kerja-kerja rumah ikut the rank of priority. Dan

CoQ-Trol Plus untuk Tingkatkan Tenaga dan Kesihatan Jantung

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Harini saya nak share sikit pasal satu produk Shaklee ni, namanya CoQ-Trol Plus. CoQ-Trol Plus ni macam underdog la antara banyak produk-produk Shaklee ni. Jarang disebut, tapi manfaatnya masya Allah, hebat sungguh. Apa sebenarnya supplemen CoQ-Trol Plus ni? Senang cerita, CoQ-Trol Plus ni adalah supplemen untuk nutrien Coenzyme Q10 atau nama pendeknya CoQ10. CoQ10 ni adalah antara nutrien yang powerful tau. Wajib kena baca info-info yang saya nak share di bawah ni, baru boleh appreciate betapa hebat dan pentingnya untuk kita cukupkan nutrien ni dalam badan kita. First of all... Apakah itu CoQ10? CoQ10 adalah adalah satu enzim larut lemak yang diibaratkan seperti "spark plug" bagi menjana penghasilan tenaga dalam setiap sel badan kita. CoQ10 boleh dihasilkan oleh sel badan kita sendiri tapi cuma dalam jumlah yang kecil. CoQ10 banyak boleh dijumpai dalam organ-organ badan kita, terutamanya di organ jantung, buah pinggang dan hati.  Selain

Manfaat Vitamin E Dalam Penjagaan Kulit Yang Lebih Sihat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Perasan tak rata-rata dalam produk skincare, ramai yang suka kalau produk tu ada Vitamin E. Tapi ramai juga yang masih tak tahu akan betapa banyaknya kebaikan Vitamin E, tak kisahlah dalam produk skincare atau pun supplemen kesihatan. Vitamin E bukan sahaja mempunyai ciri-ciri antioksidan yang memang powerful, tapi ia juga boleh beri banyak kebaikan terutamanya dalam memberikan kelembapan pada kulit. Dalam entri kali ini, saya nak sharekan serba sedikit tentang apa kebaikan dan kepentingan Vitamin E pada kulit kita. But first... Apakah itu Vitamin E Vitamin E adalah salah satu daripada vitamin larut lemak. Ini bermaksud Vitamin E adalah bagus diambil bersama makanan-makanan yang berlemak untuk mendapatkan penyerapan yang lebih optimum. Selain itu, ia juga bermaksud vitamin ni boleh disimpan dalam badan, iaitu di bahagian tisu-tisu lemak dan juga organ hati. Antara vitamin larut lemak yang lain adalah Vitamin A, D dan K. Seperti Vitamin B, Vitamin E