Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pemakanan Sihat

Lawan Brain Fog dengan Makanan Sihat: 7 Superfood untuk Otak Cergas & Fokus Tajam

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah tak rasa macam otak berkabus, susah nak fokus, dan asyik lupa itu ini? Duduk depan laptop lama, tapi idea tak keluar. Baca mesej orang, tapi tak boleh hadam. Nak cakap sesuatu pun rasa macam “blur”… benda atas hujung lidah, tapi tak terkeluar. Ha, kalau semua ni selalu terjadi pada anda, besar kemungkinan anda sedang mengalami “brain fog”. Apa Itu Brain Fog? Brain fog bukanlah satu penyakit, tapi lebih kepada sekumpulan tanda-tanda yang menunjukkan otak dan badan kita tengah ‘penat’. Antara simptom biasa adalah seperti: - Mudah lupa - Hilang aliran pemikiran ("train of thought") - Kekeliruan - Susah fokus - Emosi tak stabil - Otak rasa ‘slow’ walaupun tidur cukup - Lemau sepanjang hari walaupun tak buat kerja berat - Kurang produktif - Susah berfikir Biasanya brain fog ni datang disebabkan oleh tekanan, kurang tidur, hormon tak stabil, pemakanan tak seimbang dan juga radikal bebas yang boleh merosakkan sel otak kita. Ia juga boleh j...

Kolesterol dan Penyakit Jantung

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Dengan gaya hidup sekarang ni, semakin ramai orang yang berisiko untuk dapat penyakit jantung. Dan bagi yang berisiko tinggi ni, mesti perlu ambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Ia bermula dengan tabiat pemakanan kita. Kaitan Kolesterol dan Penyakit Jantung Tahu tak apa itu kolesterol? Kolesterol adalah sejenis lipid atau lemak dalam badan kita yang disintesiskan dalam organ hati untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu. Kolesterol juga boleh didapati daripada pemakanan kita, yang kebanyakannya daripada makanan berasaskan haiwan. Kolesterol pula ada jenis-jenisnya, termasuklah kolesterol jahat (LDL) dan kolesterol baik (HDL) . Walaupun kolesterol mempunyai fungsi tertentu dalam badan kita, jika diambil secara berlebihan, ditambah pula dengan makanan kurang bernutrisi yang lain, ia boleh menghasilkan cholesterol plaques , dan akhirnya boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular.  Dan mereka yang mempunyai paras k...

Stress dan Jerawat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Jerawatt???  Eeeeee.... Bencinya kalau nampak sebiji timbul kat muka!! Tahu tak sebenarnya masalah stress juga boleh menyebabkan masalah jerawat? Ini kerana masalah stress boleh mempengaruhi hormon dalam badan kita yang menyebabkan sel kulit kita untuk hasilkan sebum. Bila sebum dah terlalu banyak, ia boleh membuatkan liang-liang pada kulit kita tersumbat. Dari situlah terjadinya jerawat sebab sebum yang berlebihan ni akan akan kekal pada sel-sel mati dan menyebabkan penyebaran bakteria. Bagaimana nak atasi masalah ni? URUSKAN MASALAH STRESS DENGAN BAIK Jerawat adalah, bak kata orang putih, "the least thing you have to worry about." Banyak lagi masalah-masalah kesihatan lain yang boleh dapat kalau kita terlalu stress. Ini termasuklah masalah jantung. Kan? Kan? Kan? Ini tak kira lagi dengan risiko untuk dapat masalah behaviour pulak, seperti hubungan dengan kawan-kawan dan lain-lain. Cuba untuk rela...

Apa Beza Shaklee dengan Supplemen Lain?

Assalamualaikum wbt. Jika saya ada kawan yang sedang hamil, saya selalu nasihatkan mereka supaya jaga pemakanan.  Saya rasa itu super penting, sebab mereka sedang membawa seorang zuriat yang masih belum mampu untuk "carik makan" sendiri. Untuk makan, mereka hanya bergantung kepada makanan yang ibu makan. Dari situlah zuriat kita akan dapat segala zat yang diperlukan. Kalau makanan ibu tak cukup zat? Maka, wajiblah ibu untuk ambil supplemen. Selalunya memang makanan kita tak cukup zat pun. Lagi-lagi tengah pregnant, nak cover diri kita lagi, baby lagi... Sebab tu, saya memang akan suggest supaya kawan-kawan saya yang sedang hamil supaya ambil supplemen, Shaklee khususnya. "Oh, aku dah beli supplemen ****** dah." Oh, ok.. Tak apalah macam tu. Seriously, saya memang tak kisah.  Tapi perlulah saya nak jelaskan di sini bahawa....

Nutrisi Ketika Hamil

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bagi seorang ibu, pengalaman ketika hamil adalah pengalaman yang sangat-sangat indah. Di saat ini, kita sangat-sangat dekat dengan cahaya mata yang dinanti-nantikan.... Setiap geraknya, kita dapat rasakan.  Untuk pastikan cahaya mata yang dikandung tu sihat, sangat penting untuk ibu mengamalkan gaya hidup yang sihat, termasuklah dengan mengambil nutrisi yang lengkap. Tapi, kena ingat.. Pemakanan yang sihat ni haruslah bermula sebelum hamil lagi... Kenapa? Sebab di awal-awal kehamilan, fetus akan mengalami pertumbuhan yang sangat cepat.  Kalau kita tak amalkan diet yang sihat sebelum pregnancy, takut-takut, di awal-awal pregnancy tu kita akan jadi cepat letih, sebab tak sempat nak ' catch-up ' atau nak ' top-up ' balik nutrisi yang kita dah tinggalkan dulu...  Ingat, awal-awal kehamilan ni nutrisi tu penting tau untuk baby membesar... Paham ke paham? hehehhe... MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA HAMIL ...