Skip to main content

Nutrisi Ketika Hamil

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Bagi seorang ibu, pengalaman ketika hamil adalah pengalaman yang sangat-sangat indah. Di saat ini, kita sangat-sangat dekat dengan cahaya mata yang dinanti-nantikan.... Setiap geraknya, kita dapat rasakan. 


Untuk pastikan cahaya mata yang dikandung tu sihat, sangat penting untuk ibu mengamalkan gaya hidup yang sihat, termasuklah dengan mengambil nutrisi yang lengkap.

Tapi, kena ingat.. Pemakanan yang sihat ni haruslah bermula sebelum hamil lagi...

Kenapa?

Sebab di awal-awal kehamilan, fetus akan mengalami pertumbuhan yang sangat cepat. 

Kalau kita tak amalkan diet yang sihat sebelum pregnancy, takut-takut, di awal-awal pregnancy tu kita akan jadi cepat letih, sebab tak sempat nak 'catch-up' atau nak 'top-up' balik nutrisi yang kita dah tinggalkan dulu... 

Ingat, awal-awal kehamilan ni nutrisi tu penting tau untuk baby membesar...

Paham ke paham? hehehhe...

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA HAMIL

"Baby kita makan apa yang kita makan". That's why, sewaktu pregnant, jangan makan benda-benda yang tak sihat, k... Ia bukan sahaja tak elok untuk diri kita, malah boleh membahayakan baby di dalam kandungan. 


Elakkan makanan-makanan di bawah:

- Makanan mentah/separa masak (jangan ngade-ngade nak mengidam sushi ye.. Telur separuh masak pun kalau boleh elakkan)
- Ikan yang berisiko tercemar dengan merkuri (cth: tuna, mackerel, siakap)
- Smoked seafood
- Keju
- Susu yang tak berpasteur
- Kaffein
- Alkohol
- Sayur yang tak dibasuh
- MSG

PERTAMBAHAN BERAT BADAN

Masa pregnant, pertambahan berat badan memang something yang normal, malah digalakkan. Walaupun begitu, kita kena selalu aware dengan pertambahan berat badan kita, takut-takut jadi obese pulak.

Pastikan pertambahan berat badan kita tak berlaku secara mendadak. 

Kalau berat badan kita normal sebelum pregnant, kenaikan semasa 1st trimester adalah antara 0.5-2.5 kg. Then, akan naik 0.5kg dalam minggu-minggu seterusnya. So, in total, jumlah kenaikan berat badan mungkin boleh mencapai hingga 11-15 kg.

Pertambahan berat badan ni adalah disebabkan oleh berat plasenta dan cecair amnion, pembesaran uterus dan payudara, pertambahan isipadu darah dan lemak, juga berat baby kita itu sendiri. 


Memang biasa di awal-awal pregnancy akan hilang berat badan disebabkan oleh hilang selera makan dan muntah-muntah. Tapi make sure cover balik dengan minum air yang cukup untuk elakkan dehydration. 

Insya Allah, berat yang hilang masa 1st trimester tu akan di'cover' balik semasa 2nd dan 3rd trimester.

BERAPA BANYAK NAK KENA MAKAN?


Walaupun kita dah membawa satu lagi jasad dalam rahim kita, itu tak bermakna kita boleh makan untuk 2 orang ok... 

- 1st Trimester - tak memerlukan pertambahan kalori
- 2nd Trimester - + 300-350 kcal/sehari

- 3rd trimester - + 500 kcal/sehari

Tapi, pertambahan kalori tu, aimkan untuk protein, bijirin, buah dan sayuran; instead of minyak dan lemak. 

Aim untuk dapatkan lebih banyak nutrien dalam diet kita semasa pregnant. Termasuklah lemak sihat, protein, karbohidrat dan micronutrien yang lain.

NUTRIEN YANG PENTING SEMASA HAMIL


Protein
- Pertumbuhan organ (cth: rahim, payudara)
- Pertumbuhan sistem badan baby

- Sumber: daging pejal, ikan dan susu

Karbohidrat
- Beri tenaga
- Sumber: Bijirin, buah, sayur

Omega-3
- Pertumbuhan sistem saraf baby
- Penyerapan vitamin yang baik
- DHA baik untuk IQ dan penglihatan baby
- Memberi kesihatan jantung pada ibu
- Sumber: Minyak flaxseed, salmon

Kalsium
- Bina tulang dan gigi baby
- Melindungi ketumpatan tulang ibu
- Elakkan ibu daripada tekanan darah tinggi

- Sumber: Yogurt, susu, tofu

Asid folik
- Mengelakkan daripada 'neural tube defect' pada baby
- Elakkan keguguran di awal kehamilan
- Elakkan kelahiran pra-matang
- Mengelakkan ibu daripada anemia

- Sumber : lentil, bayam

Zat besi
- Mengelakkan kelahiran pra-matang
- Mengelakkan ibu daripada anemia

- Sumber : Daging pejal, berries, brokoli

B-Complex
- Beri tenaga
- Menghasil protein untuk bina sel baru
- Bina sel darah merah

- Sumber : Yogurt, daging, salmon

Vitamin C
- Memudahkan penyerapan zat besi
- Membina tulang dan gigi yang sihat
- Meningkatkan sistem imun
- Mengekalkan kesihatan salur darah dan sel darah merah

- Sumber : Capsicum, oren, strawberry

Vitamin D
- Bantu ibu dan baby untuk penyerapan dan gunakan kalsium
- Sumber : Susu, oren, telur

SET KEHAMILAN SHAKLEE

Disebabkan keperluan nutrien-nutrien yang semakin meningkat, kemungkinan nutrien-nutrien ini kita tak boleh hanya dapat daripada makanan semata-mata.

Insya Allah, SET KEHAMILAN SHAKLEE boleh membantu untuk men'cover' lompong-lomping tersebut supaya diri kita dan juga kandungan lebih sihat.


Akhir kata, saya mendoakan anda mendapat pengalaman yang hebat semasa kehamilan anda!! 

Bayi anda adalah apa yang anda makan...


 ðŸ’— Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole