Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Macam yang kita dah sedia maklum, bersenam sepatutnya dah kena jadi rutin harian kita untuk dapatkan kesihatan yang optimum.
Tapi, ada kalanya senaman tu jugak boleh jadi something yang boleh memudaratkan kita.
Serious?? Macam mana boleh jadi lagu tu?
Haa... jangan tak tau.. Senaman juga boleh beri kesan yang buruk kalau tak dibuat dengan teknik yang betul. Ia juga boleh beri kesan yang tak baik kalau kita buat secara berlebihan. Maksudnya dah melebihi kudrat kita sendiri.
Macam mana nak tahu kita dah bersenam lebih daripada kadar yang sepatutnya?
Ada satu cara mudah nak detect.
"Cuba Bercakap"
Masa bersenam tu, cuba at least kira "1, 2, 3...., 10" dengan suara yang kuat. Atau cuba nyanyi lagu "Air pasang malam surut pukul 5..." Atau apa-apa je lah.. Asalkan dengan suara yang kuat.
Kalau kita boleh buat dengan mudah, maksudnya kita bersenam dengan kadar yang sesuai dengan keadaan diri kita.
Tapi kalau kita termengah-mengah masa menyebutnya tu, maksudnya kemungkinan kita dah terlalu 'push' diri melebihi limit diri kita.
"If it feels too hard, it's too hard." Itu je kena ingat.
Sekian sahaja tips untuk hari ini...
Salam sihat daripada saya... :)
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment