Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sustained Release Vita-C

Adakah Virus hMPV Virus Baru? Fakta Sebenar Tentang Penyebarannya

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dah viral satu berita tentang satu jenis “virus baru”, iaitu virus hMPV (human metapneumovirus), terutamanya bila kita dengar ada peningkatan kes jangkitan di beberapa tempat. Rasanya kita baru je  dapat tarik nafas lega sekarang lepas berakhirnya pandemik Covid 19 dulu. Ada virus baru lagi ke? Tapi, ye ke virus hMPV ni virus baru? Jawapannya: tidak. Virus ini bukanlah ancaman yang baru je muncul, tetapi dah lama dikenali terutamanya oleh komuniti perubatan. Meh saya share serba-sedikit bekenaan virus hMPV ni berdasarkan pembacaan saya. Sejarah Ringkas Virus hMPV? Virus hMPV adalah sejenis virus saluran pernafasan (respiratory virus)  dari kumpulan paramyxovirus. Virus ini  boleh menjangkiti individu daripada semua peringkat umur. Ia mula-mula ditemui pada tahun 2001 . Walaupun begitu, ada yang mengatakan yang virus ini sebenarnya dah wujud lama lagi daripada itu, iaitu sejak tahun 1950-an lagi. ...

Tips Kurangkan Demam dengan Cepat dan Selamat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila demam ni memang rasa tak best, kan? Badan rasa panas, kepala rasa berat, nak buat apa pun serba tak kena. Tapi tak payah risau. Sebenarnya ramai yang tak tau, demam ni sebenarnya adalah salah satu tanda badan kita tengah melawan sesuatu jangkitan. Bila suhu badan meningkat, ia akan merangsang sistem pertahanan badan kita untuk hantar sel-sel darah putih untuk melawan jangkitan-jangkitan yang masuk dalam badan kita tu. Tapi ye la.. Bila demam badan tak rasa selesa, kan... Tak naklah demam lama-lama. Kalau kita tahu cara yang betul, demam sebenarnya boleh cepat reda. Jom saya kongsikan beberapa tips mudah untuk mengurangkan demam dengan cara yang selamat dan berkesan! Banyakkan Minum Air Air ni sebenarnya “ubat” semulajadi yang paling mudah! Bila demam, badan kita banyak kehilangan cecair sebab kita akan banyak berpeluh lebih dari biasa. Jadi, penting untuk kita pastikan badan kekal terhidrasi supaya suhu badan lebih terkawal dan tak mudah lesu....

Cara Pulihkan Kulit Belang dan Sunburn dengan Cepat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kulit muka berbelang atau sunburn lepas balik bercuti memang boleh buat kita rasa tak confident, kan? Lagi-lagi bila tengok cermin, nampak tona kulit tak sekata. Jangan risau, kulit kita sebenarnya boleh pulih seperti sedia kala jika kita lakukan dengan cara yang betul. Dalam blog post ni, saya nak share pasal tips mudah dan berkesan untuk kembalikan kulit menjadi lebih sihat dan glowing. Nak tahu caranya? Teruskan baca! Elakkan Kesilapan Lazim Kadang-kadang, bila kulit sunburn, kita rasa nak cepat-cepat hilangkan kulit gelap tu, terus ambil scrub kasar dan nak gosok sampai licin. Tapi, sebenarnya itu lagi memudaratkan kulit tau! Kulit yang sunburn tengah dalam fasa sensitif. Jadi elakkan daripada menggosok dengan kasar atau guna produk yang ada alkohol dan bahan kimia yang keras. Lagi elok rawat kulit secara perlahan-lahan dengan produk skincare yang lembut dan kerapkan penggunaan moisturizer . Ingat, kulit kita pun perlukan masa untuk pulih. Ja...

Kenapa Rumah Perlu Dibersihkan Segera Selepas Banjir?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila dah masuk hujung tahun, mulalah hati saya rasa gundah gulana. Bila guruh berbunyi, hujan mula turun dengan lebat, saya dah tau, air bakal naik. Itulah nasib bila kita tinggal di kawasan rendah. Alhamdulillah, sekarang saya dah pun berpindah di kawasan yang lebih tinggi.  Tetapi, ibu ayah saya masih lagi tinggal di kawasan lama. Dah berpuluh tahun ibu ayah saya tinggal di situ, dari zaman saya sekolah rendah lagi. Sekarang saya pun dah beranak-pinak. Dulu-dulu kawasan ni tak pernah banjir. Air naik tu memang ada, tapi tak pernah sampai air masuk ke dalam rumah. Tapi, tahun 2021 tu memang tercipta satu memori. First time rumah keluarga kami dilanda banjir sehingga paras pinggang di dalam rumah. Saya yang duduk jauh memang risau, macam mana keadaan mak ayah, macam mana mereka nak dapat bekalan makanan. Saya hanya mampu doa dari jauh. Nak balik pun, kami memang dah tak boleh masuk ke kawasan banjir tersebut. Hampir seminggu juga air untuk mula ...