Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dah viral satu berita tentang satu jenis “virus baru”, iaitu virus hMPV (human metapneumovirus), terutamanya bila kita dengar ada peningkatan kes jangkitan di beberapa tempat. Rasanya kita baru je dapat tarik nafas lega sekarang lepas berakhirnya pandemik Covid 19 dulu. Ada virus baru lagi ke? Tapi, ye ke virus hMPV ni virus baru?
Jawapannya: tidak.
Virus ini bukanlah ancaman yang baru je muncul, tetapi dah lama dikenali terutamanya oleh komuniti perubatan.
Meh saya share serba-sedikit bekenaan virus hMPV ni berdasarkan pembacaan saya.
Sejarah Ringkas Virus hMPV?
Virus hMPV adalah sejenis virus saluran pernafasan (respiratory virus) dari kumpulan paramyxovirus. Virus ini boleh menjangkiti individu daripada semua peringkat umur. Ia mula-mula ditemui pada tahun 2001. Walaupun begitu, ada yang mengatakan yang virus ini sebenarnya dah wujud lama lagi daripada itu, iaitu sejak tahun 1950-an lagi.
Virus ini biasanya menyebabkan simtom-simtom seperti selesema, batuk, hidung berair, sakit tekak dan nafas berbunyi atau "wheezing". Walaupun simtom ni dengarnya seperti agak ringan untuk kebanyakan orang, tapi ia juga boleh jadi serious untuk golongan-golongan yang berisiko tinggi. Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan komplikasi pernafasan yang memerlukan rawatan segera.
Bagaimana Virus hMPV Tersebar?
Virus hMPV boleh tersebar dengan cara yang sama seperti kebanyakan virus saluran pernafasan yang lain:
1. Melalui titisan pernafasan – Apabila berada pada jarak dekat dengan seseorang yang batuk atau bersin.
2. Kontak rapat – Seperti bersentuhan dan bsersalaman dengan individu yang dijangkiti.
3. Permukaan tercemar – Menyentuh permukaan yang telah terdedah atau tercemar kepada virus, kemudian menyentuh mata, hidung, atau mulut.
Simtom-simtom jangkitan selalunya akan bermula selepas 3-5 hari terdedah dengan virus ini.
Siapa yang Berisiko?
Virus hMPV boleh menyebabkan penyakit atau masalah pernafasan pada semua golongan dari semua lapisan umur. Namun begitu, terdapat beberapa golongan yang lebih berisiko mengalami komplikasi seperti bronchiolitis dan pneumonia akibat virus ini:
- Kanak-kanak kecil : Terutamanya bayi di bawah umur dua tahun.
- Warga emas : Sistem imun yang lemah menjadikan mereka lebih terdedah.
- Individu yang mempunyai sistem imun yang lemah : Contohnya, pesakit paru-paru atau pesakit cancer
Simtom Jangkitan Virus hMPV
Mengikut KKM, simtom virus hMPV ni lebih kurang sama seperti penyakit selesema biasa atau jangkitan saluran pernafasan yang lain, termasuklah:
- Batuk
- Hidung berair
- Demam
- Sakit tekak
- Hidung tersumbat
- Masalah pernafasan seperti sesak nafas atau wheezing
- Sakit kepala
Namun begitu, terdapat juga kes-kes yang lebih serius, di mana ia boleh menyebabkan masalah seperti radang paru-paru atau bronkitis dan juga pneumonia, terutamanya terjadi dalam kalangan individu berisiko tinggi.
Adakah Perlu Panik?
Setakat ini, pakar-pakar belum lagi memberikan amaran yang serious tentang virus hMPV ni, memandangkan ia bukanlah virus yang baru dan telah banyak berlaku kes jangkitan seperti virus selsema yang biasa. Virus ini juga dikatakan tidak akan menyebabkan pandemik seperti Covid19. Ini kerana ia telah banyak dikaji sebelum ini dan kebanyakan populasi secara global telah pun mendapat imuniti daripada virus ini. Tak seperti Covid19 di mana ia adalah virus baru dan kita masih belum lagi terimun dengan virus tersebut, sampailah kita pernah terjangkiti dan mendapat vaksin.
Walaupun begitu, tak bermakna kita boleh ambil endah je tentang virus hMPV ni. Kita masih perlu mengambil langkah pencegahan daripada mendapat jangkitan ini seperti menjaga kebersihan diri, mencuci tangan dengan kerap dan mengelakkan kontak rapat dengan individu yang sakit, seperti mana kita jaga semasa pandemik Covid19 dulu.
Cara Mengawal Penyebaran
Mencegah penyebaran virus HMPV memerlukan tindakan yang konsisten. Ini adalah beberapa langkah yang boleh kita amalkan:
- Membasuh tangan dengan air yang mengalir dengan sabun atau alcohol-based sanitizer
- Pakai pelitup muka jika berada di kawasan yang sesak
- Tidak menyentuh muka terutamanya di kawan mulut, hidung dan mata
- Kekalkan penjarakan sosial dan elakkan kontak rapat terutamanya dengan orang yang bergejala
- Kuarantin diri jika mengalami gejala
- Dapatkan nasihat doktor jika gejala bertambah teruk, terutamanya jika melibatkan kanak-kanak atau warga emas.
- Sentiasa membersihkan dan menyahjangkit permukaan yang sering disentuh sepeti tombol pintu, meja dan peralatan makan
Mencegah Jangkitan dengan Supplemen
Tak kiralah jangkitan virus atau kuman apa sekali pun, termasuklah virus hMPV ni, seboleh-bolehnya kita kena usaha untuk mencegahnya. Usaha ini memerlukan gabungan langkah-langkah di atas, dan juga gaya hidup sihat serta sokongan nutrisi yang lengkap. Pengambilan supplemen juga boleh membantu menguatkan sistem imun badan, menjadikannya badan kita lebih bersedia untuk melawan jangkitan.
Berikut adalah beberapa contoh supplemen yang boleh menyokong kesihatan diri kita serta dapat membantu dalam pencegahan jangkitan penyakit:
- Membekalkan vitamin C secara perlahan-lahan sepanjang hari untuk menyokong imuniti
- Membantu meningkatkan pengeluaran sel imun untuk menguatkan sistem pertahanan badan
- Sistem pertahanan badan atau sistem imun yang kuat adalah pertahanan baik terhadap jangkitan virus dan patogen lain
2) Nutriferon
- Meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi
- Meningkatkan penghasilan interferon dalam badan yang dapat menyokong sistem imun
-Mengandungi campuran phytonutrient dengan ekstak mineral dan tumbuhan yang telah dibuktikan keberkesanan secara klinikal
3) Omega Guard
- Membekalkan omega-3 yang tulen untuk menyokong kesihatan pernafasan
- Mengurangkan keradangan termasuklah dalam saluran pernafasan
- Meningkatkan imuniti
Walaupun supplemen-supplemen ini dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan badan kita, kita juga perlulah ambil berat tentang gaya hidup kita supaya kekal berkualiti:
- Memastikan tidur yang cukup setiap malam
- Mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Menjaga kebersihan diri
Dengan kombinasi supplemen Shaklee dan gaya hidup sihat, kita dapat meningkatkan pertahanan badan terhadap virus seperti hMPV.
Akhir kata…
Dalam menghadapi virus seperti hMPV, tak perlulah kita terlalu panik atau risau sehingga mengganggu minda dan hidup kita seharian. Namun begitu, penting untuk kita sentiasa berjaga-jaga. Amalkan langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan, makan secara sihat, dan cukup rehat untuk memastikan tubuh badan kita kekal kuat menangkis jangkitan-jangkitan ini. Pada zaman di mana pelbagai virus mudah tersebar, menjaga taraf kesihatan kita adalah satu keutamaan.
Selain itu, sokongan nutrisi daripada supplemen juga dapat membantu menguatkan sistem imun badan. Jika nak cuba amalkan supplemen Shaklee, boleh whatsApp saya di nombor yang saya letakkan di bawah post ini.
Semoga kita dan keluarga kita sentiasa dilindungi dan terus dikurniakan kesihatan berpanjangan dan terus kekal bertenaga.
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment