Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Alhamdulillah kita dah melepasi sepertiga pertama Ramadhan tahun ini. Macam mana dengan prestasi ibadah kita semua ? Harapnya baik-baik sahaja semuanya. Insya Allah, kita ada dua pertiga Ramadhan lagi yang kita bakal tempuh. Jom kita terus pecut dengan perbanyakkan lagi, kita khusyukkan lagi, tambahkan lagi kualiti ibadah kita. Dah plan ke apa nak berbuka puasa hari ni? Masak sendiri atau ke bazaar? Kalau saya biasanya pada hari bekerja, saya pilih untuk masak je di rumah. Bila hari weekend baru saya cuti masak-masak, kami cari juadah berbuka di bazaar sahaja. Bila lapar-lapar pergi ke bazaar memang mencabar. Rambang mata jadinya. Pengalaman hari pertama puasa haritu, bila pergi ke bazaar memang jadi rambang mata. Tengok itu mahu, tengok ini mahu. Beli sikit takut tak cukup, tak sempat merasa. Jadi beli ikut suka sahaja. Konon nak meraikan anak-anak juga, bagi mereka seronok. Bila sampai waktu berbuka, Ya Allah, perut terasa sendat, nak makan kuih ...