Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Macam mana dengan prestasi ibadah kita semua? Harapnya baik-baik sahaja semuanya.
Insya Allah, kita ada dua pertiga Ramadhan lagi yang kita bakal tempuh. Jom kita terus pecut dengan perbanyakkan lagi, kita khusyukkan lagi, tambahkan lagi kualiti ibadah kita.
Dah plan ke apa nak berbuka puasa hari ni? Masak sendiri atau ke bazaar?
Kalau saya biasanya pada hari bekerja, saya pilih untuk masak je di rumah. Bila hari weekend baru saya cuti masak-masak, kami cari juadah berbuka di bazaar sahaja.
Bila lapar-lapar pergi ke bazaar memang mencabar. Rambang mata jadinya.
Pengalaman hari pertama puasa haritu, bila pergi ke bazaar memang jadi rambang mata. Tengok itu mahu, tengok ini mahu. Beli sikit takut tak cukup, tak sempat merasa. Jadi beli ikut suka sahaja. Konon nak meraikan anak-anak juga, bagi mereka seronok.
Bila sampai waktu berbuka, Ya Allah, perut terasa sendat, nak makan kuih pun rasa macam terpaksa. End up rasa sangat mengantuk. Nak solat lagi.... Nasib baiklah ada Cinch Tea Energy Mix tu. Dapatlah bantu hilang sikit rasa mengantuk tu.
So, mulai saat itu, saya tau saya kena kawal diri. Sebelum ke bazaar dah pesan awal-awal dengan anak-anak dan suami, "Kita cari 2 jenis kuih sahaja, 1 jenis kuih dalam 4 ketul sahaja. Kita berjimat, dan kita bersederhana. Kita buat rasa-rasa je semua."
Saya bukanlah peminat kuih sangat. Tapi disebabkan saya ada anak kecil yang baru nak belajar berpuasa, saya perlu juga beli sedikit kuih-muih sebagai reward untuk dia.
Dan nak cari juadah utama pula, saya akan teliti, berapa banyak setiap portion yang dihidangkan. Kalau saya tengok portionnya banyak, saya akan beli sedikit sahaja, dan saya akan share dengan anak-anak.
Alhamdulillah, cukup je semuanya.
Alhamdulillah, cukup je semuanya.
Perut pun tak rasa terlalu penuh, mata pun tak rasa berat.
Kadang-kadang kita memang kena selalu peringatkan diri kita, bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk mengikat nafsu kita juga. Nafsu daripada nak berbuat maksiat dan dosa, dan juga nafsu daripada nak buat perkara-perkara fitrah juga seperti makan dan minum.
Allah dah pesan, bersederhanalah, dalam makan minum, dalam berbelanja... Inilah masanya Allah nak uji kita, waktu kau kelaparan, kau ingat tak lagi pesananNya.
Saat kita terbongkang akibat terlalu kenyang, itulah tazkirah yang Allah nak bagi pada kita sebenarnya, tengok apa jadi pada diri kau! Adakah ini yang kau mahu di bulan Ramadhan ini, bila kau melampiaskan nafsu membeli tanpa beringat, sampai kau jadi malas nak beribadah akibat terlalu kenyang?
Bulan Ramadhan adalah masa untuk kita perbaiki nafsu diri, dan perbaiki kualiti ibadah. Dari sekecil-kecil perkara.
Saya selalu peringatkan diri, saat kita berkata tidak kepada "over-buying" atau pembaziran, tertulis pahala buat kita. Dan pahala di bulan Ramadhan berlipat kali gandanya.
Semoga Ramadhan yang berbaki lagi lebih kurang 20 hari ni, kita banyak muhasabah diri dari aspek ibadah khusus mahupun akhlaq kita sebagai seorang muslim, aameeen....
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment