Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Sekarang ni, rata-rata kita dengar ramai orang mula mengeluh bila banyak harga barang semakin meningkat. Ini banyak berlaku terutamanya selepas dunia dilanda pandemik Covid-19.
Mengikut statistik yang disediakan di Portal Rasmi Kementerian Ekonomi, ditunjukkan purata perbelanjaan bulanan isi rumah kasar pada tahun 2019 adalah sebanyak RM 4,534, manakala pendapatan bulanan bagi golongan B40 dan M40 adalah sebanyak RM 3,152 dan RM 7,348 masing-masing. Ini adalah statistik sebelum zaman pandemik lagi, yang pastinya menjadikan perbelanjaan bulanan adalah semakin meningkat.
Ini juga menunjukkan semakin perlunya rakyat Malaysia mencari sumber-sumber pendapatan lain bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang.
Alhamdulillah, dengan adanya teknologi yang semakin canggih, dengan adanya smartphone, semua orang mampu untuk menjana pendapatan sampingan dengan membuat bisnes online.
Saya bermula bisnes online bersama Shaklee Malaysia pada tahun 2012. Tapi sebelum tu, ibu saya dan saya sendiri sudah pun mengamalkan supplemen Shaklee selama setahun. Disebabkan kami berdua sudah merasai Shaklee Effect itu sendiri, saya buat keputusan untuk mendaftar menjadi seorang Pengedar Shaklee yang Sah. Saya rasa tersangatlah rugi bila tak mendaftar, lagi-lagi saya memang sudah konsisten membeli supplemen Shaklee setiap bulan. Kalau saya mendaftar, dapatlah saya benefit harga yang jauh lebih murah.
Dan di samping untuk kegunaan sendiri, saya juga mengambil kesempatan itu juga untuk mula menjalankan bisnes online. Selepas sahaja saya mendaftar sebagai Pengedar Sah Shaklee, saya mula kongsikan kebaikan-kebaikan produk Shaklee di media sosial dan juga kini di blog ini.
Dan kini sudah lebih 10 tahun saya membuat bisnes online bersama Shaklee, dan saya rasa bisnes online Shaklee adalah yang terbaik bagi saya.
Ini antara kelebihan bisnes online bersama Shaklee:
1) Bisnes Shaklee adalah sesuai untuk semua orang dan golongan
- Bisnes Shaklee adalah sangat fleksibel, mudah dan mobile
- Dalam bisnes Shaklee ni kita boleh susun perjalanan bisnes kita mengikut target kita sendiri, ikut kesesuaian keperluan kita, dan tiada sebarang ketetapan yang khusus daripada syarikat.
- Yang bagusnya juga untuk orang yang introvert seperti saya, ia boleh dijadikan fully bisnes online, kita tak perlu lagi bersemuka dengan prospek untuk ceritakan tentang produk. Kita hanya boleh membuat sharing melalui medial sosial dan juga penulisan blog untuk reach lebih ramai orang
- Disebabkan itu juga bisnes online Shaklee ini sangat sesuai untuk para suri rumah, pelajar atau pun mereka yang dah ada pekerjaan tetap yang ingin mendapatkan pendapatan tambahan.
2) Yuran pendaftaran yang murah.
- Kini kita hanya perlu membayar RM35 sahaja untuk mendaftar sebagai Pengedar Sah Shaklee.
3) Tiada minimum purchase atau pembelian minima
- Shaklee tak pernah memaksa ahlinya untuk membuat pembelian sebanyak sekian-sekian RM untuk mendapat kebaikan mendapat harga ahli. Kita boleh beli hatta hanya sebotol Zinc Plus sebulan, kita masih boleh mendapat penjimatan dengan harga ahli. Best kan?
4) Bisnes Shaklee tak wajib simpan stok
- Tiada syarat yang menyuruh kita menjadi stokis untuk menjual produk Shaklee. Cukup hanya membayar yuran keahlian, kita sudah layak menjadi Pengedar Shaklee yang sah.
- Dah banyak saya dengar kawan-kawan saya terpaksa menyimpan stok di rumah atau menjadi stokis untuk mula bisnes di syarikat MLM yang lain dan terpaksa mengeluarkan modal yang banyak sebelum memulakan bisnes online mereka. Dan alhamdulillah, ia tidak berlaku dalam Shaklee.
- Bezanya dengan Shaklee, kita boleh buat bisnes secara ala-ala dropship, di mana bila kita dapat order daripada customer, barulah kita order daripada Shaklee dan Shaklee sendiri yang akan membuat penghantaran kepada customer kita.
- Model bisnes ini sesuailah untuk yang baru mula-mula nak bisnes online dengan "zero capital" atau "zero modal" atau modal yang kecil.
5) Bisnes Shaklee tak wajib cari downline
- Bisnes Shaklee adalah bisnes menjual produk, bukan mencari downline.
- Namun, jika kita ingin membina empayar bisnes online kita sendiri, kita boleh membuat inisiatif untuk mengajak lebih ramai orang di bawah leadership kita untuk kita pandu mereka bersama berjaya di dalam bisnes Shaklee ni.
6) Shaklee bukan mengamalkan Sistem Piramid
- Sebagaimana yang ramai dah tahu sistem piramid adalah satu sistem yang sangat tak adil dan zalim.
- Di dalam model bisnes Shaklee, jika downline kita dapat hasil jualan yang lebih tinggi, mereka boleh naik rank yang sama dengan kita, atau sebenarnya lebih tinggi daripada kita ("break-out")
- Dalam Shaklee, kita mengamalkan prinsip "siapa buat, dia yang dapat", tak kisahlah kita ni Rank Supervisor ke... Rank Coordinator ke... Kita tak berusaha, maka kita tak dapat hasil lah. Tiada konsep Leader goyang kaki.
7) Bonus bulanan
- Pengedar bukan sahaja akan dapat merasai untung retail daripada setiap jualan, tapi jika kita berjaya mencapai certain target, syarikat akan reward kita dengan bonus bulanan pula mengikut percentage jualan.
8) Produk Shaklee telah terbukti keberkesanannya
- Keberkesanan produk Shaklee tidak hanya terbukti dengan testimoni sahaja, tetapi juga terbukti secara saintifik
- Antara kajian yang dijalankan oleh Shaklee adalah "Landmark Study" yang menunjukkan mereka yang telah mengamalkan Shaklee dalam jangka masa panjang mempunyai kesihatan umum yang lebih baik berbanding mereka yang mengamalkan pelbagai supplemen yang lain.
- Shaklee juga ada menjalankan satu Kajian Telomere atau "Telomere Study" yang menunjukkan pengguna-pengguna Shaklee mempunyai kadar pemendekan telomere 40% lebih rendah berbanding mereka yang berada dalam kumpulan kawalan. Anda boleh baca di sini apakah maksud pemendekan telomere tersebut untuk lebih faham.
9) Produk Shaklee dikenali ramai
- Ini sudah terbukti dalam satu tinjauan survey yang menunjukkan Shaklee merupakan jenama supplemen kesihatan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia.
- Disebabkan itu, ia amat memudahkan para Pengedar untuk meyakinkan masyarakat betapa bagusnya produk-produk Shaklee bila dah ramai orang yang kenal dalam percaya dengan produknya.
10) Info yang banyak dan tak putus-putus daripada Syarikat dan juga Team Leader
- Lepas kita dah mendaftar sebagai Pengedar yang Sah, kita tak dibiarkan begitu sahaja terkontang-kanting sendiri.
- Pengedar Sah Shaklee banyak disediakan bahan-bahan rujukan dan juga kelas-kelas yang dikendalikan daripada pihak syarikat dan juga Team Leader, untuk memastikan kita cukup ilmu tentang produk dan juga pengendalian bisnes.
11) Reward daripada Shaklee (Star Achiever Awards & Shaklee Incentive Trips)
- Shaklee juga ada memberikan Star Achiever Awards untuk mereka yang berjaya effective naik rank atau pangkat di dalam bisnes Shaklee.
- Setiap tahun juga boleh nampak Shaklee bawa ramai leader yang berjaya mengumpul certain points ke luar-luar negara melalui Incentive Trips.
- Dan yang lagi best, the whole trip is all paid for. Tinggal bawak diri, passport dan baju-bajan je.
- Cukup point, siap boleh bawak plus-one lagi tau....
- Ini membuatkan saya rasa membara-bara nak melaju lagi dalam bisnes online Shaklee ni.
Atas sebab-sebab di atas inilah yang membuatkan saya kekal bersama Shaklee. Saya percaya bisnes online Shaklee adalah yang terbaik di Malaysia dan sesuai untuk dipelopori oleh pelbagai golongan termasuk anda!
Jika anda sedang mencari-cari bisnes online untuk dijalankan, saya yakin, anda boleh berjaya dengan Shaklee asalkan kita ada kesungguhan dan azam yang kuat untuk terus belajar dan berusaha.
Saya boleh pimpin anda supaya kita boleh bersama-sama boleh meningkatkan taraf hidup kita dan membina kejayaan dan mencapai matlamat-matlamat dalam hidup kita.
WhatsApp saya di nombor di bawah untuk saya bantu anda, k... :)
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment