Skip to main content

Peluang Jana Pendapatan Tambahan dengan Program Insentif Shaklee Malaysia

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Insentif Shaklee

Baru-baru ni sempat saya join satu kelas anjuran Team Shaklee kami. Katanya ada berita baik untuk kami semua.

Rupa-rupanya Shaklee Malaysia ada anjurkan satu program insentif bernama Field Incentive Program (FIP) bermula April hingga Jun 2023 ni. Program Insentif ni disusun khas buat para new-enrolled Supervisor (SV) dan juga Senior Supervisor (SSV) supaya jadi lagi semangat untuk kerja keras untuk kekal effective dalam rank ni.

Yang bestnya, ini jugalah peluang untuk New SV dan New SSV untuk dapat extra bonus sebanyak RM600! Siapa nak bagi duit sebanyak tu, kan? Bila ada peluang nak dapat bonus extra ni, sayanglah kalau tak grab! Nak kena kerja keras ni...

Program ini juga dapat membuka peluang dan memberi motivasi untuk para Distributor (not yet SV) untuk kejar point UV percentage supaya dapat naik rank ke pangkat SV atau SSV dan konsisten dalam membina satu team bisnes yang kukuh dan kuat.

Biar saya ceritakan serba sedikit dan serba ringkas tentang Program Insentif Shaklee ni...

Tujuan Program Insentif ini diadakah adalah untuk:

1) memberi motivasi kepada para Shaklee Distributor supaya menjadi lebih konsisten dalam bisnes Shaklee ni dan menaikkan semangat kami untuk mengembangkan lagi bisnes sehingga berjaya rank up dan membesarkan lagi peratusan bonus kami.

2) Insentif ni juga bagus untuk beri motivasi kepada Appointed SV dan SSV yang sudah lama stagnant atau tak effective untuk kembali dalam bisnes Shaklee dan fight sehingga berjaya effective semula. 

3) Program ini juga dapat membantu para Leader untuk memandu downline dan juga dapat membina satu kumpulan bisnes yang lebih kukuh dan berkembang.

Apakah syarat-syarat kelayakan untuk mendapat Insentif RM600 daripada Shaklee ni?

Insentif Shaklee

Basically, Program Insentif Shaklee ni ada 3 kategori.

Kategori Pertama (1):

Pengedar-pengedar Shaklee yang masih bergelar Distributor perlu move up rank ke Rank SV atau SSV antara bulan April hingga Jun 2023. Dan mereka perlu kekal effective untuk 2 bulan seterusnya berturut-turut. Jika mereka berjaya, maka mereka layak untuk menambah bonus tambahan sebanyak RM600.

Kategori (2):

Pengedar-pengedar Shaklee yang sudah ada Highest Appointed Rank sebagai SV atau SSV tetapi tidak effective sepanjang Januari hingga Mac 2023 juga boleh mendapat insentif tambahan ni. Caranya adalah dengan mereka perlu berjaya effective pada Highest Appointed Rank mereka pada April 2023 dan kekal effective untuk 2 bulan berikutnya berturut-turut. Jika mereka berjaya, maka mereka juga layak mendapat RM600 tambahan daripada Shaklee ni.

Kategori ketiga (3):

Supervisor atau Senior Supervisor effective pada Januari hingga Mac 2023 perlu move up rank at least ke Rank Senior Supervisor atau Coordinator, masing-masing; dan perlu kekal effective pada appointed rank ini untuk 2 bulan berikutnya berturut-turut. Jika berjaya, maka mereka juga layak untuk mendapat insentif tambahan sebanyak RM600 ni.

Best ke super best? Macam tu je Shaklee nak kasi kita extra bonus kan...
Itu baru insentif tambahan.
Nak dapat insentif ni, bermakna kita perlu kejar untuk dapat peratusan bonus sebanyak 21% daripada UV point kita.

Insentif ni bukan hanya bernilai RM600, tapi lebih dari itu!

Tahu tak apa yang kita akan dapat bila kita berjaya capai 21% ni sebagai Supervisor?
Anggaran Untung Retail: ~RM2,000-RM3,000
Anggaran Bonus Bulanan: ~RM2,000-RM2,500

So, maksudnya sebulan dah boleh dapat pendapatan sebanyak RM4,000-RM5,000 tau!
Ni baru sebulan. Kalau 3 bulan? Haa... cubalah kira sendiri...
Tambah pulak lagi reward RM600 nanti!

Kadang-kadang yang dah kerja hakiki pun tak dapat gaji sebesar ni. Yang suri rumah, yang still belajar, apatah lagi! Bayangkanlah berapa banyak kita boleh bantu keluarga kita if kita dapat jana pendapatan sebesar ini. Berapa banyak simpanan kita boleh buat sebulan jika kita ada pendapatan tambahan sebanyak ini. Boleh simpan duit banyak sikit untuk pergi bercuti, nak renovate rumah ke.... Nak buat investment saham ke... Berimpian tu free kan...

Insentif Shaklee

Dan ini baru anggaran paling minima untuk Supervisor ye. Belum kira bila dah ada team, bila dah naik Rank Senior Supervisor atau Coordinator nanti!

Ya Allah... Nampak figure besar tu, jadi rasa lebih semangat nak kejar dan kembangkan bisnes Shaklee kita ni...

Dan nampak tak sebenarnya Shaklee anjurkan Program Insentif ni untuk kebaikan diri kita juga. Supaya kita tak rasa hanya cukup ditakuk lama. Supaya kita jadi lebih berkobar-kobar untuk terus maju dalam perniagaan kita.

Tapi apa-apa pun dalam nak mengejar sale, janganlah kita pergi langgar P&R yang Shaklee dah tetapkan. Sebagai contoh, kalau anda pergi promote dan menjual produk Shaklee di website-website e-commerce seperti Shopee atau Lazada atau Tiktok Shop, secara serta-merta kelayakan anda akan ditarik balik lah...

Adakah Rank dalam Shaklee hanya setakat Coordinator sahaja?

Tidak!

Jika kita kekal konsisten dalam mengembangkan business kita dalam Shaklee, kita masih move-up Rank sehingga ke Rank Master Coordinator.

Insentif Shaklee

Dan akan lebih banyak lagi insentif dan bonus tambahan yang kita bakal dapat, seperti:

- Leadership Bonus
- Car Subsidy Program
- Leader Incentive Bonus
- Shaklee Regional Incentive Trip
- Shaklee International Incentive Trip

Insentif Shaklee

Best, kan??
Patutlah semakin ramai orang yang kekal berbisnes dengan Shaklee, sebab rewardnya sangat besar!

Oleh sebab itu, saya nak mengajak anda semua untuk bersama-sama saya untuk bina empayar bisnes kita dalam gerabak Shaklee ni. Kita juga boleh capai ganjaran-ganjaran yang Shaklee dah offer pada kita semua ni. Dengan syarat, kita daftar sebagai Pengedar Sah Shaklee dan kita sama-sama bekerja keras untuk capai target kita.

Nak daftar jadi Pengedar Sah Shaklee pun mudah je. Hanya perlu bayar RM35 sahaja setahun.
Ataupun untuk bulan ni boleh grab Set Rahmah A yang bernilai RM99, dapat FREE Membership dan juga sebotol Vitamin C dan satu bekas ESP.

Apa kelebihan bisnes dengan Shaklee? Boleh baca di sini.

Program Insentif FIP ni berjalan sehingga Jun 2023 ni. Maknanya kita masih ada masa banyak lagi untuk fikirkan rangka-rangka kerja kita untuk kejar target sales dan business kita. Program ini untuk kita! Untuk pembangunan dan kemajuan diri kita, tak kisahlah kita orang lama atau orang baru. Kita pasti boleh berjaya, asalkan kita lakukan "3S: Sharing, Sponsoring & Servicing". Jika kita lakukan ketiga-tiga rukun ni, tak mustahil kita boleh menempa kejayaan dalam Shaklee.

Kita pasti boleh! Katakan boleh!! Waahh... Nampak tak semangat saya di situ... Hihihi...

Jom kita mulakan bisnes Shaklee saat ini juga!

Macam mana nak daftar sebagai Pengedar Sah?
Anda boleh klik link ini untuk mendaftar sendiri.
Atau anda juga boleh whatsApp saya terlebih dahulu untuk bertanya lebih lanjut.

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole