Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Set Detox

Macam Mana Nak Detoks Badan?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Harini saya nak share pasal detoks. Kenapa kita kena detoks? Simtom-simtom seperti cepat letih , muka naik jerawat , cepat terkena jangkitan boleh jadi simtom-simtom badan kita penuh dengan toksin. Bila jadi tanda-tanda ni, kita kena ambil tindakan untuk mulakan proses detoks pada badan. Macam mana nak detoks? Mula-mula sekali benda yang paling utama adalah, JAUHI MAKANAN DAN PERSEKITARAN YANG TAK SIHAT . Sebab kebanyakan toksin dalam badan adalah berpunca daripada bendasing toksin di luar yang masuk dalam badan kita. Second, kita kena perbanyakkan dan PELBAGAIKAN JENIS MAKANAN SIHAT . Amalkan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna. Kenapa saya kata kena pelbagaikan? Sebab setiap buah atau sayur itu carries different kind of nutrition. So, kalau boleh kita nak grab semua nutrition yang baik-baik. Lagipun, kalau kita amalkan makan epal je misalnya, kita pun akan bosan kan... Third...

Kulit Tak Cantik Sebab Banyak Toksin

Assalamualaikum wbt. Dulu saya pernah cerita panjang lebar tentang apakah itu toksin dan apa implikasinya pada tubuh badan kita. Boleh baca di sini . Secara general, setiap hari badan kita menjalankan proses detoks secara natural. Ini kerana setiap hari kita secara tak sedar yang kita duk menghirup udara yang terlalu banyak pencemaran, kita makan makanan yang terlalu banyak sodium, dan sebagainya.  So, badan kita membuat proses metabolisme untuk buang toksin-toksin tu semua. Tapi, bila badan kita terlalu banyak toksin, badan kita tak mampu nak detoks sendiri kesemuanya .

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...

Kenapa Perlu Detox?

Assalamualaikum wbt Badan manusia sebenarnya sangat banyak terdedah dengan toksin. Kalau boleh nak buat satu perumpamaan, badan kita ni sebenarnya macam satu tong besar yang tak henti-henti diisikan dengan air. Bila tong dah penuh, air akan mula melimpah keluar.  Macam tulah badan kita. Toksin memang tak henti-henti masuk ke dalam badan kita. Kalau 'tong' kita tu tak penuh lagi, memang kita tak akan sedar yang sebenarnya toksin ni boleh memudaratkan diri kita dari segi kesihatan.  Tapi bila 'tong' kita dah capai ' limit 'nya, atau pun, bila badan kita dah capai tahap maksimum, dah tak boleh terima lagi toksin masuk dalam badan kita... Masa tu, fungsi detoks dalam badan kita dah tak boleh nak berfungsi dengan betul dah. Hay wire orang putih cakap.