Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kolestrol

Turunkan Kolesterol, Elak Serangan Jantung, Ini Caranya!

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah dengar pasal kolesterol? Adakah kolesterol itu semuanya jahat? Sebenarnya, kolesterol ni bukanlah semuanya jahat. Kalau nak tahu, tubuh badan kita ni memang memerlukan kolesterol untuk fungsi-fungsi tertentu, termasuklah dalam membina sel, menghasilkan hormon dan juga membantu sistem tubuh badan kita untuk berfungsi dengan baik. Tapi masalahnya… bila kolesterol jahat (LDL) dah naik terlalu tinggi, masa tu lah macam-macam masalah boleh timbul. Contohnya, salur darah boleh tersumbat dan seterusnya jantung kita pun terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi untuk mengepam darah. Tahukah anda, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia , lebih 4.8 juta rakyat Malaysia ada masalah kolesterol tinggi , dan kebanyakannya tak sedar pun yang mereka ada masalah tu. Seram, kan? Tambah pula kolesterol tinggi ni pada awalnya selalunya tak ada simtom langsung. Tahu-tahu je, dapat serangan jantung! Uuuiii.... Seram! Sebab tulah penting untuk kita jaga paras ko...

CoQ-Trol Plus untuk Tingkatkan Tenaga dan Kesihatan Jantung

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Harini saya nak share sikit pasal satu produk Shaklee ni, namanya CoQ-Trol Plus. CoQ-Trol Plus ni macam underdog la antara banyak produk-produk Shaklee ni. Jarang disebut, tapi manfaatnya masya Allah, hebat sungguh. Apa sebenarnya supplemen CoQ-Trol Plus ni? Senang cerita, CoQ-Trol Plus ni adalah supplemen untuk nutrien Coenzyme Q10 atau nama pendeknya CoQ10. CoQ10 ni adalah antara nutrien yang powerful tau. Wajib kena baca info-info yang saya nak share di bawah ni, baru boleh appreciate betapa hebat dan pentingnya untuk kita cukupkan nutrien ni dalam badan kita. First of all... Apakah itu CoQ10? CoQ10 adalah adalah satu enzim larut lemak yang diibaratkan seperti "spark plug" bagi menjana penghasilan tenaga dalam setiap sel badan kita. CoQ10 boleh dihasilkan oleh sel badan kita sendiri tapi cuma dalam jumlah yang kecil. CoQ10 banyak boleh dijumpai dalam organ-organ badan kita, terutamanya di organ jantung, buah pinggang dan hati.  Selain...

Amalan-amalan Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Sedar tak sedar kita dah masuk tahun ketiga melepasi pandemik COVID-19. Walaupun kini kita sudah agak bebas, dah boleh mula beraktiviti dan bersosial di luar, tapi kesan pandemik itu masih ada sehingga kini, at least pada diri saya sendiri dan keluarga. Semenjak pandemik haritu, banyak rutin kami sekeluarga sudah berubah. Saya masih ingat, dulu sebelum pandemik, setiap pagi hari Ahad kami akan ke Hutan Bandar, satu tempat rekreasi keluarga di tempat saya tinggal; kami akan sama-sama buat " slow jog " dan anak pula akan bermain di playground .  Tapi lepas pandemik melanda dunia, kita semua terpaksa berkurung di rumah. Semua rutin jadi berubah. Awal-awal tu, kami semangat juga. Kami buat juga larian sekeliling porch rumah untuk gantikan aktiviti larian kami. Tapi lama-kelamaan, semangat tu jadi semakin merudum. Daripada 5 kali seminggu, ke 3 kali seminggu ke 1 kali seminggu. Lama-lama, kami dah tak buat dah larian sekeliling porch tu. Akibat...