Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Sedar tak sedar kita dah masuk tahun ketiga melepasi pandemik COVID-19. Walaupun kini kita sudah agak bebas, dah boleh mula beraktiviti dan bersosial di luar, tapi kesan pandemik itu masih ada sehingga kini, at least pada diri saya sendiri dan keluarga.
Semenjak pandemik haritu, banyak rutin kami sekeluarga sudah berubah. Saya masih ingat, dulu sebelum pandemik, setiap pagi hari Ahad kami akan ke Hutan Bandar, satu tempat rekreasi keluarga di tempat saya tinggal; kami akan sama-sama buat "slow jog" dan anak pula akan bermain di playground.
Tapi lepas pandemik melanda dunia, kita semua terpaksa berkurung di rumah. Semua rutin jadi berubah.
Awal-awal tu, kami semangat juga. Kami buat juga larian sekeliling porch rumah untuk gantikan aktiviti larian kami. Tapi lama-kelamaan, semangat tu jadi semakin merudum. Daripada 5 kali seminggu, ke 3 kali seminggu ke 1 kali seminggu. Lama-lama, kami dah tak buat dah larian sekeliling porch tu.
Akibatnya, berat badan kami pun memang naik mendadak. Dan kami pulak memang asyik-asyik order makanan secara online. Lepas tu, kami lebih banyak duduk di depan TV menonton movie. Kami dah kurang bergerak. Memang teruk betul lifestyle kami waktu itu.
Sekarang bila semua sudah hampir pulih seperti sedia kala, sedikit demi sedikit kami cuba juga untuk kembali ke rutin asal. Kami cuba untuk kembali aktif seperti dahulu. Dan sebenarnya di era pasca-pandemik Covid-19 ni lah lagi besar kepentingannya untuk kita sentiasa proaktif untuk mengamalkan amalan gaya hidup sihat bagi membina kehidupan yang lebih baik dan pada masa yang sama menjauhkan kita daripada sebarang jangkitan penyakit.
Macam-macam penyakit boleh menghinggap kalau kita tak amalkan gaya hidup yang sihat ni. Bukan sahaja imuniti badan kita akan jadi rendah, tapi juga kita boleh berisiko untuk mendapat kenaikan berat badan; dan paling teruk, penyakit-penyakit kritikal yang lain seperti penyakit kardiovaskular dan kencing manis.
Kalau tanya semua orang, semua pun nak sihat, semua pun nak jalani gaya hidup yang sihat. Tapi, dengan pelbagai distraction dalam hidup kita ni, dengan perubahan rutin hidup kita, busy dengan kerja dan sebagainya, kebanyakan kita susah nak cari masa untuk bersenam atau pun untuk menyediakan makanan sihat kita. Tapi, apa-apa pun, jika kita berusaha ke arah itu, insya Allah ia pasti boleh dilakukan, dan in a long term, kita akan pasti rasa kesannya yang positif.
Apakah perkara yang boleh kita lakukan untuk kita membuat amalan gaya hidup sihat dan aktif?
Ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah yang boleh kita ambil:
Diet Yang Seimbang
Tak dapat dinafikan lagi kita memang disuruh untuk menjadikan pengambilan makanan penuh (whole food) yang bernutrisi sebagai satu tabiat amalan seharian. Seeloknya kita ikut saranan KKM untuk amalkan diet suku-suku-separuh, supaya kita dapat cukup fiber, karbohidrat, protein dam mikronutrien yang lain. Kita disarankan juga untuk mengambil 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Tahukah anda, dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup boleh merendahkan risiko kematian akibat pelbagai penyakit! (Wang, et al., 2021)
Kekal Aktif
Nak kekal aktif ni ada macam-macam alternatif.
Yang suka bersenam guna alatan-alatan, bolehlah pergi ke gym.
Macam saya sendiri sekarang, saya lebih suka buat aktiviti cardio di rumah je. Saya suka berzumba, atau buat indoor walking workout. Boleh search je di Youtube, macam-macam jenis workout yang ada. Pilih je yang mana suka. Tak pun, buatlah jumping jack, atau squat atau plank sendiri di rumah.
Atau pun, boleh juga tambah step count dengan brisk walk di kawasan perumahan kita. Nak tambahkan lagi kekuatan kardio, boleh juga buat slow jog atau running jika suka. Cuba lakukan aktiviti ni untuk 30 minit selama 4-5 hari seminggu. Kalau kita kesuntukan masa, boleh je kalau kita bahagikan sesi senaman tu kepada 10-10-10 minit dalam sehari. Asalkan kita cuba buat. Insya Allah, selain bagus untuk kesihatan, ia juga bantu untuk rembeskan hormon kegembiraan juga buat kita.
Sebenarnya nak kekal aktif ni tak perlu pun nak complicated. Just perlu banyakkan bergerak sepanjang hari. Banyakkan berjalan. Dulu-dulu, saya suka jalan kaki ke mana sahaja. Nak beli sarapan, kalau biasa naik kereta, saya akan pergi berjalan kaki ke destinasi. Kalau ke shopping mall, saya akan minta husband park kereta jauh dari pintu masuk. Dan saya akan lebih suka memilih untuk menggunakan tangga berbanding elevator jika nak naik ke tingkat atas. Selain boleh naikkan sikit step berjalan, boleh juga uji stamina diri.
Kalau yang bekerja di pejabat yang hanya banyak duduk di depan komputer atau laptop, cuba ambil masa setiap 20 minit untuk take a break dan bergerak la, pergi toilet ke, pergi meja kawan sebelah ke, atau just buat minor stretching.
Yang suri rumah pulak, masih boleh mengaktifkan diri dengan buat-buat kerja rumah, mop lantai dan alih-alih perabot rumah. Itu pun dah boleh tingkatkan penggunaan kalori tu. Atau pun, pasang je lagu-lagu kegemaran kita, lagu KPOP ke, then joget la sepuas hati... Jangan memandang rendah terhadap kuasa tarian! Ecececce....
Jaga Kebersihan
Kebersihan diri juga amatlah penting untuk kesihatan diri kita. Ini termasuklah mandi, bersihkan diri, shampoo rambut dan potong kuku. Rajinkan basuh tangan dengan sabun dengan cara yang betul. Berus gigi 2 kali sehari menggunakan berus lembut atau sederhana lembut, termasuk sebelum waktu tidur. Jangan lupa berkumur setiap kali selepas makan. Dan gunakan flos gigi setiap hari.
Selain kebersihan diri, kita juga perlu menjaga juga kebersihan persekitaran kita. Tengoklah tempat kerja kita, rumah kita. Buatlah rutin harian, mingguan atau bulanan untuk membersihkan rumah. Lakukan bersama ahli keluarga, itu lagi best!
Tidur dan Rehat Yang Cukup
Tidur yang berkualiti adalah sangat penting untuk kesihatan badan kita secara menyeluruh.
Pattern tidur ni memang sangat mempengaruhi sistem pertahanan badan atau sistem imuniti kita. So, seboleh-bolehnya kita kenalah dapatkan tidur yang cukup supaya sistem imun badan kita akan dapat bekerja secara optimum.
Tidur dan rehat yang cukup juga dapat menjadikan badan kita lebih bertenaga dan membolehkan kita lebih produktif dalam pekerjaan pada esok harinya.
Seelok-eloknya kita disarankan untuk dapatkan tidur malam selama 7-8 jam. Tidur yang berkualiti tau.
Supplemen dan Ubat-ubatan
Ada sesetengah daripada kita perlu mengambil ubat-ubatan tertentu, contohnya seperti pesakit tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol dan sebagainya. Jadi jika kita adalah antara individu yang doktor telah "prescribe"kan dengan apa-apa ubatan, jangan miss untuk ambil ubat-ubatan tersebut selagi doktor tak arahkan sebaliknya.
Saya juga sangat suggest untuk amalkan supplemen tambahan bagi mengukuhkan lagi mutu kesihatan badan kita, untuk meningkatkan tenaga badan, dan juga untuk bantu percepatkan lagi proses healing daripada masalah-masalah kesihatan yang ada. Supplemen multivitamin seperti Vita-lize juga bagus untuk atasi mana-mana kelompongan nutrisi daripada diet kita seharian. Saya pernah tuliskan kebaikan-kebaikan multivitamin Vita-Lize sebelum ini. Boleh baca di sini ye.
Tabiat makan yang Sihat
Antara tabiat pemakanan yang sihat sebagai contohnya adalah untuk berhenti makan sebelum kita betul-betul kenyang. Perasan tak bila kita makan terlalu kenyang, kita akan jadi lebih kurang bertenaga dan mengantuk? Produktiviti kerja pun jadi merudum. Jadi kena sentiasa beringat ketika makan.
Untuk mengelakkan daripada kita makan melebihi portion yang sepatutnya, cuba makan menggunakan pinggan yang lebih kecil. Insya Allah, permainan minda ni sangat berhasil, kita akan berjaya makan dengan jumlah yang lebih sedikit. Untung-untung hujung bulan angka di penimbang pun boleh turun.
Amalkan juga diet yang rendah lemak tepu dan kolesterol, dan limitkan pengambilan gula dan garam dalam masakan dan minuman. Jika kita seorang yang gemarkan minum minuman manis, kita juga boleh slowly cuba kurangkannya. Daripada minum kopi bersama susu pekat manis, boleh gantikan susu tersebut dengan susu rendah lemak. Mula-mula memang akan rasa pelik. Tapi lama-kelamaan, bak kata pepatah melayu, alah bisa tegal biasa. Lama-lama nanti kita akan ok je...
Masalahnya, dengan kehidupan yang penuh stress ni, saya sendiri pun suka "indulge"kan diri dengan snack-snack yang memang langsung tak bernutrisi. Stress eating orang kampung panggil.
Sebab itu, untuk elakkan masalah stress eating ni, kita kena kurangkan pembelian snek-snek ini. Jangan simpan pun dalam pantry dapur kita tu. Selagi ada, memang kita susah nak kawal diri.
Memakai Sunscreen Pada Waktu Siang
Jangan terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari terutamanya ketika waktu panas terik, atau disekitar pukul 10 pagi ke 4 petang. Tahu tak walaupun cuaca mendung atau sedang hujan, matahari masih memancarkan sinaran UVA dan UVB yang sangat kuat pada waktu ini. So, jangan lupa untuk pakai sunscreen dengan SPF15 - SPF50 pada waktu siang, walaupun berada dalam rumah.
Saya cadangkan suncreen YOUTH™ Age Defense Moisturizer - SPF 50 yang bukan sahaja boleh melindungi kita daripada sincaran UVA dan UVB, tetapi juga boleh bertindak melembapkan kulit.
Tidak Merokok
Jangan merokok, atau mengambil inisiatif untuk berhenti jika anda seorang perokok. Rasanya kita semua memang dah tahu apa keburukan pada kita dan orang sekeliling kita akibat tabiat merokok ni. Ini termasuklah masalah penyakit paru-paru, penyakit jantung dan juga cancer.
Kementerian Kesihatan Malaysia ada menyediakan perkhidmatan dan program-program yang boleh bantu anda untuk berhenti merokok. Jika anda memerlukan bantuan boleh hubungi talian berhenti merokok, 03-88834400.
Self-Care
Kehidupan kita sekarang memang sentiasa sibuk dengan tuntutan kerja dan keluarga yang sangat banyak mengambil masa dan tenaga kita. Kadang-kadang kita boleh jadi stress dan rasa sangat pressure untuk memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut. Tak kisahlah lelaki atau perempuan sebenarnya, kita perlu belajar untuk mengimbangi kehidupan kita. Kita masing-masing perlulah ambil sedikit masa untuk ada me-time untuk self care dan de-stress.
Self-care ni boleh macam-macam cara. Kita boleh ambil masa untuk berehat-rehat, baca buku novel, bersosial dengan kawan-kawan, atau juga pergi spa untuk memanja-manjakan diri. Kita lakukan apa sahaja aktiviti yang boleh buatkan kita jadi lebih happy. Boleh juga kita ambil masa sedikit daripada hidup kita untuk membuat aktiviti hobi kita yang mungkin dah lama kita tak buat. Atau pun, kita juga boleh mulakan hobi baru, atau belajar skill baru untuk create spark sikit dalam hidup kita. Bila kita lakukan sesuatu yang baru dalam amalan hidup kita, ia boleh membuatkan neuron-neuron dalam otak kita sentiasa aktif dan juga boleh create happiness juga dalam hidup kita.
Self-care juga bermaksud kita juga perlu menjaga kesihatan mental kita. Kita kena belajar untuk kenali dan uruskan emosi kita. Kita juga kena kenal samada kita berada dalam keadaan stress atau tekanan. Sebagai contoh, kita boleh assess diri kita samada kita susah tidur ke, kita selalu sakit kepala atau sakit perut, kita senang moody ke, dan sebagainya. Jika kita stress atau terlalu lesu dengan kerja-kerja seharian, atau kita memerlukan emotional support, jangan malu-malu untuk meminta bantuan atau sokongan. Sokongan ini boleh datang daripada sahabat handai atau ahli keluarga yang kita boleh percayai. Atau pun kita juga boleh juga meminta nasihat daripada ahli-ahlinya seperti Pakar Kaunselor dan sebagainya.
Amalan Kerohanian
Amalan gaya hidup sihat bukan sahaja hanya untuk mental dan fizikal sahaja, tetapi juga dari sudut kerohanian juga.
Bagi kita seorang muslim, kita perlulah menjaga amalan-amalan kita terutamanya amalan yang wajib. Kita perlu meletakkan mindset kita supaya sentiasa ingin memperbaiki kualiti ibadah kita. Jaga waktu solat, jaga kekhusyukan kita, pembacaan al-Quran kita dan sebagainya.
Kita juga sangat-sangatlah dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat rawatib, berpuasa Isnin dan Khamis, bersedekah dan sentiasa membasahkan bibir kita dengan zikrullah.
Insya Allah, jika kita sentiasa berusaha untuk menjadi muslim yang lebih baik, sentiasa mengingati Allah, hati kita akan menjadi lebih tenang dan gembira.
Seperti dalam Firman Allah: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra'd:28)
Jiwa yang tenang membawa kepada jasmani yang lebih sihat, insya Allah...
Menjaga Keselamatan Diri
Haaa.... Ni macam jarang orang sebut, kan... Tapi saya nak sebut juga, sebab ini pun sama peri pentingnya...
Bila menaiki kenderaan, jangan lupa untuk memakai seatbelt. Anak-anak yang kecil pun saya sangat sarankan kalau boleh dudukkan mereka di child car seat, kerana ia lebih selamat. Anak-anak yang besar pun, kena selalu ingatkan mereka untuk pakai seatbelt di seat belakang. Malang tak berbau. Tapi tanggung jawab kitalah untuk mengurangkan risiko kecederaan teruk kalau-kalau berlaku apa-apa kemalangan di jalan raya, na'udzubillah min zaalik.
Selain tu, kita juga boleh ajar anak kita langkah-langkah keselamatan lain seperti cara melintas jalan raya, apa nak buat jika diganggu stangers, dan sebagainya...
Banyak juga yang kita boleh lakukan untuk melakukan amalan gaya hidup sihat. But, insya Allah dengan mengambil langkah-langkah ini, kita akan dapat memperbaiki mutu kesihatan dan kesejahteraan hidup kita.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua. Jom sama-sama perbaiki mutu gaya hidup kita supaya menjadi lebih baik... Aameen...
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment