Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Pernah tak ada satu masa tu kita terasa macam nak makan benda manis je..?
Meh saya nak share sikit apa sebab-sebab kita mungkin jadi ketagihan makanan manis.
Tak cukup pengambilan kalori yang betul
Sebagaimana yang kita tahu, kalori itu adalah satu unit tenaga yang diperlukan oleh badan kita. So, kalau badan kita tak ambil kalori yang cukup, system saraf akan menghantar signal ke otak kita untuk tambah lagi kalori.
Dari situlah, nanti badan kita akan mencari-cari benda manis. Sebab makanan manis akan beri kita tenaga dengan kadar yang pantas.
Walaupun begitu, kalori daripada makanan manis ini juga dibakar dengan sangat pantas juga. Maksudnya badan kita akan crave pada makanan manis lagi. Dan cycle ni akan terus berulang.
So, mana nak dapat tenaga kalau bukan daripada gula?
Ambillah makanan yang mempunyai kadar indeks glasemik yang rendah. Sebagai contoh roti wholemeal. Sebab ia akan membakar dengan kadar yang lebih perlahan, dan seterusnya memberikan tenaga pada kita secara berterusan.
Habit
Mungkin sebab kita memang dah ada habit. Setiap hari mesti nak kena makan coklat. Setiap hari mesti nak kena kunyah gula-gula.
Apa kata kita tukarkan habit tu dengan makanan lain. Sebagai contoh, kalau selalu setiap hari kita kena makan coklat, kita gantikan dengan makan buah yang lebih kurang manis jugak. Apple ke…. Pisang ke...
Terlebih karbohidrat dan kurang protein
Bila kita makan makanan yang hanya kaya dengan karbohidrat tapi kurang nutrient lain (ie: serat, protein dan asid lemak), ia akan menyebabkan kita cepat lapar balik.
Cara nak atasinya, kita make sure setiap kali kita makan, kita ambil makanan kita dengan portion yang betul. Mesti cukup karbohidrat, protein, lemak sihat dan serat.
Protein penting untuk bantu kita supaya rasa kenyang. Perbanyakkan ambil sayur-sayuran dalam pinggan kita.
Terlebih makanan masin
Kita kadang-kadang tak sedar yang kita dah consume banyak sodium, terutama bila kita makan makanan instant.
Bila kita makan makanan yang masin, memang lepas tu kita akan rasa nak makan makanan manis pulak.
So, elakkan makan jajan dan instant food yang memang terkenal kaya dengan sodium tu.
Saya nak share lagi satu tips.
Bila mana kalau anda rasa lapar, perut berkeroncong dan terus rasa nak cari makanan manis untuk craving anda tu, anda juga boleh cuba untuk shake-shake ESP dan Life Cinch. Anda boleh shake-shake begitu sahaja atau boleh blend dengan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau kegemaran anda.
Bukan sahaja sedap, malah boleh mengenyangkan pada jangka masa yang lebih lama. Sihat pulak tu. Craving pada makanan manis pun boleh berkurangan, insya Allah.
Okay, itu je untuk kali ni. So, jaga-jaga dengan pemakanan kita. Kawal pengambilan makanan manis, Bukan tak boleh langsung. Tapi ambil dalam jumlah yang betul.
Sebarang pertanyaan mengenai ESP atau Meal Shakes atau mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk konsultasi percuma.
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment