Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Meal Shakes

10 Manfaat Meal Shakes

Assalamualaikum semua... Harini saya nak share sikit tentang satu produk yg sangat lah sesuai kalau kita nak bg pada anak-anak kita. Terutama anak-anak kita yg jenis suka memilih makan tu... Kalau anak suka memilih makan, kita takut nanti ada nutrisi yg lompong dan tak cukup. Di situlah peranannnya Meal Shakes ni, sebab Meal Shakes ni lengkap dgn pelbagai jenis nutrien dan vitamin yang penting utk tumbesaran anak-anak. Insya Allah, boleh lah mengisi kelompongan nutrisi pada anak-anak tu. Meal Shakes ni sedap tau. Kalau nak tambah lg sedap, boleh blend sekali dgn buah-buah. Silap-silap mak ayah dia tumpang merasa sekali... Nak tau lebih lanjut, boleh wasap saya k! 💗 Sharing.is.Caring 💗 ** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. ...

Cara Atasi Ketagihan Makanan Manis

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah tak ada satu masa tu kita terasa macam nak makan benda manis je..?  Meh saya nak share sikit apa sebab-sebab kita mungkin jadi ketagihan makanan manis . Tak cukup pengambilan kalori yang betul Sebagaimana yang kita tahu, kalori itu adalah satu unit tenaga yang diperlukan oleh badan kita. So, kalau badan kita tak ambil kalori yang cukup, system saraf akan menghantar signal ke otak kita untuk tambah lagi kalori.  Dari situlah, nanti badan kita akan mencari-cari benda manis. Sebab makanan manis akan beri kita tenaga dengan kadar yang pantas.  Walaupun begitu, kalori daripada makanan manis ini juga dibakar dengan sangat pantas juga. Maksudnya badan kita akan crave pada makanan manis lagi. Dan cycle ni akan terus berulang.  So, mana nak dapat tenaga kalau bukan daripada gula? Ambillah makanan yang mempunyai kadar indeks glasemik yang rendah . Sebagai contoh roti wholemeal. Sebab ia akan membakar d...

Tips Menangani Tingkah Laku Anak Autistic

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Sebelum ni saya pernah cerita pasal behaviour anak-anak Autistic kan.. Ingat tak? Satu "pe'el" anak-anak Autistic yang paling kerap saya dengar dan alami sendiri adalah mereka ni s uka mengamuk (tantrum/meltdown), baling-baling barang, panjat-panjat meja (panjat almari pun ada), dan banyak lagi habit lain yang sewaktu dengannya. Ini bukanlah kehendak mereka. Ini terjadi bukan sebab mereka nakal. Ini sebab mereka terlalu banyak terima rangsangan (stimulant) yang mungkin bagi kita nampak normal je. Tapi bagi mereka, dah tersangat-sangat over the limit. And that's just how they shake them off...  So, kat sini saya nak kongsikan sikit tips untuk atasi masalah ni, hasil daripada pembacaan saya. Semoga ia dapat membantu... Kembali pada Allah - Tak kisahlah apa cara sekali pun yang kita buat untuk didik anak syurga kita, yang paling penting adalah KUASA DOA . - Sebut nama anak kita dalam doa kita, supaya Allah beri...

Apakah itu Autisme?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Memandang April adalah bulan kesedaran Autism, hari ni saya nak share sikit tentang Autism. Apakah itu Autism? Autism atau pun Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah sejenis masalah perkembangan neural, yang menyebabkan masalah perkembangan dari segi komunikasi, sosial dan interaksi. Selalunya mereka yang didiagnos dengan ASD amat suka dengan perkara atau aktiviti yang berulang-ulang dan sama. Sebagai contoh, mereka sangat suka memutar-mutarkan objek. Mereka juga sangat tak sukakan perubahan. Mereka sangat tertakluk kepada rutin. Ciri-ciri Autism 1. Masalah berkomunikasi dan bersosial - Susah memberi eye contact - Tidak memberi respond kepada orang lain - Sukar untuk berkawan - Susah untuk memulakan perbualan 2. Suka membuat perkara berulang-ulang  - T ertakluk kepada rutin - Sering menyebut perkataan berulang-ulang kali - Suka mengulang percakapan orang lain - Suka membuat gerakan yang berulang-ulang (cth: mengepak-ng...