Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Autism atau pun Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah sejenis masalah perkembangan neural, yang menyebabkan masalah perkembangan dari segi komunikasi, sosial dan interaksi. Selalunya mereka yang didiagnos dengan ASD amat suka dengan perkara atau aktiviti yang berulang-ulang dan sama. Sebagai contoh, mereka sangat suka memutar-mutarkan objek. Mereka juga sangat tak sukakan perubahan. Mereka sangat tertakluk kepada rutin.
Ciri-ciri Autism
1. Masalah berkomunikasi dan bersosial
- Susah memberi eye contact
- Tidak memberi respond kepada orang lain
- Sukar untuk berkawan
- Susah untuk memulakan perbualan
- Tidak memberi respond kepada orang lain
- Sukar untuk berkawan
- Susah untuk memulakan perbualan
2. Suka membuat perkara berulang-ulang
- Tertakluk kepada rutin
- Sering menyebut perkataan berulang-ulang kali
- Suka mengulang percakapan orang lain
- Suka membuat gerakan yang berulang-ulang (cth: mengepak-ngepak tangan, berpusing-pusing, memusing tayar kereta mainan, etc.)
- Sering menyebut perkataan berulang-ulang kali
- Suka mengulang percakapan orang lain
- Suka membuat gerakan yang berulang-ulang (cth: mengepak-ngepak tangan, berpusing-pusing, memusing tayar kereta mainan, etc.)
3. Tak sukakan perubahan
- Agak tertakluk kepada rutin
- Jika kita mengubah rutin mereka mereka boleh jadi tantrum (read: meltdown).
- Mereka boleh tantrum sehingga boleh mencederakan diri sendiri
4. Masalah pembelajaran
- Sukar untuk fokus
5. Masalah motor halus dan kasar
- Boleh menyebabkan kanak-kanak lambat berjalan, turun-naik tangga...
- Sukar memegang pensel dengan cara yang betul
6. Masalah sensory
- Terlalu sensitif (hypersensitive) dengan certain-certain rangsangan (cth: cahaya, bunyi, sentuhan)
- Boleh menyebabkan tantrum jika mereka terlalu terdedah dengan rangsangan-rangsangan tu.
7. Masalah tidur dan makan
- Sesetengah kanak-kanak Autistic seolah-olah hilang sense of time, di mana kadang-kadang mereka boleh tak tidur selama 24 jam...
8. Obses kepada sesuatu objek
9. Kurang daya imaginasi
- Tak pandai bermain dengan alat permainan seperti yang sepatutnya.
Tak semua mereka yang didiagnos dengan ASD mempunyai simtom yang sama. Seorang individu autistic tak boleh disamakan dengan individu Autistic yang lain. Mereka boleh dikategorikan sebagai "mild", "moderate" dan juga "severe". Ada antara mereka yang "verbal" dan ada juga yang "non-verbal".
Jenis-jenis Autism
Autistic Disorder
~ Ini adalah jenis autism yang banyak kita dengar. Autism jenis ini selalunya dikaitkan dengan masalah dalam pergaulan sosial dan komunikasi
Asperger Syndrome
~ Mereka yang didiagnos dengan Asperger selalunya tiada masalah dengan percakapan. Tapi, selalunya mereka dengan masalah Asperger mempunyai masalah utk memahami 'cue' dalam perbualan.
~ Selalunya komunikasi yang berlaku adalah one-way dan sukar untuk proses samada pendengar berminat atau tidak dengan percakapannya.
~ Kurang memberi ekpresi muka ketika berbual
~ Terlalu mengikut rutin, dan senang jadi marah jika orang lain melanggar rutin tersebut
~ Sukar untuk ber'empati'
~ Selalunya komunikasi yang berlaku adalah one-way dan sukar untuk proses samada pendengar berminat atau tidak dengan percakapannya.
~ Kurang memberi ekpresi muka ketika berbual
~ Terlalu mengikut rutin, dan senang jadi marah jika orang lain melanggar rutin tersebut
~ Sukar untuk ber'empati'
~ Tonton filem "My Name Is Khan" untuk lihat simtom-simtom Asperger
Atypical autism
~ Mereka yang mempunyai beberapa simtom Autism, tetapi tak dapat dikategorikan dalam mana-mana kumpulan Autism selalunya dikategorikan dalam kategori ini.
~ Nama lainnya adalah Pervasive Developmental Disorder (PDD)
Rett Syndrome
~ Selalunya berlaku pada kanak-kanak perempuan
~ Kanak-kanak dengan Rett Syndrome selalunya membesar dengan normal pada awalnya. Tapi, makin lama, keupayaan untuk berkomunikasi dan bersosial tu makin berkurang.
~ Kanak-kanak dengan Rett Syndrome selalunya membesar dengan normal pada awalnya. Tapi, makin lama, keupayaan untuk berkomunikasi dan bersosial tu makin berkurang.
~ Selalunya kanak-kanak dengan Rett Syndrome mempunyai masalah keupayaan kognitif dan psychomotor yang agak severe.
Bagaimana seseorang boleh menjadi Autistic?
Sehingga kini tiada hasil penyelidikan yang boleh memberikan apa-apa kata putus penyebab kepada ASD. Ada pendapat yang mengatakan ia berlaku disebabkan pendedahan kepada toksin sejak bayi atau sejak daripada kandungan. Ada juga yang mengatakan ia datang daripada ibu yang menghamilkannya yang sering mendapat selsema. Namun, ia bukanlah satu kepastian kerana tak dapat dibuktikan lagi secara saintifik dan klinikal. Walau bagaimana pun, dah menjadi tanggung jawab untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan anak daripada tempoh kehamilan sehinggalah melahirkan.
Namun, ada juga pihak yang tak bertanggung jawab yang mengatakan ASD adalah disebabkan oleh MMR vaccination yang mengandungi bahan penyebab kepada ASD. Namun, ia dah dibuktikan tidak benar. Anda boleh tonton video penerangan secara detail di sini.
Bagi saya sendiri, adalah satu tindakan yang tak bertanggung jawab jika anda memilih untuk tidak memvaksinkan anak anda, melihatkan keburukan yang ia boleh bawa kepada diri anak dan orang sekeliling.
Bagaimana nak merawat ASD?
Jika anda tanya saya, ASD tak boleh dirawat. Tapi simtom pada seseorang boleh dikawal.
1) Occupational Therapy (OT)
Selalunya kanak-kanak Autistic mempunyai masalah dengan motor halus ataupun motor kasar ataupun kedua-duanya sekali, juga dengan masalah sensory. Melalui therapist akan fokus untuk melatih perkembangan-perkembangan tersebut melalui pelbagai aktiviti.
Melalui OT juga kanak-kanak Autistic akan diajar untuk bermain dengan toys dengan cara yang sepatutnya. Ibu-bapa juga boleh mempelajari teknik-teknik OT dan lakukan di rumah.
2) Speech Therapy (ST)
ST selalunya amal diperlukan bagi kanak-kanak Autistic yang non-verbal. Melalui ST, kanak-kanak akan diajar bagaimana untuk berkomunikasi untuk menyatakan kehendak mereka dengan bahasa percakapan. Selain melalui percakapan, mereka juga diajar untuk berkomunikasi melalui teknik lain seperti PECS.
3) Applied Behaviour Analysis (ABA)
Teknik ini digunakan untuk membina kemahiran bagi kanak-kanak Autistic dengan memecahkan tugasan kepada langkah-langkah yang kecil.
4) Floortime
Teknik ni adalah lebih terbuka dan fun, sebab ia melibatkan pergerakan bebas anak-anak. Namun, masih untuk menjalankan objektif aktiviti yang ditentukan. Ia boleh menggalakkan kanak-kanak Autistic untuk turut serta dengan aktiviti, pada masa yang sama boleh perkenalkan dengan vocab baru. Disebabkan aktiviti floortime melibatkan banyak pergerakan, ia juga boleh membantu perkembangan gross motor dan merangsang sensory mereka.
5) Diet
Simtom ASD pada kanak-kanak boleh dikawal dengan mengawal diet mereka. Limitkan pengambilan gula untuk mengelakkan hyperactivity. Vitamin dan Supplemen Nutrisi juga boleh diamalkan untuk mengatasi masalah-masalah tertentu yang terdapat pada penghidap ASD.
Anda mungkin boleh lihat di sini dan sini untuk memahami tentang diet Gluten Free Casein Free (GFCF) yang dikatakan boleh membantu.
Yang pasti, berikan nutrien penting yang cukup untuk anak-anak kita, k....
Yang pasti, berikan nutrien penting yang cukup untuk anak-anak kita, k....
Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka?
1) Menambahkan pengetahuan kita tentang Autism dan perkembangan-perkembangan terkini tentang Autism
2) Dekatilah dan terimalah anak-anak Autistic. Walaupun mereka berbeza, mereka juga sebenarnya ingin "fit in" dalam masyarakat dengan cara mereka yang sememangnya unik.
3) Kita perlu recognize mereka sebagai ahli dalam komuniti kita. Mereka juga mempunyai hak dalam pendidikan, mereka juga ada hak dalam perubatan, mereka juga ada hak dalam bekerjaya. Mereka tak lain dan tak bukan, mempunyai hak seperti kita yang neurotypical.
4) Saya amat-amat anjurkan pembaca-pembaca semua untuk perbanyakkan sharing di FB atau mana-mana media sosial tentang golongan Autistic supaya mereka lebih dapat dikenali dan diterima.
5) Saya ucapkan tahniah buat media massa kerana telah banyak mengupas tentang golongan Autistic sejak kebelakangan ni. Saya berharap ini dapat menimbulkan lebih banyak kesedaran tentang adanya golongan ini.
Akhir kata....
Buat ibu-bapa kepada anak-anak Autistic. Terimalah anak-anak kita seadanya. Tiada kekurangan dalam diri mereka. Malah mereka adalah anak-anak yang istimewa dan unik yang Allah kurniakan buat kita. Merekalah ladang pahala kita. Ingatlah, doa anak-anak istimewa sangat mustajab. Ajarlah mereka untuk berdoa. Ajarlah mereka tentang Allah Pencipta mereka sebelum yang lainnya. Ajari mereka untuk menerima diri mereka.
Usahlah malu kerana mempunyai anak yang berkelainan upaya ini. Sebaliknya, bawalah anak-anak syurga ini keluar memerhati kejadian alam. Dekatkan mereka dengan orang-orang sekeliling. Sebelum kita mengharap orang lain untuk menerima anak syurga kita, kita terlebih dahulu perlu terima akan anugerah Allah yang tak ternilai ini...
Usahlah malu kerana mempunyai anak yang berkelainan upaya ini. Sebaliknya, bawalah anak-anak syurga ini keluar memerhati kejadian alam. Dekatkan mereka dengan orang-orang sekeliling. Sebelum kita mengharap orang lain untuk menerima anak syurga kita, kita terlebih dahulu perlu terima akan anugerah Allah yang tak ternilai ini...
Banyak cabaran dalam mendidik anak-anak istimewa. Namun, bersabarlah.. Insya Allah, anak-anak istimewa inilah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah....
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment