Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Set Slimming

Azam 2025: (Bukan Sekadar Kurus) Langkah Menuju Body Composition Sihat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Alhamdulillah, masuk dah kita ke tahun 2025. Sekejap je masa berlalu, kan? Macam biasa lah... Tahun baru, azam baru! Teruja, tak, nak mulakan 2025 dengan azam yang baru? Apa azam anda semua tahun ni? Sebelum tu, kita recap sikit apa azam kita tahun 2024. Dah tercapai ke belum? Tahun lepas saya ada berazam untuk lebih banyak baca buku. Walaupun target saya nak habiskan sebulan 1 buku tak tercapai, tapi saya nampaklah peningkatan jumlah buku yang saya berjaya baca. Alhamdulillah... Dan seperti kebanyakan wanita lain, saya pun dulu berazam untuk turunkan berat badan sampai capai BMI normal. ALHAMDULILLAH... Allah bagi rezeki kat saya berjaya turun 10kg sepanjang tahun lepas. Cuma bila saya tengok pecahan body composition saya, masih ada yang tidak di paras normal.   Bila tahun 2024 saya asyik sibuk kira angka atas penimbang, tahun 2025 ni saya nak "up"kan sikit target saya. Tahun ni saya nak fokus untuk dapatkan "berat badan yang sihat...

Turun Berat Badan Dengan Set Hello New You

  Assalamualaikum wbt & Hai Semua! "Alangkah bestnya bila kita dapat muat balik pakai baju seluar 2-3 tahun lepas, kan..." Bila kita dah beranak-pinak ni, biasalah bagi perempuan bila berat badan mula turun naik. Saya pun tak terkecuali lah. Selalunya bagi saya sendiri nak naik berat tu cukup senang, nak turun tu punyalah liat... Pengalaman saya Lepas saya putus susu dengan anak saya yang pertama, berat badan saya macam dipam-pam. Ada baju dan seluar lama dah makin sendat nak dipakai. Time tu rasa in denial juga. Saya taknak timbang berat. Saya rasa, "ala... ni perasaan diri sendiri je ni..." Tapi bila ada sekali tu saya terpaksa timbang berat badan, baru sedar yang berat badan dah naik lebih 10kg. Yang paling mengejutkan lagi, berat badan saya ketika itu adalah lebih tinggi daripada berat badan saya semasa full term pregnancy anak saya yang pertama tu! Time tu rasa macam saya kenalah terima hakikat yang saya memang dah sangat overweight . Saya tau saya kena l...

Macam Mana Nak Kurus Dengan Cepat? Ini 7 Tips Untuk Anda

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Semua orang ingin mendapatkan berat badan yang ideal. Bila berat badan ideal, secara tak langsung kita akan nampak lebih menarik dan juga akan meningkatkan lagi keyakinan diri. Malangnya, Malaysia dilaporkan berisiko untuk mengalami kenaikan dalam peratusan obesiti sehingga 41% pada tahun 2035. Merisaukan, bukan?  Obesiti adalah satu keadaan di mana berlaku pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan yang memberi mudarat kepada kesihatan kita. Kita boleh kenal pasti samada kita sudah capai tahap obese atau berlebihan berat badan dengan mengira "body mass index" kita dan juga ukuran inci badan terutamanya di bahagian pinggang dan pinggul. Mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan adalah sangat berisiko untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes dan juga penyakit jantung. Kurus Dengan Cepat Bagi yang adalah masalah berat badan berlebihan ni dah pasti ingin dapatkan tips untuk kuruskan badan dengan cepat, kan? ...

Tips Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Siapa antara kita yang ada matlamat nak turunkan berat badan sepanjang bulan puasa ni? Cuba angkat tangan! Saya pun tengah angkat tangan ni... 🙋🙋 hihihi... Tapi tahu tak, terdapat satu kajian yang menyatakan: "...Approximately two thirds of the respondents (59.5%) reported weight gain after Ramadan..." (Bakhotmah B. A., 2011) Aduuhh... So boleh tercapai ke agaknya matlamat kurus kita sebelum raya ni? Mesti lah boleh...! Dalam kajian di atas, kita boleh tahu punca kenaikan badan terutamanya adalah disebabkan oleh: 1) Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula 2) Kurang aktiviti fizikal 3) Terlebih makan ketika berbuka puasa Cuba tengok senarai di atas ni, ada tak kita buat salah satu yang terdapat dalam senarai tersebut? Ke ada terbuat semua? 🤦 Bila kita dah sedar kita tergolong daripada mereka yang lakukan perkara di atas, inilah masanya untuk kita ubah. Pilihlah makanan yang cukup khasiat, cukup protein, cukup fiber, kurang lema...