Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Semua orang ingin mendapatkan berat badan yang ideal. Bila berat badan ideal, secara tak langsung kita akan nampak lebih menarik dan juga akan meningkatkan lagi keyakinan diri.
Malangnya, Malaysia dilaporkan berisiko untuk mengalami kenaikan dalam peratusan obesiti sehingga 41% pada tahun 2035. Merisaukan, bukan?
Obesiti adalah satu keadaan di mana berlaku pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan yang memberi mudarat kepada kesihatan kita. Kita boleh kenal pasti samada kita sudah capai tahap obese atau berlebihan berat badan dengan mengira "body mass index" kita dan juga ukuran inci badan terutamanya di bahagian pinggang dan pinggul.
Mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan adalah sangat berisiko untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes dan juga penyakit jantung.
Kurus Dengan Cepat
Bagi yang adalah masalah berat badan berlebihan ni dah pasti ingin dapatkan tips untuk kuruskan badan dengan cepat, kan? Kalau boleh esok jugak nak turun 10kg.
Tetapi, ketahuilah cara terbaik untuk turun berat badan adalah dengan cara "slow and steady" kerana cara ini adalah kaedah yang lebih selamat untuk diamalkan dan boleh membuatkan kita lebih konsisten dan istiqamah untuk mengamalkannya dalam jangka masa panjang.
Selain itu juga, kehilangan berat badan secara drastik boleh mengakibatkan kehilangan bukan sahaja lemak, tetapi juga otot badan. Bila jisim otot hilang, maka ia akan mengganggu proses metabolisme badan kita. Kita juga akan berisiko untuk mengalami masalah-masalah kesihatan yang lain seperti "nutrient deficiency", sembelit dan juga "mood swing".
Dan ketahuilah jika kita mengalami penurunan berat badan yang drastik, lebih senang untuk kita dapat kenaikan kembali berat badan yang hilang tu. Itulah namanya "diet yo-yo". Lebih teruk lagi, kebarangkalian adalah sangat tinggi untuk kita mengalami kenaikan berat badan yang lebih tinggi, jadi kita end up menjadi lebih obese daripada sebelumnya.
Hilang 0.5 - 1 kg seminggu adalah dikira sangat baik dan selamat. Tapi, jika kita adalah seorang yang sangat obese, untuk hilang lebih daripada 1 kg seminggu itu adalah mungkin dan possible , disebabkan oleh penggunaan kalori yang lebih untuk membawa beban berat yang lebih besar.
Tetapi, saya boleh sharekan beberapa tips untuk anda berjaya kurus dengan cepat dengan kadar yang selamat dan konsisten. Macam mana tu?
1) Track pengambilan kalori
- Sebelum itu, kita perlu tahu dulu berapakah kalori seharian yang kita perlu ambil. Untuk memudahkan, boleh guna "calorie calculator" ini.
- Pada awal-awal proses turunkan berat badan ni, sebolehnya kita take note apa yang kita makan dan juga kalorinya sekali.
- Bila sudah biasa, dan makanan yang kita ambil pun hampir sama setiap hari, kita sudah boleh anggar sendiri berapakah kalori pada setiap makanan. Belajar untuk menganggar kalori pun penting supaya ia lebih memudahkan kita untuk jangka masa panjang.
- Banyak apps yang boleh bantu kita untuk track kalori seharian kita seperti MyFitnessPal, Healtifyme dan juga MyNutriDiari
2) Jangan tinggal protein dalam setiap waktu makan kita
- Protein dapat memberikan kita rasa lebih kenyang
- Protein dapat membantu kita mengawal daripada pengambilan makanan rapu atau snek yang berlebihan.
- Protein membantu dalam meningkatkan metabolisme badan kita kerana badan kita memerlukan lebih banyak kalori dalam mensintesis protein berbanding karbohidrat dan juga lemak.
- Protein membantu kita mengekalkan jisim otot dan mengelakkan kita daripada berlaku kenaikan badan semula.
- Kita disyorkan untuk mengambil minima sebanyak 0.8 gram protein untuk setiap kg berat badan kita setiap hari.
- Contoh protein: daging isi pejal, ikan, yogurt, susu, tempeh
3) Ambil nutrien lain yang mencukupi
- Serat membantu dalam memperlahankan proses penghadaman makanan yang juga boleh memberikan kita rasa kenyang lebih lama.
- Contoh serat: sayur, buah dan beras perang.
- Lemak baik atau lemak sihat adalah sangat penting kerana ia juga dalam mengawal selera makan kita dan juga menghalang kita daripada terlebih makan.
- Contoh lemak baik: ikan, kekacang dan minyak zaitun.
- Selain itu, zat besi juga adalah penting untuk proses metabolisme badan.
- Contoh zat besi: daging, makanan laut dan brussel sprout.
4) Kerapkan bersenam
- Kita digalakkan untuk bersenam paling kurang 120 minit seminggu, 30-60 minit satu sesi.
- Untuk proses kurus dengan cepat, saya sangat sarankan untuk kita mempelbagaikan jenis senaman, termasuklah senaman angkat berat ("weight training"), senaman kekuatan ("strength training") dan juga "cardio", supaya kita dapat melatih atau train dan bentuk setiap satu otot badan kita supaya menjadi lebih cantik dan toned, selain dapat juga menggalakkan proses metabolisme yang lebih tinggi.
- Dalam seminggu, sangat digalakkan untuk membuat 1-2 sesi senaman berintensiti tinggi seperti HIIT untuk mempercepatkan pembakaran lemak.
- Perbanyakkan juga senaman berasaskan kardio kerana ia dapat membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot jantung.
5) Jangan lupa untuk berehat dan tidur
- Satu kesilapan yang selalu berlaku untuk mereka yang nak kurus dengan cepat adalah bersenam setiap hari.
- Badan memerlukan masa untuk recover atau melalui proses pemulihan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.
- Melakukan senaman berat setiap hari boleh mengakibatkan kelesuan otot atau "muscle fatigue" yang juga boleh menjurus kepada kecederaan. Ini akan membantutkan semangat untuk kita terus kekal aktif.
- Selain itu, tidur yang cukup juga penting untuk kita kurus dengan cepat.
- Kita digalakkan untuk tidur awal untuk mengelakkan kita daripada mengambil snek tengah malam.
- Tak mendapat tidur yang cukup juga boleh membawa kepada kenaikan paras hormon cortisol yang membuatkan badan kita ingin menyimpan lemak.
- Cuba dapatkan tidur malam selama 6-8 jam sehari untuk kesan yang lebih baik.
6) Minum cukup air dan elakkan pengambilan minuman yang berkalori
- Untuk turunkan berat badan penting untuk kita minum air yang cukup, untuk memberi isyarat kepada otak dalam memberi rasa kenyang.
- Kita disyorkan untuk ambil 2 liter air sehari bersamaan dengan 8 gelas air.
- Namun begitu, elakkanlah daripada mengambil minuman manis seperti minuman dalam tin kerana ia sangat tinggi dengan kalori dan tiada nutrisi.
- Jika terlalu teringin, cukuplah ambil separuh hidangan sahaja, dan kongsilah dengan orang lain.
7) Supplement wisely
- Supplemen boleh membantu menjadi pemangkin kepada proses penurunkan berat badan.
- Antara supplemen yang saya cadangkan (mengikut keperluan) adalah:
Cinch Shake Mix Shaklee
- Minuman protein isolate daripada sumber soya non-GMO
- Satu hidangan ESP mengandungi 16 gram protein dan 6 gram serat.
- Ia juga kaya dengan kalsium dan pelbagai nutrien lain
- Bebas kolesterol
- Diperkaya dengan Leucine yang membantu dalam pembentukan dan pemulihan otot selepas bersenam.
Omega Guard
- Mengandungi asid lemak perlu Omega-3 berspektrum luas dengan ketulenan tinggi bergred farmaseutikal.
- Setiap hidangan mengandungi kepekatan 1080mg Omega-3 (540mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
- Boleh juga membantu mengurangkan rasa lapar dan mengawal selera makan.
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
- Minuman protein isolate berasaskan soya non-GMO di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP)
- Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. - Membantu menurunkan paras kolesterol
- Membekalkan 9 jenis asid amino.
- Berfungsi dapat meningkatkan tenaga dan stamina.
- Mempunyai nilai GI yang rendah, dapat menstabilkan gula dalam darah, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama, bermanfaat untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.
Alfalfa Complex
- Mengaktifkan enzim supaya dapat melaksanakan proses-proses dalam badan.
- Kaya dengan pelbagai nutrien dan mineral.
- Bagus untuk sistem penghadaman yang sihat.
Herb-Lax™
- Campuran proprietari Herb-Lax™ termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi.
- Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.
- Boleh diamalkan jika anda ada masalah sembelit atau kurang kerap buang air besar yang boleh menyukarkan proses turun berat badan.
Lecithin
- Dihasilkan secara semulajadi daripada kacang soya.
- Pengemulsi lemak semulajadi
Vita-Lea® Iron Plus
- Sejenis multivitamin yang diformulasi khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita.
- Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal.
- Setiap tablet mengandungi 9 mg zat besi yang boleh membantu dalam menurunkan berat badan.
Performance™
- Memberi tenaga dan meningkatkan prestasi ketika bersenam
- Dengan campuran elektrolit proprietari OPTI-LYTE™ ditambah pula dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.
Itulah sahaja tips-tips yang saya dapat kongsikan setakat ini. Semoga kita dapat konsisten dengan tips-tips ini supaya kita dapat hasil kurus dengan cepat dan konsisten. Apa-apa cara sekali pun, biarlah perjalanan kurus kita ni mengamalkan proses yang sihat dan selamat yang dapat membentuk gaya hidup kita yang baharu.
Jika anda nak dapatkan supplemen-supplemen cadangan untuk kurus, jangan malu-malu hubungi saya ye. Saya akan cadangkan supplemen-supplemen yang paling bersesuaian mengikut keperluan anda.
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment