Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tips Kawal Selera Makan

Cara Mudah Cukupkan Protein Harian Dengan Kopi: Resepi Spanish Latte Tinggi Protein & Rendah Kalori

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kalau anda jenis yang tak boleh mula hari tanpa kopi, you are not alone! Sangat memahami. Memang ada orang yang perlukan secawan kopi dulu untuk “start your engine” setiap pagi. Dan ada juga yang memang suka untuk  reward diri dengan kopi sedap ala-ala cafe. Good news for you ! If you are in a diet journey , anda tak semestinya kena tinggalkan kopi kesayangan anda. Dan lebih best lagi, kalau anda memang sejenis peminum kopi setiap hari, kopi sebenarnya boleh jadi salah satu cara paling mudah untuk top up protein harian anda,  kalau anda tahu cara yang betul . Diet Bukan Bermaksud Kena Berhenti Enjoy Kopi Ramai orang ingat bila nak turunkan berat badan, semua benda sedap kita kena cut. Tak boleh kopi. Tak boleh manis. Tak boleh latte. Padahal, yang sebenarnya bukanlah “tak boleh”, tetapi kita perlu bijak memilih bahan ramuan dan portion yang betul . Kalau biasanya kita beli kopi di luar, kita sebenarnya boleh recreate minuman yang hampir ...

Bukan Diet Ketat, Tapi Gut Health: Step Penting Nak Kurus

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah tak korang rasa, "Ish, aku dah cuba macam-macam diet, kena cut gula, skip nasi, dah keluarkan peluh kat gym berjam-jam, tapi kenapa la berat ni susah sangat nak turun ? Atau  "Berat dah turun, tapi sekejap je naik balik." Lepas tu, badan rasa lemau je, perut pulak asyik meragam?" Kalau pernah, angkat tangan! 👋 Saya faham sangat perasaan tu. Dulu pun saya macam tu. Dok sibuk kira kalori, pantang itu ini, tapi hasil tak seberapa. Kadang-kadang sampai rasa give up dah! Tapi, korang tahu tak, sebenarnya ada satu benda yang ramai terlepas pandang bila bercerita pasal nak kurus ni? Benda tu bukan pasal diet ketat sampai berlapar pun, bukan juga pasal workout gila-gila sampai pengsan, tapi ia adalah… GUT HEALTH! Ya, KESIHATAN USUS. Usus kita ni bukan sekadar tempat makanan lalu dan diproses je tau. Dia ibarat "otak kedua" kita, penuh dengan berbilion-bilion mikroorganisma baik dan jahat. Dan percaya atau tidak, keseimb...

Adakah Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Menurunkan berat badan sering menjadi cabaran besar untuk ramai orang. Ada yang cuba pelbagai jenis diet, bersenam non-stop, malah ada yang sanggup mengambil jalan pintas dengan "ubat kurus". Tapi, tahu tak sebenarnya ada satu jenis lemak yang boleh membantu dalam proses penurunan berat badan? Ya, ia adalah omega-3, si “lemak baik” yang selalu kita dengar dalam dunia kesihatan. Omega-3 bukan sekadar baik untuk jantung dan otak, tetapi ia juga mempunyai manfaat tersembunyi untuk mereka yang ingin menguruskan badan. Jom kita tengok macam mana lemak baik ini boleh membantu kita mencapai matlamat kurus! Bagaimana Omega-3 Membantu Penurunan Berat Badan? 1) Meningkatkan Metabolisme Omega-3 memang power bila cakap pasal bakar kalori! Lemak baik ni boleh bantu meningkatkan metabolisme badan kita, iaitu keupayaan badan untuk membakar kalori sepanjang hari. Bayangkan macam enjin kereta, kalau enjin kita buat “maintenance” yang baik, minyak pun boleh...

Macam Mana Nak Kurus Dengan Cepat? Ini 7 Tips Untuk Anda

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Semua orang ingin mendapatkan berat badan yang ideal. Bila berat badan ideal, secara tak langsung kita akan nampak lebih menarik dan juga akan meningkatkan lagi keyakinan diri. Malangnya, Malaysia dilaporkan berisiko untuk mengalami kenaikan dalam peratusan obesiti sehingga 41% pada tahun 2035. Merisaukan, bukan?  Obesiti adalah satu keadaan di mana berlaku pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan yang memberi mudarat kepada kesihatan kita. Kita boleh kenal pasti samada kita sudah capai tahap obese atau berlebihan berat badan dengan mengira "body mass index" kita dan juga ukuran inci badan terutamanya di bahagian pinggang dan pinggul. Mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan adalah sangat berisiko untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes dan juga penyakit jantung. Kurus Dengan Cepat Bagi yang adalah masalah berat badan berlebihan ni dah pasti ingin dapatkan tips untuk kuruskan badan dengan cepat, kan? ...