Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Pernah tak korang rasa, "Ish, aku dah cuba macam-macam diet, kena cut gula, skip nasi, dah keluarkan peluh kat gym berjam-jam, tapi kenapa la berat ni susah sangat nak turun? Atau "Berat dah turun, tapi sekejap je naik balik." Lepas tu, badan rasa lemau je, perut pulak asyik meragam?" Kalau pernah, angkat tangan! 👋
Saya faham sangat perasaan tu. Dulu pun saya macam tu. Dok sibuk kira kalori, pantang itu ini, tapi hasil tak seberapa. Kadang-kadang sampai rasa give up dah! Tapi, korang tahu tak, sebenarnya ada satu benda yang ramai terlepas pandang bila bercerita pasal nak kurus ni? Benda tu bukan pasal diet ketat sampai berlapar pun, bukan juga pasal workout gila-gila sampai pengsan, tapi ia adalah… GUT HEALTH!
Ya, KESIHATAN USUS.
Usus kita ni bukan sekadar tempat makanan lalu dan diproses je tau. Dia ibarat "otak kedua" kita, penuh dengan berbilion-bilion mikroorganisma baik dan jahat. Dan percaya atau tidak, keseimbangan mikroorganisma nilah yang memainkan peranan super penting dalam berat badan, mood, dan tahap tenaga kita!
🌱 Apa Kena-Mengena Usus Dengan Berat Badan?
Dalam usus kita ada jutaan bakteria. Ada yang baik, ada yang tak berapa nak baik. Bila bakteria baik ni cukup dan seimbang, badan kita akan:
✔️ Lebih mudah hadam makanan
✔️ Selera makan lebih terkawal
✔️ Kurang craving benda manis
✔️ Sistem metabolisme jadi lebih efisien
✔️ Sistem imun lebih baik
✔️ Dan yang paling best, perut pun akan jadi kurang buncit!
Tapi bila usus tak sihat, badan kita akan jadi rasa cepat letih, susah nak buang air, mudah rasa lapar walaupun baru je lepas makan, dan berat pun... mmm… makin cepat la naik.
So, macam mana nak jaga gut health?
Kenali Hero-hero Dalam Usus Kita: Probiotik & Prebiotik!
Dalam dunia Gut Health ni, ada dua hero utama yang kita wajib kenal:
1) Probiotik:
- Anggap probiotik ni macam askar-askar baik dalam usus kita. Diorang ni adalah sejenis mikroorganisme hidup atau bakteria baik yang memang dah ada dalam sistem pencernaan kita. Fungsi diorang banyak, antaranya membantu mencerna makanan, menghasilkan vitamin, dan paling penting, melawan bakteria jahat. Bila askar baik ni cukup kuat, sistem imun kita pun jadi lebih mantap!
- Contoh: Lactobacillus, Bifidobacterium
2) Prebiotik:
- Kalau probiotik tu askar, prebiotik ni pulak makanan untuk askar-askar baik tu. Prebiotik ni adalah sejenis serat yang tak boleh dicerna oleh usus kita, tapi dia jadi "santapan mewah" untuk bakteria baik (probiotik) tadi. Bila probiotik ni kenyang dan sihat, diorang boleh bekerja dengan lebih efisien, dan ini sangat membantu dalam proses penurunan berat badan.
- Contoh: serat dari pisang, bawang, oat
Gabungan dua ni yang akan membantu "menghidupkan" semula usus kita dan bagi ruang bakteria baik buat kerja dengan lebih baik, ini termasuklah dalam membantu kita untuk turunkan berat secara semula jadi.
Macam Mana Probiotik & Prebiotik Boleh Bantu Kita Kurus?
Percaya tak, bila perut sihat, kita lagi senang nak kurus? Eh, apa kaitannya? Tapi memang betul pun! Bila usus kita sihat:
- Pencernaan Lebih Efisien: Makanan yang kita makan dapat dicerna dengan lebih baik, penyerapan nutrisi pun jadi optimum. Ini mengurangkan risiko perut kembung atau sembelit.
- Mengurangkan penyerapan lemak: Ada kajian menunjukkan probiotik boleh meningkatkan pengeluaran sejenis protein yang bertindak untuk mengurangkan penyimpanan lemak dalam badan. Ia juga ditunjukkan dapat meningkatkan pengeluaran lemak melalui najis.
- Kurangkan Keradangan: Usus yang sihat kurang mengalami keradangan, yang sering dikaitkan dengan peningkatan berat badan dan pelbagai masalah kesihatan lain.
- Kawalan Selera Makan: Bakteria baik boleh mempengaruhi pengeluaran hormon yang mengawal selera makan, membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.
- Metabolisme Lebih Baik: Ada kajian menunjukkan keseimbangan bakteria usus boleh mempengaruhi kadar metabolisme badan kita, bermakna badan kita akan jadi lebih cekap membakar kalori.
Pendek kata, bila usus kita happy, badan kita pun ikut happy, dan proses nak kurus tu pun jadi lebih mudah dan happy! Tak perlu seksa diri dengan berlapar lagi bila dah tau rahsia nak kurus dengan lebih mudah.
Nak Mula Amalkan Probiotik & Prebiotik? Senang Je!
Sebenarnya, kita boleh dapatkan probiotik dari makanan dan minuman fermentasi seperti yogurt, kimchi, tempe, jeruk atau kombucha. Prebiotik pula banyak dalam makanan seperti bawang putih, bawang merah, pisang, gandum, dan barley.
Tapi, ada orang yang susah nak maintain makan semua ni hari-hari. Yelah, dengan gaya hidup kita yang sibuk ni. Faham sangat!
Sebab tu la, saya excited sangat nak share dengan anda pasal produk terbaru daripada Shaklee ni: Shaklee Prebiotic + Probiotic!
Kenapa Shaklee Prebiotic + Probiotic Ni Best Sangat?
Produk ni memang game-changer! Kalau anda macam saya, jenis sibuk dan tak sempat nak fikir banyak pasal makanan serat tinggi hari-hari, bayangkan, dalam satu sachet je, kita boleh dapat gabungan dua-dua prebiotik + probiotik. Sangat lah convenient!
Apa yang bestnya Prebiotic + Probiotic Shaklee ni?
- 10 Billion CFU Probiotik: Dengan 3 strain bakteria probiotik yang terbukti secara klinikal, ia membantu mengimbangi semula flora usus anda untuk kesihatan pencernaan yang optimum secara berkesan.
- Prebiotik Semulajadi: Ia mengandungi gabungan prebiotik inulin (3g) yang berasaskan tumbuhan yang membantu memberi makan kepada bakteria baik dalam usus, memastikan mereka sihat dan berfungsi dengan baik.
- Mudah diambil: Ia datang dalam bentuk serbuk yang mudah larut. Hanya koyak dan telan atau bancuh dalam air kosong atau minuman favourite anda
- Tiada gula, pengawet dan perisa tiruan tambahan
- Sesuai untuk bantu pencernaan dan kawal berat badan
Insya Allah, dengan Shaklee Prebiotic + Probiotic ni, anda boleh bantu usus anda jadi lebih sihat. Insya Allah anda akan rasa perbezaan nya. Badan rasa ringan dan lebih bertenaga, kurang kembung, dan selera makan tak menggila macam dulu. Perut pun dah tak rasa macam “batu” lagi. Dan yang paling penting, insya Allah anda lebih mudah untuk capai berat badan idaman anda tanpa perlu berdiet ketat sampai rasa nak nangis lagi!
Akhir kata…
Ingat tau, bukan diet ketat yang kita kejar. Nak kurus ni tak semestinya kena seksa diri. Kadang-kadang kita cuma perlu jaga apa bahagian badan kita yang selalu kita lupakan, iaitu usus.
Mulakan dengan betulkan semula gut health, dan insyaAllah… yang lain akan ikut. Bila usus sihat, semua pun jadi mudah. Badan lebih sihat, mood pun makin stabil, dan berat? Boleh turun dengan lebih konsisten.
Apa tunggu lagi? Jom jaga usus kita, jom kurus dengan cara yang lebih sihat dan menyeronokkan! Kalau nak tahu lebih lanjut pasal produk Shaklee Prebiotic + Probiotic yang baru ni, boleh je WhatsApp saya. Kita sembang. Klik link whatsApp saya di bawah sekarang!
Jom sihat bersama!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment