Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Siapa kat sini tengah struggle nak mula untuk turunkan berat badan? Atau dah cuba macam-macam cara tapi tak jalan-jalan jugak? Atau pun tak sure macam mana nak mula? Apa kata anda cuba usaha kurus anda dengan Life Cinch Shaklee pulak. Macam mana tu? Haa… Meh saya share satu-persatu macam mana nak consume benda alah ni supaya misi kurus kita dapat berjalan dengan lebih lancar.
But sebelum tu...
Apa Benda Life Cinch Ni? Kenapa Dia Best Sangat?
Sebelum kita dive into cara consume, jom kita kenal dulu apakah Life Cinch ni. Mudah cerita, dia ni adalah sejenis pengganti makanan (meal replacement) yang sangat power, mengandungi tinggi protein, dan juga rendah nilai kalori. Disebabkan ia tinggi protein, ia boleh membantu bagi kita rasa kenyang lebih lama. Maka kuranglah rasa craving asyik nak makan je.
Tapi istimewanya, Life Cinch ni bukan protein biasa-biasa tau. Dalam dia ada Leucine, iaitu sejenis asid amino yang penting untuk bantu kita mengekalkan otot masa kita tengah diet nak turunkan berat. Kenapa ia penting? Sebab ramai orang yang turun berat badan tapi badan jadi lembik sebab otot pun ikut hilang sama. Tapi dengan Life Cinch, insya Allah otot akan kekal, lemak je yang akan “mencair”. Best kan? Sebab tulah ramai yang jadikan Life Cinch ni sebagai partner setia dalam misi kurus mereka.
Satu lagi keistimewaan Life Cinch yang ramai mungkin belum tahu, Life Cinch Shaklee ni juga bukan sekadar pengganti makanan biasa tau! Dia juga diformulasikan dengan PREBIOTIK. Apa tu prebiotik? Prebiotik ni adalah makanan untuk bakteria baik dalam usus kita. Bila usus kita sihat dengan bakteria baik yang cukup, sistem pencernaan kita pun akan jadi lebih efficient, penyerapan nutrien akan jadi lebih baik, dan ini secara tak langsung boleh membantu dalam proses penurunan berat badan. Usus sihat, badan pun jadi rasa lebih ringan!
Life Cinch so far ada dua flavour: 1) Cafe Latte dan 2) Chocolate. Pilih je mana yang anda suka! Kalau saya suka tukar-tukar flavour supaya tak bosan. Sebab dua-dua pun sedap sebenarnya.
So, macam mana nak mula proses turun berat badan dengan Life Cinch Shaklee?
Step 1: Masa Yang Terbaik Untuk Minum Life Cinch
Ini penting ye… Bukan main bancuh je sesuka hati.
Untuk dapatkan hasil yang terbaik, Life Cinch ni paling sesuai diambil sebagai pengganti satu atau dua waktu makan utama anda (biasanya sarapan dan/atau makan malam).
Kalau betul-betul nak turunkan berat, saya selalu buat macam ni:
- Sarapan Pagi: Bancuh Life Cinch Shake. Ini memang perfect untuk anda yang sejenis selalu kelam-kabut nak bersiap pagi-pagi. Cepat, senang, dan paling penting, berkhasiat! Ini memang cara terbaik nak kick-start metabolisme anda. Rasa ringan je perut.
- Tengah hari: Saya selalu makan 2 keping roti + 2 biji telur + sayur lettuce; ATAU buat smoothie Life Cinch jugak
- Snack sihat: Sesekali kalau tiba-tiba rasa lapar sangat antara waktu makan utama, boleh juga ambil Life Cinch sebagai snack sihat. Tapi janganlah over sangat pulak. Buat sikit je, berpada-pada. Jadikan dia sebagai emergency kit je bila rasa craving nak mengunyah benda tak sihat.
- Makan Malam: Makan macam biasa tapi jaga portion (separuh pinggan sayur, suku protein, suku karbo)
Ini cara saya tau. Anda boleh ubah ikut kesesuaian atau preference anda. Macam saya suka jadikan Life Cinch sebagai pengganti sarapan dan makan tengahari. Boleh jugak kalau nak gantikan Life Cinch tu sebagai pengganti makan malam. Sesetangah orang memang suka ganti makan malam dengan Life Cinch sebab katanya tak nak makan berat-berat waktu malam. Tidur pun jadi lebih lena. Kalau anda suka macam tu, gantikan waktu lunch tu makan suku-suku-separuh. Apa-apa pun cara, yang penting konsisten dan jaga portion dan calorie intake. Baru menjadi!
Tip tambahan: Kalau nak rasa kenyang lebih tahan lama, minum Life Cinch sebagai smoothie, atau makan bersama sebiji telur rebus dan kekacang
Step 2: Cara Bancuhan Life Cinch Cara Saya
Ada caranya kalau nak rasa bancuhan Life Cinch yang sedap dan smooth. Senang sangat:
✅ Ambil 3 scoop Life Cinch: Guna scoop yang Shaklee dah sediakan dalam balang tu. Jangan lebih jangan kurang. Ini portion yang Shaklee dah recommend.
✅ Campur dengan 300ml air sejuk/suam: Boleh guna air kosong biasa je. Kalau nak lagi sedap dan rasa fresh, bancuh dengan air sejuk.
✅ Shake dalam shaker atau blend dengan ais (nak lagi sedap!)
Langkah-langkah di atas ni adalah untuk ratio bancuhan pengambilan sehari sekali ye. Kalau anda ambil 2 kali sehari, bahagikan dua bahan-bahan dalam resepi di atas. Yang penting, sehari maksimum guna 3 scoop Life Cinch je. Faham, kan? Tak pe, kalau tak faham boleh komen kat bawah atau whatsapp je saya... Nanti saya explain lagi
💥 Kalau nak ubah selera dan nak lagi kick? Jadikan ia sebagai smoothie buah-buahan.
💥 Nak jadikan ia lebih mengenyangkan? Blend bersama rolled oat untuk fiber tambahan. Ini membantu sangat bagi perut rasa kenyang lebih lama.
Tapi bila dah tambah buah-buahan atau oat ni, kita kena ubah sikit resepi tu ye, sebab akan ada kalori tambahan nanti. Saya sharekan beberapa resepi smoothie yang sedap di bawah. Nanti bolehlah cuba ye!
Step 3: Jangan Lupa Air Kosong Ye…!
Ini memang cliché, tapi memang ia tersangat-sangatlah penting. Wajib minum air kosong yang cukup sepanjang hari. Life Cinch ni tinggi protein, ada prebiotik dan tinggi serat, jadi badan kita perlukan air yang cukup untuk proseskan semua nutrien ni dan bantu sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik. Target 2-3 liter sehari okay?
Dan sedikit tips tambahan… Bila ada rasa lapar, cuba minum air kosong dulu. Sebab kadang-kadang, bila kita rasa lapar tu, sebenarnya kita cuma rasa dahaga je.Try dulu k…
Step 4: Gaya Hidup Sihat Tetap Kena On!
Life Cinch ni memang tau dah, dia memang awesome, dia pembantu terbaik dalam usaha kurus kita. Tapi apa-apa pun kita kena ingat, dia bukanlah sejenis magic dust yang kita tabur je terus boleh kurus macam model Victoria's Secret. (Ehh.....) Kalau kita duk minum shake je, tapi asyiklah duk baring sambil Netflix and chill, lambat sikit la nak nampak progress tu 😅 .
Apa-apa pun, kita tetap kena usaha dari segi gaya hidup sihat yang lain:
- Jaga pemakanan lain: Bila dah ganti satu atau dua meal dengan Life Cinch, janganlah pulak masa makan hidangan lain kita pegi melantak macam esok takde makan lain dah. Kita tetap kena kawal portion dan pilih makanan yang sihat. Kurangkan manis, kurangkan berminyak!
- Bersenamlah sikit: Cuba cari masa untuk bersenam. Tak perlu nak intense-intense sangat pun takpe. Tak payah pun kena terus gi buat lari marathon ke apa… Pegi brisk walk 30 minit setiap hari pun dah cukup bagus. Atau pun gi rajin-rajinkan diri naik turun tangga. Nanti dah biasa, boleh tambah lagi aktiviti lain. Yang penting, gerakkan badan tu! Tubuh yang aktif boleh bantu badan kita bakar kalori dengan lebih cepat.
- Cukup Rehat: Pastikan tidur kita cukup, paling kurang 7-8 jam sehari. Bila badan penat, metabolisme pun boleh jadi slow tau. Ini pun faktor penting dalam penurunan berat badan.
Step 5: Paling penting - Konsisten!
Ini memang "golden rule". Jangan hari ni semangat membara, esok dah give up. Minggu pertama mungkin akan rasa pelik dan janggal sebab perut dan badan masih tak biasa dengan rutin baru. Tapi jangan give up! Badan kita perlukan masa untuk adapt. Kena paksa diri untuk kekal konsisten, barulah nampak hasilnya. Biasanya after minggu ke-2 atau ke-3 anda akan mula rasa perbezaannya. Perut kurang buncit, badan rasa ringan, dan paling best, craving makanan manis pun kurang! Rome wasn't built in a day, kan? Sabar k...
Proses nak turun berat badan ni akan mengambil masa. Ada orang akan nampak hasil cepat, ada yang ambil masa yang lebih lama. Jangan cepat putus asa kalau tak nampak hasil dalam seminggu dua. Terus berusaha, trust the process, dan enjoy the journey!
Tips tambahan daripada saya:
- Ambil Gambar Sebelum & Selepas: Ini memang motivasi paling power! Ambil gambar anda sebelum start rutin baru ni. Nanti dah nampak perubahan ambil lagi gambar. Confirm akan dapat semangat yang lebih membara-bara bila dapat tengok sendiri perubahan tu!
Step Bonus: Boleh Combine dengan Supplemen Shaklee Lain
Nak hasil lagi padu? Ramai combine dengan:
- Herblax: untuk detox usus
- Lecithin: bantu pecahkan lemak
- Alfalfa Complex: bantu cuci toksin
Tapi kalau baru nak mula, Life Cinch dulu pun dah cukup cun. Lain-lain tu nanti dulu...
Akhir kata…
Turun berat badan ni bukanlah acara sprint, tapi adalah satu marathon. Walaupun nampak perjalanan tu jauh, tapi bila kita jumpa cara yang sihat, dan sedap macam Life Cinch Shaklee ni, insya Allah perjalanan tu akan jadi lebih mudah dan menggembirakan! Apa-apa pun, disiplin diri dan konsisten k...
Kalau anda tengah struggle nak start, cuba je dulu seminggu dua. Mana tahu, ini boleh jadi turning point anda. Semoga panduan yang saya sharekan ni dapat membantu anda dalam misi kurus dengan Life Cinch Shaklee ya. Dah sedia nak mulakan perjalanan kurus sihat anda? ❤️ Meh whatsApp saya!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment