Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Shaklee Pilihan Saya....

Dua tahun lepas, bila ada kawan yang suggest Shaklee kepada saya, saya tertanya-tanya. Shaklee?? Apa tu? Tak pernah dengar pun... Boleh percaya ke produk ni?? Kawan tu pun suruh la saya search di internet tentang product Shaklee Malaysia ni. Rupa-rupanya produk Shaklee ni dah sangat famous. Memang dah ramai yang guna. Baca-baca testimonial semuanya berpuas hati dengan keberhasilan supplemen-supplemen yang disediakan. Pulak tu, harga dia sangatlah berbaloi dan affordable. Pembelian pertama saya tak sampai RM100 ok.... Dengan harga tersebut saya dah dapat beberapa jenis vitamin. Berbaloi ke tak berbaloi??? Tapi saya mengakui pada awalnya saya memang tak ambil secara konsisten. Memang jenis malas makan-makan ubat. Bayangkan, kalau saya demam sekali pun saya memang jenis tak suka telan panadol. Senang cerita, saya memang TAK PERCAYA dengan ubat-ubatan semua ni. Yang saya amalkan Habbatus Sauda' jelah. Sebab saya memang yakinlah dengan hadis nabi kan... Tapi disebabkan pada waktu

[18SX] Vitamin E - Sang Vitamin Cinta

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila pasangan suami isteri mula hilang rasa ingin ‘bersama’ , secara tak langsung keadaan tu boleh menjadikan rumah tangga menjadi suram dan muram. Keadaan lepas dah melahirkan anak dah tak sama lagi dengan keadaan masa saat-saat awal perkahwinan dulu. Badan yang sihat adalah penting untuk mengekalkan keintiman antara suami dan isteri. Jika anda mengalami masalah di atas, anda mesti bertindak segera. Boostkan kembali energy anda dan dapatkan vitamin dan mineral yang perlu setiap hari untuk menyemarakkan kembali rumah tangga anda. Okay, kat sini saya nak cadangkan anda untuk menambahkan VITAMIN E dalam pemakanan anda. Kenapa Vitamin E? Tak kiralah anda wanita atau lelaki, Vitamin E memang sentiasa dikaitkan dengan masalah seksual. Malahan Vitamin E ni dah terkenal dengan jolokan nama “Vitamin Cinta” sebab terlalu banyak kelebihan ke atas fungsi seksual. Tetapi malangnya, menurut USDA, hanya 13% daripada rakyat US yang mengambil vitamin

Garlic - Dietary Supplement

Assalamualaikum wbt pembaca-pembaca semua... Hehehe.. Semangat pagi-pagi ni... Insya Allah, pagi ni saya nak kongsikan serba sedikit tentang satu lagi supplemen best daripada Shaklee... GARLIC - DIETARY SUPPLEMENT Bawang putih? Itu pun nak buat dalam bentuk tablet ke?  Haa... itulah yang anda tak tahu... Supplemen Garlic daripada Shaklee ni istimewa tau... Apa yang istimewanya? Garlic yang digunakan untuk membuat supplemen ni diambil dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA sewaktu musim panas. Bawang putih ni dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif. Haa... tak semua tau supplemen di kedai-kedai tu mengandungi Allicin aktif ni.  Lepas tu, dwi teknologi pula digunakan untuk mengawal bau bawang putih pada supplemen ni.  Kajian ada menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba, iaitu Rosemary dan spearmint. Ia mengand

Kebaikan Halia

Kita selalu gunakan HALIA dalam masakan, kan? Saya ingat lagi masa berpantang dulu, ummi saya pernah bakar hirisan-hirisan halia nak dijadikan lauk.... erkkk... saya ni memang la tak boleh sangat makan benda-benda macam tu. Setengah orang suka, setengah orang yang macam saya ni.. Memang kurang berminat la... Tapi, tahu tak halia sangat banyak kelebihannya, terutama dari segi kesihatan. Lebih 2000 tahun dulu, perubatan Cina telah mencadangkan penggunaan halia untuk bantu menyembuh dan mencegah beberapa masalah kesihatan. Halia dipercayai dapat menggalakkan peredaran tenaga dalam badan dan meningkatkan kadar metabolisme badan kita.  Apa lagi kebaikan-kebaikan halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.   Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk meningkatkan aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam, dan peluh berlebihan. Mengurangkan "Motion Sickness".   Halia berkesan untuk masalah loya yang dikaitkan dengan mabuk

Kesihatan dan Breastfeeding

Amir Mujahid sudah hampir berumur 3 tahun. Itu bermakna sudah hampir setahun saya meninggalkan dunia breastfeeding (belum ada baby baru lagi... hehehhe....). Secara jujurnya, semasa saya masih menyusukan Mujahid, banyak pengalaman dan cabaran yang saya alami. Sebagai contoh, pada awal-awal kelahirannya, Mujahid agak menolak untuk direct feeding. Maka Mujahid hanya minum susu formula yang dibekalkan oleh hospital. Waktu ini saya masih dhaif dengan dunia breastfeeding. Alhamdulillah... tak lama selepas training dan training, Mujahid boleh direct feeding.  Selepas Mujahid mula direct feeding, perasaan saya... Ya Allah.... Memang besar hikmahnya Allah menggalakkan ibu itu menyusukan anaknya sendiri. Saya sendiri sangat terasa bonding yang terlalu kuat dengan Mujahid. Biarlah perlu berjaga malam. Itu tak mengapa. Demi anak tersayang. Saya ingin berikan yang terbaik buat Mujahid.  Breastfeeding mempunyai banyak kelebihan sebenar untuk anak-anak kecil kita. Antaranya ialah:   ~