Skip to main content

Kesihatan dan Breastfeeding

Amir Mujahid sudah hampir berumur 3 tahun. Itu bermakna sudah hampir setahun saya meninggalkan dunia breastfeeding (belum ada baby baru lagi... hehehhe....). Secara jujurnya, semasa saya masih menyusukan Mujahid, banyak pengalaman dan cabaran yang saya alami. Sebagai contoh, pada awal-awal kelahirannya, Mujahid agak menolak untuk direct feeding. Maka Mujahid hanya minum susu formula yang dibekalkan oleh hospital. Waktu ini saya masih dhaif dengan dunia breastfeeding. Alhamdulillah... tak lama selepas training dan training, Mujahid boleh direct feeding. 




Selepas Mujahid mula direct feeding, perasaan saya... Ya Allah.... Memang besar hikmahnya Allah menggalakkan ibu itu menyusukan anaknya sendiri. Saya sendiri sangat terasa bonding yang terlalu kuat dengan Mujahid. Biarlah perlu berjaga malam. Itu tak mengapa. Demi anak tersayang. Saya ingin berikan yang terbaik buat Mujahid. 



Breastfeeding mempunyai banyak kelebihan sebenar untuk anak-anak kecil kita. Antaranya ialah: 

~ Susu ibu menyediakan pemakanan yang terbaik untuk bayi. Ia mengandungi semua nutrien dalam kadar yang betul dan komposisinya berubah sesuai dengan keperluan bayi anda yang semakin membesar 

~ Dengan susu ibu, terutamanya kolostrum, imuniti bayi anda dapat diperkukuhkan. Ini bermakna perlindungan yang sangat baik terhadap jangkitan seperti cirit-birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru 

~ Susu ibu juga mencegah pelbagai gangguan alahan seperti asma, ekzema dan kembung perut 

~ Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang kritikal untuk perkembangan otak 

~ Ia mengurangkan risiko pencemaran yang boleh berlaku dalam bentuk pemakanan yang lain 

~ Susu anda adalah mudah didapati pada bila-bila masa, tidak seperti susu lain. Jadi tidak ada kesulitan dalam penyediaan atau pemanasan kerana ia sentiasa pada suhu yang betul 

~ Memberi keselesaan dan keselamatan emosi untuk bayi anda 
~ Membolehkan ibu dan bayi untuk berinteraksi secara lebih mendalam memberikan ikatan yang lebih mesra


Tapi, saya ada satu soalan untuk anda. Walaupun sudah diketahui bahawa susu ibu adalah sumber nutrien terbaik untuk anak anda, adakah kemungkinan berlaku yang susu ibu tidak dapat supply nutrien yang secukupnya buat anak? 


YA! Kemungkinan itu boleh berlaku. Bagaimana?


IANYA BERGANTUNG KEPADA KESIHATAN DAN  DAN PEMAKANAN IBU ITU SENDIRI!


Komposisi sebenar susu ibu berbeza dari hari ke hari, bergantung kepada pengambilan makanan ibu dan faktor alam sekitar, bermakna bahawa nisbah air kepada lemak akan menurun dan meningkat. Oleh sebab itu, jika anda perasan susu anda kadang-kala nampak cair dan kadang-kala pekat. Jika cair, maka sangat perlu muhasabah kesihatan dan pemakanan kita. 


Susu ibu yang menghidap diabetes juga telah terbukti mempunyai komposisi berbeza berbanding ibu-ibu yang tidak menghidap diabetes. Ia mungkin mengandungi paras glukosa dan insulin yang tinggi dan asid lemak yang rendah. Ada juga yang mengatakan kesan ini boleh menyebabkan kelewatan pertuturan anak-anak. Walaupn begitu, doktor-doktor masih mengesyorkan ibu-ibu yang menghidap diabetes menyusukan anak mereka, walaupun terdapat risiko ini.


That's why, bagi pendapat saya, ibu menyusu sangat perlu untuk memastikan diri mereka sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik. Perhatikan apa yang kita makan. Jika perlu ambil supplemen kesihatan, ambillah. Supplemen bukan hanya perlu diambil sebagai MILK BOOSTER sahaja, tetapi untuk memastikan nutrien yang mencukupi dapat dibekalkan untuk anak tersayang....



Jika anda berminat untuk mengambil supplemen itu kesihatan anda dan bayi kesayangan anda, boleh cuba SET BREASTFEEDING hanya dari Shaklee.. Kompem TERBAIK...!!




*Bulan Januari 2014 ni ada offer SUPER BEST untuk dapatkan Alfalfa Complex. Ambil peluang hebat ni untuk dapatkan MILK BOOSTER anda...*


Reference:

 Rodekamp E, Harder T, Kohlhoff R, Dudenhausen JW, Plagemann A (2006). "Impact of breast-feeding on psychomotor and neuropsychological development in children of diabetic mothers: role of the late neonatal period". Journal of Perinatal Medicine 34 (6): 490–6.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Untuk order dan konsultansi percuma, hubungi:





Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole