Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Adapt Diri Dengan Norma Baharu - COVID-19

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, kita dah masuk minggu ke-3 fasa PKPP di Malaysia. Walaupun lebih banyak kelonggaran dah diberikan, jangan lupa untuk jaga SOP sepanjang kita berada di fasa ini. Sentiasa jaga jarak sosial ye kawan-kawan. Saya pun dah mula berani sikit untuk bawa anak keluar berjalan di shopping mall. Mula-mula cuak juga. Sebab risau budak-budak ni faham je la, kekadang nak pegang tu, nak pegang ini... Lagi pula kanak-kanak memang antara golongan yang agak berisiko untuk mudah terkena jangkitan kan... Tapi kita tak boleh selama-lamanya nak kurung anak di rumah. Sebaliknya, saya rasa ini masa terbaik untuk kita ajarkan mereka tentang kehidupan baru mereka. A new norm... Cuma ada satu lagi rutin lama kami yang kami masih tak boleh lakukan sekarang. Dulu-dulu, setiap hari sabtu pagi, kami mesti ke Hutan Bandar untuk morning running/walking. Tak akan pernah miss. Now, dah 3 bulan kami tak jogging keluar. Ya, walaupun aktiviti jogging dah diben

Kek Frozen dan Coklat untuk Anak-anak

Assalamualaikum wbt Harini saya nak share lain sikit daripada yang biasa. Hujung bulan Mei lepas adalah birthday anak perempuan saya yang ke 4 tahun. Bila dah masuk 4 tahun ni, dia dah mula pandai ada permintaan... hihihi... Saya memang suka buat kek birthday anak-anak sendiri. Saya memang suka baking-baking ni. Tapi bukanlah pandai sangat nak decorate-decorate... Tapi guna kaedah cubajaya je la... Hahahah... So, saya saja je la tanya anak perempuan manja saya tu, "Birthday adik dah nak dekat, adik nak kek apa?" "FROZEN!!!" Amboi... pandai pulak nak mintak tema-tema... Ingat nak tanya flavour je... hahahah.... Oh... by the way, birthday abangnya pula adalah 3 hari selepasnya. So, saya memang plan nak sekalikan je birthday budak-budak ni. Tapi, macam tak fair pulak nak kalau nak guna satu tema Frozen je, macam tak sesuai la pulak untuk si bujang ni kan... (Padahal dia reti makan je... Tak kisah pun tema-tema ni... hahhaha) Lepas tu te

Apakah itu asid amino dan apa kepentingannya pada kesihatan manusia

Assalamualaikum wbt Hari ni saya nak share sikit tentang satu elemen yang perlu untuk kesihatan badan manusia, iaitu asid amino First of all... ❤ APAKAH ITU ASID AMINO? ❤ Asid amino adalah lebih kurang 20 jenis penghubung dalam struktur rantaian protein . Ibarat huruf-huruf alphabet, 26 huruf boleh membentuk berjuta-juta bentuk perkataan, begitulah 22 asid amino ini yang berfungsi untuk membina berjuta-juta jenis protein yang berbeza dalam badan kita . Daripada sejumlah 20 asid amino ni, badan kita hanya berupaya menghasilkan lebih kurang 11 ke 14 jenis asid amino sahaja secara semulajadi. Manakala 9 jenis asid amino yang lain adalah apa yang kita panggil asid amino "perlu" - di mana kita perlu dapatkannya daripada sumber makanan . Apa jadi kalau badan kita tak cukup asid amino? Yes, it's obvious... Badan kita tak dapat berfungsi dengan baik. Disebabkan kekurangan asid amino ini, sel-sel badan kita akan "mencuri" asid amino