Assalamualaikum wbt & Hai Semua!.
Haritu saya dengar sharing from my Master Coordinator Norita Idris tentang rezeki. Best team Shaklee saya ni, sebab kami sentiasa diperingatkan tentang mendekatkan diri dengan Allah, tentang amalan-amalan ukhrawi... Yela... Kadang-kadang sesetengah orang yang berbisnes tu duk kejar bonus la... kejar sale la... Tapi kita terlupa yang memberi rezeki tu adalah Allah.
So, saya nak share sikit la amalan-amalan yang boleh diamalkan supaya diperluaskan rezeki kita.
1) Zikir “Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim”
Saya teringat satu hadis yang menggalakkan kita untuk berzikir dengan zikir ni.
“Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman yaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (HR. Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)
Betul... Zikir ni sebenarnya sangat mudah nak diamalkan. Tapi ganjaran bila kita amalkan zikir ni, masya Allah.. Allah ni memang Maha Pemurah....
Kita ni dah lah tak tahu berapa banyaklah ibadat-ibadat kita yang diterima Allah. Tapi, insya Allah bila kita amalkan sebanyak-banyaknya zikir ini, dengan rahmat Allah, mungkin boleh jadi kunci kita ke syurga... Bukankah itu rezeki dan anugerah yang paling mahal?
2) Istighfar sebanyaknya.
Kita sedar rezeki kita sempit. Tapi kita mungkin tak sedar yang menjadikan rezeki kita sempit itu adalah dosa-dosa yang kita lakukan, samada dalam sedar mahupun di luar sedar.
Jadi sentiasa ringankan lidah kita untuk beristighfar. Mudah-mudahan Allah mengangkat segala dosa-dosa kita, dan Allah menurunkan seribu rahmat buat kita.
Buat sebanyak-banyaknya setiap hari.
"Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih."
Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya
3) Perbanyakkan sedekah
Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 261)
4) Berdoa meminta rezeki yang halal.
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
“Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu.”
5) Doa memohon jauhkan rasa sukar dan rasa malas
Doa ni kita dah selalu dengar, dan mungkin ramai yang dah hafal dan jadikan amalan pun.
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”
------
Alhamdulillah. Itu je sharing setakat ini. Moga ia dapat memberikan manfaat buat anda semua, dan saya berdoa bagi sesiapa yang mengamalkan selepas membaca sharing ini, adalah saham akhirat buat saya juga.
Saya berdoa kita semua diberikan rezeki yang luas, dan dikurniakan kejayaan di dunia dan juga akhirat sana...
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment