Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Ramai wanita selalu keliru, dah jaga makan, dah bersenam, tapi kenapa jarum penimbang tak turun-turun? Kalau ini dilema anda, jangan risau, anda tak keseorangan! Sebab 1: Perubahan Hormon Perubahan hormon atau tak kestabilan hormon memang salah satu punca utama kenapa ramai wanita susah nak kurus. Contohnya: 1) Hormon estrogen dan progesteron tak seimbang - Selalu berlaku semasa period, pregnant atau menopos - Badan kita cenderung untuk simpan lebih banyak lemak, terutamanya di kawasan perut dan peha. 2) Hormon ghrelin dan leptin tak seimbang - Rasa lapar dan kenyang jadi tak terkawal - Akibatnya, makanan ringan jadi kawan baik, walaupun kita tahu ia musuh diet! 3) Hormon kortisol meningkat - Selalu berlaku semasa stress - Rasa asyik nak makan coklat atau makanan manis - Memperlahankan metabolisme badan. Ini sebabnya, walaupun kita dah usaha bersungguh-sungguh, berat badan tetap degil tak nak turun-turun. Jadi, penting untuk kita uruskan hormon...