Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Omega-3

Eczema Selalu Berulang? Cuba 7 Tips Ini Untuk Kurangkan Flare-Up

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bagi mereka yang mengalami ekzema ( eczema ), saat yang paling mencabar bukan sekadar kulit kering, tetapi apabila simptom tiba-tiba menjadi semakin teruk atau dikenali sebagai eczema flare-up . Ketika ini, kulit boleh menjadi sangat gatal, merah, meradang, malah ada yang sampai berdarah akibat terlalu kerap menggaru. Walaupun ekzema tidak mempunyai penawar yang benar-benar boleh menyembuhkan, simptom dan flare-up masih boleh dikawal dengan penjagaan yang betul dan konsisten, insya-Allah. Apa Yang Boleh Menyebabkan  Eczema Flare-Up ? Setiap individu mungkin mempunyai pencetus atau  trigger yang berbeza-beza, namun antara yang paling common ialah: - Kulit terlalu kering - Cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk - Peluh berlebihan - Sabun atau pencuci yang terlalu kasar atau kuat - Habuk dan hama - Stress atau tekanan emosi - Alahan terhadap makanan tertentu (bagi sesetengah individu) Sebab itu penting untuk kita mengenal pasti trigger kepad...

Cara Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi (Tips Musim Raya)

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Ramai sebenarnya sedang mencari cara turunkan kolesterol secara semulajadi, lebih-lebih lagi bila tiba musim raya yang penuh dengan makanan berlemak, bersantan dan tinggi kolesterol seperti rendang dan lemang. Almaklumlah, dah nama musim raya, memang susah nak elak… Pagi-pagi dah start dengan lemang, rendang, kuah kacang. Petang pulak pergi ziarah rumah saudara-mara dan kawan-kawan, makan-makan lagi. Malam sambung lagi... lagi... dan lagi... “Alah setahun sekali je…” 😅 Memang seronok, memang nikmat, memang ini yang dinanti-natikan setiap kali menjelang hari raya. Tapi dalam diam, ada satu benda yang mungkin ramai antara kita yang tak perasan, atau pun buat-buat lupa... Kolesterol kita apa khabar? Entah-entah, kolesterol kita pun mungkin tengah “naik senyap-senyap”. Aduuuiiii... Naya! Lebih merisaukan, sedar tak kebanyakan hidangan-hidangan hari raya ni: ✔️ tinggi lemak tepu ✔️ banyak minyak ✔️ santan pekat And yes... ini memang boleh menyumbang kep...

Kenapa Kanak-Kanak Perlu Minyak Ikan? Ini 5 Manfaat Utamanya!

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! “Ummi, kenapa saya macam susah sangat nak fokus masa buat kerja sekolah ye?” Pernah tak soalan macam ni keluar dari mulut anak-anak mak ayah semua? Mmm… Susah jugakkan nak jawab. Sebab kadang-kadang kita mak ayah ni pun confuse juga. Kenapa anak kita macam tak boleh nak fokus belajar eh... Pastu kadang-kadang tengok anak cam cepat letih, balik sekolah terus melepek je… Pastu bila demam sikit, lambat nau nak baik. Tapi bila kita dah jadi mak ayah ni, dah tentulah kita kena fikir, cari jalan untuk improve keadaan anak kita ni kan? So, kita kena fikir, apa agaknya cara yang boleh kita buat untuk bantu anak-anak kita, secara semula jadi, supaya mereka dapat kekal sihat, bertenaga dan dapat otak yang lebih cerdas. Rupa-rupanya, antara solusinya, mudah je… Iaitu dengan MINYAK IKAN ! Khususnya yang kaya dengan Omega-3 (DHA & EPA) lah...  Dulu-dulu saya ingatkan Omega-3 ni penting untuk orang dewasa je. Ye la.. Yang kita selalu dengar pasal manfaat ...

Turunkan Kolesterol, Elak Serangan Jantung, Ini Caranya!

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah dengar pasal kolesterol? Adakah kolesterol itu semuanya jahat? Sebenarnya, kolesterol ni bukanlah semuanya jahat. Kalau nak tahu, tubuh badan kita ni memang memerlukan kolesterol untuk fungsi-fungsi tertentu, termasuklah dalam membina sel, menghasilkan hormon dan juga membantu sistem tubuh badan kita untuk berfungsi dengan baik. Tapi masalahnya… bila kolesterol jahat (LDL) dah naik terlalu tinggi, masa tu lah macam-macam masalah boleh timbul. Contohnya, salur darah boleh tersumbat dan seterusnya jantung kita pun terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi untuk mengepam darah. Tahukah anda, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia , lebih 4.8 juta rakyat Malaysia ada masalah kolesterol tinggi , dan kebanyakannya tak sedar pun yang mereka ada masalah tu. Seram, kan? Tambah pula kolesterol tinggi ni pada awalnya selalunya tak ada simtom langsung. Tahu-tahu je, dapat serangan jantung! Uuuiii.... Seram! Sebab tulah penting untuk kita jaga paras ko...