Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Siapa antara kita yang ada matlamat nak turunkan berat badan sepanjang bulan puasa ni? Cuba angkat tangan! Saya pun tengah angkat tangan ni... 🙋🙋 hihihi... Tapi tahu tak, terdapat satu kajian yang menyatakan: "...Approximately two thirds of the respondents (59.5%) reported weight gain after Ramadan..." (Bakhotmah B. A., 2011) Aduuhh... So boleh tercapai ke agaknya matlamat kurus kita sebelum raya ni? Mesti lah boleh...! Dalam kajian di atas, kita boleh tahu punca kenaikan badan terutamanya adalah disebabkan oleh: 1) Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula 2) Kurang aktiviti fizikal 3) Terlebih makan ketika berbuka puasa Cuba tengok senarai di atas ni, ada tak kita buat salah satu yang terdapat dalam senarai tersebut? Ke ada terbuat semua? 🤦 Bila kita dah sedar kita tergolong daripada mereka yang lakukan perkara di atas, inilah masanya untuk kita ubah. Pilihlah makanan yang cukup khasiat, cukup protein, cukup fiber, kurang lema...