Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Bila kita bercakap tentang B-Complex, antara benda pertama yang akan muncul dalam kepala adalah fungsinya dalam memberi tenaga dan mengawal stress.
Tapi, ada lagi satu peranan lain yang dapat B-Complex offer, yang saya pasti ramai masih tak tahu.
Iaitu peranan B-Complex dalam PENGAWALAN BERAT BADAN.
FIRST THING FIRST...
Untuk mengawal berat badan kita kena faham dan tahu bagaimana untuk bermain dengan kalori.
Untuk turunkan berat badan, the rule of thumb is CALORIE BURN > CALORIE INTAKE.
Ini bermaksud kita kena meningkatkan lagi proses metabolisme badan kita, melebihi daripada apa yang kita makan.
Proses metabolisme sentiasa berlaku dalam badan kita, selagi mana kita masih bernafas. Even kita gerakkan jari pun ada sedikit kalori akan terbakar.
Namun tak cukuplah setakat angkat jari kalau nak turunkan berat badan, kan...
Sebaik-baiknya, kita digalakkan untuk bersenam at least 3 kali seminggu selama 30 minit untuk turunkan berat badan.
So, apa kena mengena cerita ni dengan B-Complex untuk kurus?
Haa.... Ini saya nak cerita ni...
Tahu tak B-Complex dapat membantu permudahkan atau melancarkan lagi perjalanan kurus kita?
Bagaimana?
MENGGALAKKAN PROSES METABOLISME BADAN
Salah satu peranan B-Complex yang best untuk mereka yang cuba turunkan berat badan adalah, B-Complex dapat membantu meningkatkan metabolisme badan.
Vitamin B-Complex bantu dalam proses penghadaman dan penyerapan protein, lemak & karbohidrat yang kita ambil dalam diet seharian kita. Bila proses metabolisme meningkat, itu bermakna lebih banyak kalori dapat dibakar.
Penyerapan protein yang baik juga dapat membantu dalam pembinaan otot, di mana seterusnya ia dapat boostkan lagi proses metabolisme dalam badan.
Proses pembakaran komponen makanan ini juga dapat menjana lebih tenaga untuk kita. So, it's a bonus point!
MENGURANGKAN SELERA MAKAN
Bila badan kita menjalani proses pembakar makanan dengan lebih berkesan, maka ia juga dapat mengawal rasa craving kita daripada nak ambil makanan-makanan manis.
MENGURANGKAN MASALAH RETENSI AIR
Vitamin B-Complex juga boleh bantu untuk mengurangkan masalah water retention, atau gemuk air bak kata orang melayu kita. Retensi air berlaku apabila terdapat lebihan cecair yang bertambah dalam tisu badan kita.
B-Complex dapat membantu dalam penghasilan sel darah merah dengan lebih baik dan seterusnya membantu mengalirkan kembali lebihan-lebihan cecair dalam tisu badan ke dalam salur darah dengan lebih efisien.
Itulah serba sedikit bagaimana B-Complex dapat membantu dalam proses turun berat badan.
But, apa-apa pun, untuk turunkan berat badan, tiada jalan pintas. Saya ingatkan kembali, the rule of thumb is pengawalan pengambilan kalori ye...
Apa-apa supplemen yang saya cadangkan ini adalah hanya sebagai pemangkin sahaja.
Jika anda perlukan B-Complex atau mana-mana supplemen lain untuk membantu memudahkan perjalanan "kurus" anda, jangan malu-malu roger saya ye... Saya akan share dan bantu sehabis boleh...
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
B complex ni saya suka consume sbb bagus elak stress.
ReplyDelete