Skip to main content

Azam Baru! Capai Impian Dengan Shaklee

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Impian dengan Shaklee

Alhamdulillah, tahun 2023 ni dah masuk tahun ke-11 saya dah bersama bisnes Shaklee.

Dan ia bukanlah 11 tahun yang mudah.

Bisnes Shaklee sama seperti bisnes yang lain-lainnya juga.
Sudah tentu ada naik dan turunnya.
Ada masa up, ada masa down.
Begitu juga dengan semangat saya.
Ada masa saya up, ada masa saya down.

Pada awal-awal saya mula dengan bisnes Shaklee, Facebook memang jadi platform utama saya untuk share tentang produk Shaklee.
Saya suka buat poster, walaupun poster saya sangatlah tak cantik... Hahahahah... Tapi saya buat, buat dan buat... Cantik tak cantik itu belakang kira.

Dan saya banyak juga share-share kebaikan Shaklee ni dengan rakan-rakan sama tempat kerja saya dan juga ahli family yang lain.

Alhamdulillah, hasil kerja keras saya tu memang membuahkan hasil. Dalam sebulan tak pernah saya tak dapat bonus daripada Shaklee. Untung retail dapat, bonus pun dapat. 

Betullah seperti yang selalu dicanangkan, siapa buat, memang dia akan dapat, dengan izin Allah... Hazaa min fadhli rabbi... 

Tapi langit tak selalunya cerah...

Saya banyak dapat cemuhan daripada rakan-rakan, tak kisahlah di FB mahupun di alam nyata, secara terang mahu pun secara berkias.

Hati saya benar-benar terluka bila ada rakan yang seakan-akan men"downgrade"kan kami yang buat bisnes MLM ni.

Impian dengan Shaklee

Ada kala saya memang down.

Sinar di ambang pintu...

Impian dengan Shaklee

Walaupun begitu saya nampak semakin ramai rakan-rakan saya yang lain mula share tentang Shaklee di media sosial.
I always wonder... Apa yang membuatkan mereka terus-menerus "tak malu" untuk share tentang kebaikan Shaklee ni, walaupun dapat macam-macam tohmah?

Saya juga dapat tengok ramai rakan-rakan saya share dapat join trip specially sponsored by Shaklee... Bestnya.....

Saya memerhati.
Dan saya nilai.

Mereka buat, mereka dapat!
They work hard for it!
They thrive!
They earn it!

Sikit-sikit saya sedut semangat mereka ni, termasuklah rakan team saya yang sorang ni juga.

Semangat!!!!

And dari situ saya kuatkan hati. Why should I bother with people yang tak hidup dalam kasut kita?

Saya bangkit! Saya semangat!

Saya banyak belajar daripada upline saya. Saya cuba rajin baca dan dengar sharing-sharing ilmu daripada Master Norita.

Impian dengan Shaklee

Saya mula belajar cara untuk mula buat bisnes dan marketing melalui media sosial, sebab memang kebanyakan masa hanya duduk di rumah je kan. So, ini memang platform utama saya sekarang ni.

Untuk berbisnes di zaman sekarang ni sebenarnya lebih mudah, tak boleh jumpa orang, gunakan medium online... Tiada alasan untuk berkata tidak.

Saya belajar juga untuk buat content di Instagram & Tiktok. 
Saya belajar buat marketing softselling.
And now saya nak konsisten untuk post di blog ini.

Dan saya akan terus belajar dan belajar.

Dan saya akan terus share dan share.
Saya tiada reason untuk berhenti.

Impian saya bersama Shaklee

Saya ada banyak impian dalam hidup saya.

But first of all, matlamat saya adalah untuk diri saya sendiri.
Saya nak jadi lebih berani.
Saya nak jadi lebih yakin dengan diri sendiri.

Saya nak jadikan Shaklee sebagai alat untuk saya mencapai kejayaan dan cita-cita saya.
Saya ingin capai "financial freedom".
Saya ingin jadi seorang yang "financially independent", without terlalu bergantung hanya pada pendapatan suami sahaja.

Matlamat saya sekarang ini adalah untuk saya lebih berani untuk share kebaikan-kebaikan produk Shaklee sebagaimana ia telah banyak mengubah kualiti hidup saya sekarang ini. Saya ingin reach lebih ramai orang, dan saya nak lebih ramai tahu tentang betapa bestnya produk Shaklee ni.

Saya juga nak ajak lebih ramai orang untuk sama-sama mengejar impian bersama Shaklee dengan saya. Saya ingin kita sama-sama berjaya mencapai financial freedom dengan Shaklee.

Bukti hidup dah banyak di luar sana.
Ramai yang dah berjaya bebas hutang, boleh pergi becuti, tunaikan umrah, beli kereta, boleh beli rumah, hanya dengan pendapatan Shaklee.

Saya yakin saya juga akan dapat capainya juga pada suatu hari nanti.
Dan saya ingin kongsikan rezeki ini bersama anda juga.

Jika anda adalah seorang suri rumah atau pelajar, atau sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat yang besar seperti saya...
Saya ingin mengajak anda untuk berada dalam gerabak Shaklee ini bersama-sama saya.
Marilah kita sama-sama berpimpin tangan untuk berlari bersama-sama mengejar impian kita masing-masing.
Kali ini, kita jangan kasi lepas!

Anda tak perlu takut, anda tak perlu segan.
Jika anda ada rasa ragu-ragu, I'm just one whatsApp away. Tanya apa sahaja. Saya sedia membantu.

Impian dengan Shaklee

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Post a Comment

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole