Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bisnes

SPM Bukan Pengakhiran: Nasihat Buat Anak-Anak Kita

Assalamualaikum wbt Hai Semua! Alhamdulillah, debaran menunggu keputusan SPM akhirnya dah pun berakhir. Dah tentunya ada yang tersenyum lebar, dan ada juga yang mungkin rasa berat hati nak tengok slip keputusan SPM tersebut. Tapi, apa-apa pun result anak-anak kita, satu benda penting yang kita kena ingat adalah: "SPM bukanlah satu pengakhiran hidup". Sebagai mak ayah, apa-apa pun kita yang kena jadi kuat dan tenang dulu. Biar apa-apa pun result yang mereka dapat, percayalah, setiap anak ada rezeki dan jalannya sendiri. Kadang-kadang jalan itu bukanlah jalan yang kita bayangkan atau inginkan, tapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk mereka yang Allah telah lorongkan. Usaha Itu Tetap Satu Kejayaan Apa-apa pun, Acik nak ucapkan jutaan tahniah untuk anak-anak semua. Bukan sebab gred semata-mata, tapi kerana usaha anak-anak yang berpenat-lelah setelah bertahun-tahun belajar, ulangkaji dan berjuang dalam exam. Tak semua orang ada kekuatan untuk bertahan sampai habis. Jadi usaha an...

Belanjawan 2025: Apa Kesannya & Apa Tindakan Kita?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Belanjawan 2025 baru je dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2024 yang lalu. Rata-rata rakyat Malaysia pasti tertunggu-tunggu apa intipati kandungan pembentangan belanjawan ini, terutamanya yang dari golongan B40 dan M40, nak tahu juga kalau-kalau ada diselitkan tentang bantuan tunai untuk kami-kami ni. Antara isi kandungan Belanjawan 2025 yang menarik untuk rakyat adalah:  - Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerima bujang sebanyak RM600 (max RM4,600 seisi rumah) - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 sebulan (selama 9 bulan) untuk penerima STR kategori isi rumah.  - Kadar gaji mininum meningkat daripada RM1,500 kepada RM1,700. - Kadar bantuan kebajikan oleh KM untuk warga emas dan kanak-kanak keluarga miskin ditingkatkan. - Lebih banyak pusat pendidikan untuk anak berkeperluan khas dan autistik akan dibina. Ada juga kandungan Belanjawan 2025 yang agak merisaukan sebahagian daripada rakyat Malaysia seperti : - Kadar duti m...

Percutian Shaklee ke US Secara Percuma

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Alhamdulillah kita sudah pun sampai ke penghujung Julai 2023. Ini bermakna seminggu sahaja lagi kita nak masuk ke bulan yang baru. Dan ini juga bermakna lebih kurang seminggu sahaja lagi semua Shaklee Qualifiers nak terbang ke US untuk percutian Shaklee yang super duper awesome! Untuk tahun ni, semua qualifiers akan dapat percutian Shaklee ke Los Angeles, US tau! Apa yang bestnya dengan percutian Shaklee ni? First sekali of course keseluruhan trip ini adalah ditanggung penuh oleh Shaklee. Daripada tiket penerbangan, tempat penginapan, makan minum semua Shaklee bayar. Kita yang layak ni (insya Allah, aameen..) tinggal bawak diri ngan baju-bajan je. Dan semuanya tu pun bukan cikai-cikai tau. Flight business class. Menginap di, bukan satu, tapi dua buah hotel mewah! Hotel pertama adalah Hotel Anaheim Marriott Suites. Hotel kedua pula adalah di Hotel Hilton Los Angeles/Universal City Makanan semua first class tip top. Pendek kata, memang Shaklee bagi la...

Kerja Dari Rumah Yang Sesuai Untuk Wanita Suri Rumah

  Assalamualaikum wbt & Hai Semua. Orang tanya... "Tak rasa rugi ke belajar tinggi-tinggi, tapi akhirnya duduk di ceruk dapur je?" Soalan macam ni memang dah banyak kali saya terima masa awal-awal saya buat keputusan untuk tidak lagi bekerja di pejabat. Pada yang masih belum mengenali saya, saya adalah bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan saya adalah pemegang ijazah Sarjana dari Universiti Malaya. Saya juga merupakan bekas Pengajar Sementara atau Tutor di Fakulti Kejuruteraan di UM dari tahun 2009-2012. Agak sukar sebenarnya waktu tu untuk saya membuat keputusan untuk tidak lagi bekerja, memandangkan ekonomi keluarga kami masih kurang stabil.  Tapi, apakan daya, dengan condition anak sulung yang mempunyai masalah Autisme saya yang amat memerlukan perhatian penuh saya, saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak saya. Walaupun begitu, saya sudah pun pasang azam. Walaupun saya tidak lagi dapat gaji tetap daripada UM, saya akan berusaha sesungg...

Saya Pengedar Shaklee Kulai, Senai dan Seluruh Malaysia!

  Assalamualaikum wbt & Hai Semua Pertama-tama sekali, saya nak ucapkan Selamat Datang buat anda ke blog saya. Buat anda yang masih belum mengenali saya, biarlah saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu... Nama penuh saya adalah Siti Rusyida binti Rohim, atau lebih dikenali sebagai Syida Rohim. Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak. Saya adalah bekas seorang Pengajar Sementara di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. Kini saya adalah seorang Suri Rumah yang menjana pendapatan melalui bisnes online Shaklee. Ya... Saya juga adalah merupakan Pengedar Shaklee yang Sah di seluruh Malaysia dan khususnya di sekitar kawasan Kulai dan Senai. Saya sudah pun aktif bersama Shaklee sejak 2012 lagi. Namun setahun sebelum itu, saya memang sudah pun mula mengamalkan supplemen-supplemen Shaklee dan sudah merasakan kesannya yang sangat-sangat positif. Anda boleh baca kisah bagaimana mula saya jatuh cinta dengan supplemen Shaklee di sini . Lepas saya sudah rasa betapa ...