Skip to main content

Kerja Dari Rumah Yang Sesuai Untuk Wanita Suri Rumah

 Assalamualaikum wbt & Hai Semua.

kerja dari rumah

Orang tanya...

"Tak rasa rugi ke belajar tinggi-tinggi, tapi akhirnya duduk di ceruk dapur je?"

Soalan macam ni memang dah banyak kali saya terima masa awal-awal saya buat keputusan untuk tidak lagi bekerja di pejabat.

Pada yang masih belum mengenali saya, saya adalah bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan saya adalah pemegang ijazah Sarjana dari Universiti Malaya. Saya juga merupakan bekas Pengajar Sementara atau Tutor di Fakulti Kejuruteraan di UM dari tahun 2009-2012.

Agak sukar sebenarnya waktu tu untuk saya membuat keputusan untuk tidak lagi bekerja, memandangkan ekonomi keluarga kami masih kurang stabil. 

Tapi, apakan daya, dengan condition anak sulung yang mempunyai masalah Autisme saya yang amat memerlukan perhatian penuh saya, saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak saya.

kerja dari rumah

Walaupun begitu, saya sudah pun pasang azam. Walaupun saya tidak lagi dapat gaji tetap daripada UM, saya akan berusaha sesungguh-sungguhnya untuk jana juga pendapatan dengan buat bisnes kerja dari rumah.

Alhamdulillah, pada waktu tu juga saya sudah pun mendaftar sebagai Pengedar Sah Shaklee. Jadi, lepas saya berhenti kerja di UM, saya teruskan dengan bisnes Shaklee saya. Bezanya kali ini saya hanya perlu buat kerja dari rumah. Dan kali ni lagi best, kan! Sebab sambil-sambil buat kerja dari rumah tu, sambil jaga anak-anak di rumah, sambil buat duit...

Bisnes Shaklee ni memang sangat convenient untuk saya yang bergelar suri rumah ni. Disebabkan bisnes Shaklee ini sangat fleksibel, saya boleh susun jadual saya mengikut kesesuaian keadaan saya di rumah. Jadi saya dapat uruskan masa saya dengan lebih baik, dalam membahagikan masa antara kerja dengan keperluan keluarga.

Saya dah tak perlu nak keluar rumah, bersesak-sesak mengharung traffic jam pagi-pagi untuk pergi ke kerja lagi. Almaklumlah, duduk di kawasan KL. Nak ke UM perlu meredah Federal Highway. Sangat banyak buang masa kami di atas jalan raya je. Bila saya mula kerja dari rumah dengan bisnes Shaklee, saya dapat jimat banyak masa di situ. Bukan setakat jimat masa, tapi jimat kos pengangkutan juga.

kerja dari rumah

Dan apa yang saya perasan bila saya mula kerja dari rumah, saya sebenarnya jadi lebih happy. Walaupun saya perlu bekerja lebih keras untuk dapatkan extra income, tapi disebabkan saya kerja dari rumah dengan tiada tekanan masa tu, saya boleh cakap, kehidupan saya lebih rasa balance. Masa saya kerja di office, saya selalu tak dapat perform dengan baik, disebabkan saya sangat kurang rehat. Almaklumlah anak masih kecil, saya tak pernah dapat cukup tidur. Bila dah kerja dari rumah, saya dapat schedulekan masa saya supaya dapatkan balancekan jadual hidup saya, untuk masa saya berehat dan juga bekerja. Bila saya happy, keluarga pun mestilah bertambah happy kan...

Dan yang lagi menariknya, apa yang membuatkan bisnes Shaklee adalah bisnes terbaik untuk suri rumah adalah sebab yurannya sangat-sangatlah murah. Sekarang ni yuran pun hanya RM35 je setahun. Dan kita tak perlu modal yang besar pun untuk mula berniaga. Boleh jadi tak payah keluar modal pun. Customer nak order, baru kita pergi order daripada Shaklee, dan buat delivery ke customer. Nak minta Shaklee terus pos ke customer pun boleh. Itupun boleh buat tanpa keluar dari rumah pun. Semuanya online je... Convenient sangat, kan...

Sekarang ni dah tahun 2023. Boleh kiralah berapa tahun dah saya hanya kerja dari rumah dengan bisnes Shaklee ni. Saya memang masih setia dengan Shaklee ni sebab nak jalankan bisnes ni sangat mudah. Rasa macam tak ada reason untuk saya tak buat dan tinggalkan bisnes Shaklee ni.

kerja dari rumah

Jom Mula Jana Pendapatan Dari Rumah!

Dengan kemudahan teknologi sekarang ni, suri rumah juga dah boleh buat duit hanya dengan kerja dari rumah. Tiada alasan lagi untuk kata suri rumah tak boleh ada duit sendiri. Ye lah... Minta duit suami pun, mintalah... Tapi kalau dapat buat duit sendiri tu, kepuasan dia lain machiamm tau... Kita nak berbelanja pun, takde rasa bersalah sangat... 

Tapi saya juga tahu, ada juga antara kalangan kita rasa takut nak bermula. Mungkin rasa takut kena scam dengan macam-macam scheme. Saya dulu pun rasa begitu masa mula-mula nak cari peluang buat duit. Hampir jugaklah saya terjerumus dengan scheme apa benda ntah. Tapi bila dia janjikan wang lumayan, macam easy money je kan... Tergoda jugalah.. Nasib baik waras lagi, saya search-search, rupanya company scammer.

Tapi apa yang membuatkan saya percaya dengan Shaklee adalah sebab ia adalah company yang dah berusia almost 70 tahun pada saat post ini ditulis. Dan ia masih berdiri utuh dari dulu sehingga kini. Saya study model perniagaannya, dan saya tahu ia bukan mengamalkan sistem piramid yang zalim. Saya sendiri pun memang dah amalkan supplemennya selama almost setahun sebelum saya mendaftar, jadi saya bertambah yakin dengan syarikat ni. Dan atas sebab itu, saya tak fikir banyak kali lagi dah, saya terus mendaftar dan menjadi Pengedar Sah Shaklee sehingga kini, kerana Shaklee adalah satu company yang boleh dipercayai dan mempunyai credibility. Itu salah satu elemen penting ye untuk kita fikir sebelum kita nak join satu-satu company tu.

Kalau nak tahu juga, pada tahun 2023 ni juga, Shaklee telah menerima Anugerah Trusted Brand for Vitamins & Health Supplements di Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut!

kerja dari rumah

Now, saya boleh kata yang Shaklee adalah antara bisnes online terbaik yang kita suri rumah boleh venture, sebab ianya mudah dan sangat convenient untuk kita. Tak salah untuk mencuba.

Kalau rasa macam tak yakin, jangan risau, wahai sisturrr... Saya kan ada... Saya boleh jadi mentor anda, dan kita buat sampai jadi... Kejar je saya kalau ada nak tanya apa-apa... Ok?

WhatsApp saya tau! Saya tunggu.....

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole