Skip to main content

Tips Bisnes Online Untuk Suri Rumah

 Assalamualaikum wbt dan Hai Semua!

Tips Bisnes Online

Semenjak kos hidup semakin meningkat ni, kebanyakan orang dah mula mencari lubang-lubang lain untuk mendapat extra income. Para suri rumah juga mula suka untuk menjana pendapatan sendiri dengan buat bisnes online, sambil-sambil menjaga hal ehwal keluarga dan rumah. Dah macam jadi new-normal dah.

Saya sendiri adalah suri rumah yang hanya kerja dari rumah. Kalau tanya saya, mana lagi best, kerja di office atau kerja dari rumah, of course saya akan jawab kerja dari rumah lagi best! Sebab kita boleh manage time kita sendiri tanpa perlu ikut schedule yang disusun oleh orang lain. Lepas tu, kita dah tak perlu nak rushing-rushing pagi-pagi menghadap traffic jam untuk pergi ke pejabat. 

Tapi........

Ini tak bermakna kerja dari rumah buat bisnes online tu ditaburi oleh bunga-bunga mewangi je di sepanjang perjalanan. Eewaaahhh.... Bermadah pujangga pulak...

Tapi memang betul, walaupun saya kata best dan seronok, kerja dari rumah ni banyak cabarannya.

Bila dah nama kerja, duit atau income tu takkan datang tanpa kita berusaha. Tak kisahlah di mana pun kita berada, usaha kita mesti kekal sama. 

Tips Bisnes Online

Malangnya bila kita mula kerja dari rumah ni, kebanyakkan kita mempunyai mindset yang salah. Takde boss yang pantau, kita pun buat sambil lewa. Hakikatnya, bila kita kata "we are our own boss", bermakna kita sendiri kena pastikan diri kita kekal berdisiplin dalam menguruskan kerja atau bisnes kita dengan baik. Terutamanya suri rumah lah, mana nak jaga bisnes lagi, nak jaga hal ehwal keluarga lagi, nak kemas rumah lah, baju lah...

Kalau kita tak berjaya menguruskan masa dengan baik, itu yang jadi ada kerja yang terbengkalai. Selalunya itu yang menyebabkan bisnes tak jalan.

Jom saya share sikit tips bisnes online macam mana kita nak atasi cabaran-cabaran kerja dari rumah ni dengan lebih baik supaya kita dapat kekal produktif.

1) Bersiap diri

Walaupun kita hanya buat bisnes online dari rumah, cuba kita disiplinkan diri untuk bangun awal seperti biasa, dan bersiap macam kita nak pergi ke pejabat. Mandi, sarapan, bersiap-siap pakai cantik-cantik, mekap nipis-nipis... Bila kita berpakaian kemas dan cantik macamtu setiap pagi, ibarat nak pergi kerja tu, ia secara tak langsung boleh memberi motivasi dan menjadikan mental kita lebih bersedia untuk menjadikan hari kita lebih produktif, dan menjadikan kita lebih bersungguh bekerja to earn some money, hatta dari rumah. 

Lagi pun kalau kita bercantik-cantik, berwangi-wangi pada awal hari, boleh mendatangkan mood yang lebih baik, menjadikan kita lebih bersemangat, dan less likely untuk kita landing balik atas katil, tengok netflix and chill ke... Heheheheh...

2) Perlu ada jadual rancangan harian atau daily schedule

Walaupun buat bisnes online ni adalah sangat flesibel, itu lebih menjadikan lagi betapa pentingnya untuk kita mempunyai schedule harian supaya kita tak ambil kerja kita sambil lewa. 

Tips Bisnes Online

Macam saya sendiri, saya sudah setkan masa, bila saya akan attend anak-anak, bila saya akan masak, kemas rumah dan sebagainya.

Dan saya juga sudah set masa, bila saya akan mula kerja uruskan bisnes online Shaklee saya.
- Bila saya akan post story atau feed di media sosial
- Bila saya akan menulis blog
- Bila saya akan approach prospek atau customer
- dll...

Saya dah plan dulu apa yang saya nak buat dan perlu buat, kemudian saya setkan masa bila saya akan buat perkara-perkara tu. Kalau tulis dalam journal lagi bagus, supaya kita boleh nampak apa yang dah buat, dan apa yang belum buat. Buat checklist.

3) Jika down, jangan down sorang-sorang

Tips Bisnes Online

Bila bekerja sorang-sorang ni, ada kemungkinan kita juga boleh merasa down. Down sebab tak ada motivasi, hasil kurang dan sebagainya.

Sebab itu perlunya kita untuk reach out kepada team kita. Dalam bisnes Shaklee khususnya, kita mempunyai team besar yang terdiri daripada sidelines, uplines dan master coordinator yang dah tentunya mempunyai sangat banyak pengalaman. Jadi reach out kepada mereka, minta bantuan dan panduan daripada mereka. Dalam Shaklee ni tiada istilah nafsi-nafsi. Kalau berjaya, kita nak berjaya semuanya sekali. Tiada yang nak berjaya sorang-sorang.

Tapi kalau kita tak reach out kepada mereka, tiada siapa yang tahu kita sedang terkapai-kapai. Jadi jangan malu untuk reach kepada teammates kita ye...

4) Ada masa rehat

Ini berbalik semula kepada schedule tadi. Bila jadi mak-mak ni, dengan nak handle bisnes online lagi, kerja-kerja rumah lagi, kita rasa kita kena all-out. All-out tu all-out juga. Tapi jangan lupa juga masukkan dalam schedule tadi masa untuk take a break, tak kisah lah dari kerja rumah mahupun bisnes. Macam kerja di pejabat juga, kita pun ada waktu rehat juga kan.

Ambillah sedikit masa untuk diri sendiri juga. Jangan lupa untuk makan pada waktunya, masa untuk berhobi, masa untuk bersenam, atau take a short nap waktu tengahari tu. Short nap je tau. 20 minit sahaja dah cukup. Jangan sampai bantai tidur 2 jam... Tergendala habis planning semua nanti... 😆

Tips Bisnes Online

Semua ni pun masuk dalam schedule tau supaya kita akan kekal dalam timeline kita.

5) Ada workstation sendiri

Jika kita ada ruang di rumah, seboleh-bolehnya kita setuplah workstation khas untuk kita bekerja. Dan seboleh-bolehnya juga ruang itu bukanlah ruang yang boleh membuatkan kita mudah distracted, macam depan TV, meja makan dan sebagainya. 

Setkan satu meja di mana kita susun segala peralatan kerja kita, seperti laptop, buku, journal, alat tulis dan apa sahaja tool yang diperlukan untuk jalankan bisnes kita. Kalau boleh di workstation kita tu, kita tidak facing ke arah ruang-ruang rumah kita yang lain, yang menyebabkan otak kita mudah nak terfikir-fikir kerja-kerja rumah yang lain, dan menyebabkan kita jadi kurang fokus.

6) Siapkan aktiviti anak-anak

Cabaran terbesar untuk mak-mak suri rumah yang kerja dari rumah adalah bila ada anak kecil yang memang tak boleh baca dan ikut schedule kita. Tak kisah se"perfect" mana pun schedule kita tu, bila anak-anak kecil kita ni perlukan kita, kita mesti nak kena attend mereka, kan...

That's why kita kena juga masukkan dalam schedule kita bila masa kita akan bermain bersama anak, dan bila masa kita akan biarkan anak-anak untuk bermain sendiri. Bila sampai masa untuk mereka bermain sendiri tu, waktu tu la kita fokus untuk settlekan kerja-kerja bisnes online kita.

Tips Bisnes Online

But pastikan mereka ada dalam ruang yang selamat lah ye...

Waktu ni, kita kena creative sikit.

Kita carilah apa-apa aktiviti yang boleh membuatkan mereka boleh leka dalam aktiviti mereka, dan ia tak semestinya screen time. Berikan mereka kotak-kotak cardboard untuk mereka melukis, berikan mereka giant puzzle untuk mereka solve, ataupun boleh berikan busybook yang dah banyak dijual sekarang ni. Rancang aktiviti anak ni sesuai dengan umur mereka. 

7) Be flexible

Walaupun kita dah ada schedule untuk kita follow, ada masa akan ada obstacle yang tak dapat kita nak elak dan kita terpaksa hadapi yang menyebabkan kita tak dapat follow the schedule to a T.

Di sini, kita kena belajar untuk be flexible juga. Jika perkara-perkara begini berlaku kita boleh cuba untuk anjakkan atau olah schedule kita mengikut kesesuaian keadaan kita pada waktu itu.

So far, itu sahaja yang saya dapat share tips bisnes online untuk suri rumah untuk kali ini. Jika anda ada tips bisnes online yang lain, bolehlah kongsikan juga kepada kami di ruangan komen di bawah. Mana tahu ia sangat membantu golongan-golongan suri rumah yang sedang struggle ni kan.

Kalau anda sedang mencari idea untuk menjana pendapatan hanya dari rumah, insya Allah, saya boleh guide dan menjadi mentor anda untuk kita sama-sama buat bisnes online bersama Shaklee. Bisnes Shaklee sangat-sangat fleksibel, produk-produk yang dah terbukti keberkesanannya, dan boleh offer kita dengan pelbagai insentif.

Saya banyak ceritakan kelebihan bisnes online dengan Shaklee di sini. Jemput baca ye.

Jika anda berminat untuk bersama gerabak Shaklee saya, jangan malu-malu untuk whatsApp saya seperti nombor di bawah ni ye.

Tips Bisnes Online

Akhir kata, selamat maju jaya untuk kita semua! You can do it, mommies!!!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole