Skip to main content

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt



Hari ni nak cerita pasal toksik lagi.


Kenapa saya suka cerita pasal toksik?

Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan. 

Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati. 



Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa.



Apa itu sistem limfa?


The lymphatic system - Canadian Cancer Society


Sistem limfa (Lymphatic System) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan oleh badan kita.


Sistem limfa ni terdiri daripada:

  • Limfa - sejenis bendalir yang mengandungi sel darah putih yang melawan jangkitan kuman
  • Kelenjar limfa - tempat di mana limfa melawan jangkitan
  • Saluran limfa - saluran yang mengalirkan limfa ke seluruh badan


Biasanya, sistem limfa berfungsi dengan lancar dan berkesan. 

Walau bagaimana pun, bila badan kita dah ada penuh sangat dengan bahan-bahan kimia, atau ada jangkitan kronik yang tak dirawat, atau pernah mengalami trauma pada tisu limfa, fungsi sistem limfa ini boleh merosot. 



Apa jadi kalau sistem limfa merosot?

Simtom-simtom masalah pada sistem limfa termasuklah bengkak pada tangan dan kaki. Kalau kita tekan kawasan bengkak tu, ia akan berlekuk. Ini disebabkan oleh bendalir yang banyak terkumpul pada bahagian badan tersebut (lymphedema). 




Ada jugak yang mengatakan selulit dan tumor berlemak (lipoma) adalah tanda yang saluran limfa ada masalah.



Masalah-masalah lain yang disebabkan kemorosotan fungsi sistem limfa adalah:



  • Badan penuh dengan toksik

Bila sistem kumbahan badan dah tak berfungsi dengan sempurna, maka banyak la sampah dalam badan. Jadi lah macam-macam penyakit kalau badan banyak sampah kan...


  • Jangkitan

Jangkitan bakteria pada kulit (selulit) dan juga saluran limfa


  • Kanser

Lymphangiosarcoma, sejenis kanser pada tisu lembut yang disebabkan oleh saluran limfa yang tersumbat. Boleh tengok tanda-tandanya melalui warna biru-kemerahan atau keunguan pada kulit.

.........................


So, sekarang kita dah tau yang sistem limfa kita sangat penting untuk pastikan dalaman badan kita sihat dan bersih. 

Untuk kurangkan bebanan pada sistem limfa kita supaya ia dapat berfungsi dengan lebih baik, di bawah saya kongsikan beberapa cara:



  • Ambil diet yang sihat

Kurangkan makanan yang dah diproses untuk kurangkan bebanan toksik pada badan kita


  • Detoks dan pembersihan usus

Ini untuk mengurangkan bebanan pada hati dan buah pinggang, dan seterusnya mengurangkan tekanan pada limpa.


  • Kenal pasti alahan

~ Certain orang akan ada alahan yang boleh affect penghadaman
~ Boleh amalkan Vitalea, multivitamin terbaik, supaya dapat support fungsi sel, penghadaman dan perkumuhan

~ Boleh juga amalkan Alfalfa Complex dan Herb Lax untuk bersihkan usus, dan seterusnya dapatkan usus yang lebih sihat

~ Amalkan diet yang hypoallergenic


  • Minum lebih banyak air yang bersih dan dah ditapis

~ Boleh invest untuk dapatkan Get Clean Water Filter untuk dapatkan air minuman yang lebih bersih
~ Minum air 6-8 gelas sehari untuk menghidratkan badan

  • Bernafas daripada dalam

~ Daripada hidung, bukan mulut
~ Untuk menggerakan bendalir limfa ke seluruh badan dengan lancar


  • Kerapkan bersenam

Bersenam 5 minit pun dah cukup untuk pastikan sistem limfa dapat berfungsi dengan baik


  • Jangan takut untuk berpeluh

~ Berpeluh boleh membantu untuk detoks badan kita dan menyokong fungsi limfa
~ Elakkan guna deodoran berunsur aluminium yang boleh menambahkan toksin dalam badan dan  yang mengelakkan perpeluhan.


  • Elakkan pakai baju ketat-ketat

Boleh beri tekanan pada nodus limfa dan menghalang aliran limfa

  • Urut di bahagian selulit


Insya Allah, kalau buat setiap hari, boleh melancarkan aliran limfa, di kawasan pangkal peha khususnya, seterusnya boleh hilangkan selulit.




  • Jangan stress

Bila stress, kadang-kadang boleh menyebabkan limfa jadi 'blocked'



Itu je sharing saya setakat ni...


Salam sihat daripada saya...




** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
Twitter : @SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...