Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Siapa yang mengenali saya mungkin tahu yang saya ada seorang anak boboy bernama Amir Mujahid bin Haziq yang sangat comey, manja dan hensem.. heheh.. kalau bukan mak sendiri yang nak puji, siapa lagi yang nak puji, kan? Nak tunggu bini puji, umur baru 2 tahun. Okey, dah melalut... Inilah anak saya...~ Comel tak?? heheh... Anak saya selalu sangat diuji dengan penyakit. Anak saya amat kerap demam, selsema dan batuk. Yang paling memilukan sekali, setiap kali selsema dan batuk, dia mesti akan dapat asthma sekali. Waktu tidur, selalu dengan bunyi wheezing pada dada dia. Sangat kesian bila anak sekecil ini terpaksa menghadapi kesesakan nafas seperti itu. Kita yang dah dewasa ni sekali pun, mesti rasa sangat sakit bila dada terasa macam dihimpit. Susah bernafas. Inikan pula anak kecil yang baru berusia setahun. Ni masa Mujahid 1st time ever ambil nebulizer sewaktu berusia setahun 3 bulan Saya teringat semasa umur Mujahid hampir mencecah 2 ta...