Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Peppermint-Ginger Plus

Macam Mana Nak Detoks Badan?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Harini saya nak share pasal detoks. Kenapa kita kena detoks? Simtom-simtom seperti cepat letih , muka naik jerawat , cepat terkena jangkitan boleh jadi simtom-simtom badan kita penuh dengan toksin. Bila jadi tanda-tanda ni, kita kena ambil tindakan untuk mulakan proses detoks pada badan. Macam mana nak detoks? Mula-mula sekali benda yang paling utama adalah, JAUHI MAKANAN DAN PERSEKITARAN YANG TAK SIHAT . Sebab kebanyakan toksin dalam badan adalah berpunca daripada bendasing toksin di luar yang masuk dalam badan kita. Second, kita kena perbanyakkan dan PELBAGAIKAN JENIS MAKANAN SIHAT . Amalkan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna. Kenapa saya kata kena pelbagaikan? Sebab setiap buah atau sayur itu carries different kind of nutrition. So, kalau boleh kita nak grab semua nutrition yang baik-baik. Lagipun, kalau kita amalkan makan epal je misalnya, kita pun akan bosan kan... Third...

Kawal Lelah Dengan Supplemen

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Sebelum saya bercerita lebih lanjut pasal supplemen, saya rasa better untuk ceritakan dulu apa itu penyakit Asthma atau Lelah. APAKAH ITU ASTHMA Penyakit asthma adalah apabila berlakunya penyempitan di saluran tenggorok (bronchial tubes). Penyakit ni memang biasa berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Siapa yang dah pernah kena lelah, tahulah betapa stressnya nak control lelah ni, sebab kadang-kadang tak dapat nak jangka bila ia akan menyerang. Nak merawatnya pun payah. SIMTOM-SIMTOM ASTHMA Kita tahu seseorang tu menghidap lelah bila kita boleh dengar bunyi 'wheezing' sewaktu dia bernafas. Orang yang lelah ni jugak sering batuk-batuk dan susah untuk bernafas . Penyakit lelah ni, kalau tak dirawat dan tak diambil apa-apa tindakan, boleh membunuh tau. Jaga-jaga...  PENYEBAB ASTHMA Masa seseorang diserang asthma, sebenarnya gelung otot yang mengawal saiz bronchial tubes tu mengetat. Otot-otot ni dikawal oleh saraf. Tapi, masih belum...

Resepi ESP / Life Cinch Smoothie bersama Oren dan Pisang

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Okay, hari ni saya nak share lagi satu resepi. Kali ni nak share resepi smoothie. Bahan-bahan: 175ml jus oren (kalau boleh yang diperah sendiri) 1 biji pisang (panjang) (dihiris) 1 sudu besar madu 1 sudu besar ESP/Life Cinch 1 sudu kecil serbuk kacang badam 1 biji Peppermint-Ginger Plus (optional) Beberapa ketul ais Penyediaan: Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam blender, dan blendkan sahaja sampai ia jadi pekat dan halus. Senang kan? hehehe... Berkhasiat ke tak? Mestila kannn... Bukan je dapat khasiat daripada protein ESP/Life Cinch Shaklee tu, malah leh jugak dapat khasiat daripada buah-buahan. Ditambah pulak dengan Peppermint-Ginger Plus. Waahhh... Memang sangat mantopp laa... Kalau rasa cam rasa kurang manis ke, leh je tambah lagi madu tu, bukan gula tau... Kenapa tak boleh tambah gula?? Bukan tak boleh, tapi dari segi vitamin dan mineral content, madu lebih bagus. Lagi pun madu lebih banyak memberi tenaga. Tapi, jangan b...

Kebaikan Halia

Kita selalu gunakan HALIA dalam masakan, kan? Saya ingat lagi masa berpantang dulu, ummi saya pernah bakar hirisan-hirisan halia nak dijadikan lauk.... erkkk... saya ni memang la tak boleh sangat makan benda-benda macam tu. Setengah orang suka, setengah orang yang macam saya ni.. Memang kurang berminat la... Tapi, tahu tak halia sangat banyak kelebihannya, terutama dari segi kesihatan. Lebih 2000 tahun dulu, perubatan Cina telah mencadangkan penggunaan halia untuk bantu menyembuh dan mencegah beberapa masalah kesihatan. Halia dipercayai dapat menggalakkan peredaran tenaga dalam badan dan meningkatkan kadar metabolisme badan kita.  Apa lagi kebaikan-kebaikan halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.   Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk meningkatkan aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam, dan peluh berlebihan. Mengurangkan "Motion Sickness".   Halia berkesan untuk masalah loya yang dikaitkan dengan m...