Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Youth Skincare

Manfaat Vitamin E Dalam Penjagaan Kulit Yang Lebih Sihat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Perasan tak rata-rata dalam produk skincare, ramai yang suka kalau produk tu ada Vitamin E. Tapi ramai juga yang masih tak tahu akan betapa banyaknya kebaikan Vitamin E, tak kisahlah dalam produk skincare atau pun supplemen kesihatan. Vitamin E bukan sahaja mempunyai ciri-ciri antioksidan yang memang powerful, tapi ia juga boleh beri banyak kebaikan terutamanya dalam memberikan kelembapan pada kulit. Dalam entri kali ini, saya nak sharekan serba sedikit tentang apa kebaikan dan kepentingan Vitamin E pada kulit kita. But first... Apakah itu Vitamin E Vitamin E adalah salah satu daripada vitamin larut lemak. Ini bermaksud Vitamin E adalah bagus diambil bersama makanan-makanan yang berlemak untuk mendapatkan penyerapan yang lebih optimum. Selain itu, ia juga bermaksud vitamin ni boleh disimpan dalam badan, iaitu di bahagian tisu-tisu lemak dan juga organ hati. Antara vitamin larut lemak yang lain adalah Vitamin A, D dan K. Seperti Vitamin B, Vitamin E ...

Cara & Petua Hilangkan Jeragat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Masalah jeragat boleh terjadi pada semua orang tak kisahlah apa jenis kulit kita sekali pun. Ia biasanya terjadi disebabkan oleh tekanan persekitaran, terlalu lama terdedah pada cahaya matahari dan juga proses penuaan.  Walaupun masalah jeragat ini bukanlah satu masalah yang membahayakan, tapi kalau kita tak ambil tindakan, ia boleh menyebabkan tona kulit kita akan nampak tak sekata dan akan boleh jadi kekal selama-lamanya. Habislah impian kita nak dapatkan kulit licin dan bersih. Kita pun akan jadi kurang yakin dengan penampilan diri sendiri. Oh no!  But alhamdulillah, dengan cara yang betul, kita boleh berusaha untuk memudarkan jeragat supaya ia tak nampak terlalu ketara pada wajah kita.  Sebelum saya cerita lebih jauh, mari saya share sedikit tentang apakah itu masalah jeragat dan kemudian saya akan sharekan sedikit petua untuk hilangkan jeragat. Apakah itu jeragat? Jeragat atau skin hyperpigmentation adalah satu istilah yang diguna...

Amalan-amalan Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Sedar tak sedar kita dah masuk tahun ketiga melepasi pandemik COVID-19. Walaupun kini kita sudah agak bebas, dah boleh mula beraktiviti dan bersosial di luar, tapi kesan pandemik itu masih ada sehingga kini, at least pada diri saya sendiri dan keluarga. Semenjak pandemik haritu, banyak rutin kami sekeluarga sudah berubah. Saya masih ingat, dulu sebelum pandemik, setiap pagi hari Ahad kami akan ke Hutan Bandar, satu tempat rekreasi keluarga di tempat saya tinggal; kami akan sama-sama buat " slow jog " dan anak pula akan bermain di playground .  Tapi lepas pandemik melanda dunia, kita semua terpaksa berkurung di rumah. Semua rutin jadi berubah. Awal-awal tu, kami semangat juga. Kami buat juga larian sekeliling porch rumah untuk gantikan aktiviti larian kami. Tapi lama-kelamaan, semangat tu jadi semakin merudum. Daripada 5 kali seminggu, ke 3 kali seminggu ke 1 kali seminggu. Lama-lama, kami dah tak buat dah larian sekeliling porch tu. Akibat...