Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Masalah jeragat boleh terjadi pada semua orang tak kisahlah apa jenis kulit kita sekali pun. Ia biasanya terjadi disebabkan oleh tekanan persekitaran, terlalu lama terdedah pada cahaya matahari dan juga proses penuaan.
Walaupun masalah jeragat ini bukanlah satu masalah yang membahayakan, tapi kalau kita tak ambil tindakan, ia boleh menyebabkan tona kulit kita akan nampak tak sekata dan akan boleh jadi kekal selama-lamanya. Habislah impian kita nak dapatkan kulit licin dan bersih. Kita pun akan jadi kurang yakin dengan penampilan diri sendiri. Oh no!
But alhamdulillah, dengan cara yang betul, kita boleh berusaha untuk memudarkan jeragat supaya ia tak nampak terlalu ketara pada wajah kita.
Sebelum saya cerita lebih jauh, mari saya share sedikit tentang apakah itu masalah jeragat dan kemudian saya akan sharekan sedikit petua untuk hilangkan jeragat.
Apakah itu jeragat?
Jeragat atau skin hyperpigmentation adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan masalah pigmentasi tidak sekata pada kulit, iaitu apabila ada bahagian-bahagian pada kulit kita kelihatan lebih gelap daripada bahagian-bahagian yang lain. Bintik-bintik hitam atau bintik-bintik penuaan ini boleh muncul dalam tompokan yang kecil atau pun yang lebih besar. Dan ia bukan sahaja boleh terjadi pada wajah kita, tapi juga pada bahagian-bahagian lain pada tubuh badan kita.
Apakah punca jeragat?
Jeragat pada kulit berlaku apabila kulit kita menghasilkan lebih banyak melanin daripada biasa. Apa pulak melanin tu? Melanin ialah satu pigmen yang bertanggung jawab dalam memberikan warna dan tona pada kulit. Ia juga berfungsi untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV yang berbahaya.
Punca jeragat yang paling biasa berlaku adalah:
Terdedah pada cahaya matahari yang terlalu lama
- cahaya matahari boleh membuatkan kulit kita menghasilkan lebih banyak melanin.
Hormon
- hormon boleh menyebabkan sejenis masalah hyperpigmentation yang dipanggil melasma, di mana ia akan menyebabkan berlakunya tompok-tompok atau bintik-bintik gelap pada bahagian muka atau badan. Biasanya masalah ini berlaku semasa fasa menopos atau kehamilan.
Keradangan
- Ini selalu berlaku selepas seseorang mengalami masalah jerawat atau eczema, di mana kulit akan memberi tindak balas terhadap keradangan daripada masalah kulit tu dengan menghasilkan lebih banyak melanin
Menggunakan produk skincare yang salah
- Cara penggunaan produk skincare yang salah atau tidak bersesuaian dengan jenis kulit boleh membuatkan kulit kita mungkin menjadi lebih kering di mana ia boleh mengakibatkan kulit kita menghasilkan lebih banyak melanin.
Menggunakan alat solekan yang tidak sesuai dengan jenis kulit
- Individu yang mempunyai kulit jenis yang sensitif kadang-kala boleh mendapat masalah melasma selepas menggunakan alatan kosmetik yang tak bersesuaian dengan kulit
Bagaimana cara untuk bantu menghilangkan jeragat?
Untuk merawat masalah jeragat ini memang akan mengambil masa. Oleh sebab itu, kita kena bertindak dengan segera bila kita mulai sedar kita mempunyai masalah jeragat. Dan usaha kita pun perlulah dilakukan dengan secara konsisten supaya kita dapat melihat kesan yang lebih bagus dan pantas.
Jika jeragat ini tidak dirawat, ia boleh kekal pada kulit kita selama bertahun-tahun, atau pun boleh jadi selama-lamanya. Tapi, kita boleh bantu memudarkan jeragat ini dengan memilih dan menggunakan produk skincare yang bagus dan sesuai setiap hari untuk memperbaiki keadaan kulit kita. Pada masa yang sama, kita juga perlu mengubah gaya hidup kita supaya kulit kita tidak jadi bertambah rosak pada masa hadapan.
Jom saya sharekan serba sedikit petua hilangkan jeragat yang mudah untuk kita amalkan dan dapat membantu kita semua untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan sekata:
1) Menggunakan produk skincare yang mempunyai kuasa exfoliating
Proses penggelupasan atau exfoliation adalah penting untuk mendapatkan sel kulit yang sihat dan keupayaannya untuk menjana semula kulit 'baru'. Ini membawa kepada penghasilan kulit yang lebih berseri dan wajah yang lebih segar dan muda. Tambahan lagi, bila kita lakukan exfoliation, bahan-bahan aktif daripada produk skincare yang lain akan dapat meresap masuk ke dalam kulit dengan lebih berkesan.
Tapi perlu diingatkan juga untuk tidak over-exfoliate kulit kita, di mana ia boleh menyebabkan masalah jeragat akan menjadi lebih teruk.
Produk yang saya syorkan adalah: YOUTH™ Luminous Gel Oil Cleanser
- Pembersih muka 3-dalam-1, tidak mengandungi sabun dan pH-seimbang
- menggabungkan campuran vitamin berpaten, polifenol serta alga yang boleh exfoliate kulit kita dengan lembut, membersih, dan menyediakan kulit kita untuk langkah seterusnya.
2) Jangan Picit Jerawat
Ini memang saya suka. Pantang tengok jerawat sikit, suka betul nak picit. Kononnya bila kita picit jerawat tu, lebih mudah jerawat tu akan cepat pulih. Kononnya la... Malangnya, bila kita picit jerawat tu, ia boleh menyebabkan kawasan jerawat tu akan menjadi radang dan luka dan boleh meninggalkan parut.
3) Guna Sunscreen setiap hari
Terlalu kerap terdedah pada cahaya matahari selalu menjadi punca utama kepada masalah jeragat. Oleh sebab itu dah tak boleh disangkal lagi betapa pentingnya untuk kita memakai sunscreen dengan cukup setiap hari. Sunscreen bukan sahaja boleh bantu melindungi kulit kita daripada kerosakan akibat sinaran UVA dan UVB yang berbahaya tetapi juga mencegah daripada mendapat cancer kulit
Sunscreen yang saya syorkan adalah: YOUTH™ Age Defense Moisturizer - SPF 50
- Sejenis krim sunscreen berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB.
- Dihasilkan dengan gabungan vitamin dan botani bernutrien bukan sahaja melinduni kulit kita daripada sinaran UV, tetapi juga dapat melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit kita secara menyeluruh.
4) Menggunakan Skincare yang Diperkaya dengan Vitamin C
Skincare product yang diperkaya dengan Vitamin C dapat menggalakkan penghasilan kolagen dan juga dapat melindungi kulit kita daripada kerosakan akibat sinaran UV. Vitamin C juga boleh bantu memudarkan jeragat dan memberikan kita kulit yang lebih halus dan berseri.
Cadangan saya adalah: YOUTH™ Radiance C + E
- berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.
- Mengandungi sebanyak 20% dos vitamin C tulen dan vitamin E berpaten serta ekstrak sel raspberi bagi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.
- Mengurangkan kehadiran bintik-bintik penuaan, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
- Boleh digunakan sebagai spot treatment
5) Mengamalkan supplemen yang boleh bantu kita untuk atasi masalah jeragat.
Antara supplemen yang dicadangkan adalah:
CarotoMix
- membekalkan 4 jenis karotenoid yang utama termasuklah alpha dan beta carotene, lycopene dan lutein daripada ekstrak pati yang pekat yang dah diketahui kaya dengan ciri-ciri antioksidan
- membantu melindungi kulit kita daripada kerosakan akibat sinaran UV dan juga dapat mengurangkan masalah jeragat dengan menghalang pembentukan melanin dan bintik-bintik hitam.
- sejenis antioksidan yang dapat membantu dalam menggalakkan lagi ketahanan kulit terhadap sinaran UV daripada matahari yang merosakkan.
- menghalang berlakunya sintesis melanin yang menyebabkan jeragat
- membantu mencerahkan bahagian kulit yang jadi gelap akibat jeragat
B-Complex
- Mengandungi niacin yang boleh merawat pelbagai masalah kulit termasuklah acne dan jeragat.
- Menjadikan kulit kita lebih sihat dan kuat dalam menahan daripada kerosakan akibat radikal bebas kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan juga anti radang.
Vivix & Res-V
- Mengandungi kandungan polifenol bioaktif yang dapat melindungi kulit kita daripada kerosakan akibat radikal bebas
- Polifenol sudah terbukti secara saintifik sangat bermanfaat dalam mengurangkan proses penuaan pada kulit dan menghalang daripada mendapat masalah jeragat kulit.
Itulah serba sedikit petua untuk hilangkan jeragat yang dapat saya kongsikan untuk menjadikan kulit kita nampak lebih bersih dan berseri.
Di bawah ni saya sharekan beberapa testimoni selepas menggunakan produk skincare Youth dan supplemen Shaklee dalam mengatasi masalah jeragat.
Nampak glowy dan cantik-cantik semuanya, kan?
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk yang saya cadangkan di atas, bolehlah whatsApp saya seperti nombor yang saya berikan di bawah ni ye.
Semoga perkongsian ini memberi bermanfaat!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment