Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Multivitamin adalah sejenis supplemen yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang penting untuk badan kita. Multivitamin adalah sangat-sangat digalakkan untuk diamalkan lagi-lagi untuk mereka yang tak dapat mengambil diet yang seimbang.
Pada yang biasa dengan Shaklee, pasti tahu yang Shaklee juga ada satu produk supplemen multivitamin yang bernama Vitalea, atau nama penuhnya Vitalea with Iron Formula. Dan multivitamin Shaklee ini juga adalah antara supplemen Shaklee pertama yang saya amalkan, di samping beberapa lagi supplemen lain.
Baru-baru ini, Shaklee baru sahaja keluarkan satu berita tergempar! Iaitu Shaklee dah tak lagi keluarkan lagi produk Vitalea with Iron Formula ni.
Tapi, jangan sedih, jangan takut. Sebab... Shaklee akan gantikan produk Vitalea ni dengan satu supplemen multivitamin lain yang lebih hebat dan mantap dengan formula baru, iaitu satu supplemen yang diberi nama VITA-LIZE!
Apa perbezaan yang terdapat pada VITA-LIZE?
- Setiap hidangan Vita-Lize membekalkan kita dengan 35 jenis vitamin dan mineral yang penting dan kritikal untuk badan kita
- 2 tablet Vita-Lize juga membekalkan kita dengan 600mcg asid folik dan juga Vitamin B, iaitu dalam jumlah yang lebih banyak berbanding Vitalea sebelum ini.
- Vita-Lize mempunyai sistem penghantaran micro-coating yang berpaten, yang direka khas untuk memastikan badan kita dapat menyerap asid folik yang lebih baik.
- Vita-Lize juga kini sudah diperkaya dengan Vitamin K1, yang penting dalam proses penggumpalan darah, dan mengelakkan masalah pendarahan.
Adakah penting untuk kita amalkan VITA-LIZE?
Kebanyakan berasa yang mereka tak perlu amalkan supplemen multivitamin Shaklee ni disebabkan mereka yakin mereka sudah dapat nutrisi yang diperlukan hanya daripada diet seharian.
Namun begitu...
Mengikut hasil kajian daripada Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) pada tahun 2014, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil cukup makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral, terutamanya sayur-sayuran, produk tenusu dan legum serta kekacang. Kekurangan pengambilan kumpulan makanan ini menyebabkan kita akan mengalami kekurangan mikronutrien dalam badan.
Jadi pengambilan multivitamin Shaklee ni adalah sangat digalakkan untuk mengurangkan risiko masalah kekurangan nutrisi, terutamanya bagi mereka yang tak dapat nak ambil dan amal kepelbagaian jenis makanan.
Dan ada juga beberapa golongan yang memerlukan lebih banyak nutrien berbanding paras yang normal, seperti wanita yang hamil dan yang mengalami masalah-masalah kesihatan yang lain.
Siapakah yang digalakkan untuk mengamalkan VITA-LIZE?
- Mereka yang mengamalkan diet-diet tertentu yang khusus seperti diet atkin, diet gluten-free, vegetarian, dan sebagainya.
- Mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja seharian
- Mereka yang mempunyai masalah-masalah kesihatan yang boleh mengganggu proses penyerapan nutrien daripada pemakanan seharian.
- Mereka yang sering mengalami stress
- Mereka yang ada mengambil ubat-ubatan yang mengganggu penggunaan nutrien dalam badan
- Mereka yang mengalami masalah kurang berat badan
- Mereka yang sentiasa aktif
- Mereka yang tidak dapat mengamalkan diet seimbang dan picky-eater
- Wanita hamil
- Wanita yang sedang menyusukan anak
Apa yang akan terjadi jika kita tak cukup nutrien dalam badan?
Kita mesti mencukupkan nutrien perlu dalam badan adalah kerana nutrien-nutrien ini penting supaya sistem-sistem dalam badan kita dapat menjalankann fungi-fungsinya dengan baik.
Jika kita mengalami kekurangan nutrien tertentu, maka ia boleh mengganggu dan merencatkan proses-proses yang berlaku dalam badan kita.
Sebagai contoh...
Vitamin D
Vitamin D adalah penting untuk memastikan badan kita dapat menyerap kalsium dengan baik.
Masalah kekurangan Vitamin D boleh mengakibatkan badan tak dapat menyerap kalsium dengan baik, yang boleh membawa kepada kekuatan tulang yang menurun.
Kalsium
Kekurangan kalsium selalunya adalah disebabkan diet yang tak seimbang, penyerapan kalsium yang kurang bagus akibat kekurangan Vitamin D dan juga senaman yang berintensiti tinggi.
Antara akibat kekurangan kalsium adalah seperti kebas-kebas jari, tulang yang tidak kuat, osteoporosis dan kelesuan.
Zat Besi
Kekurangan zat besi atau anemia banyak berlaku pada golongan wanita terutamanya yang masih dapat "period" setiap bulan. Golongan inilah yanglagi-lagi sangat perlu untuk pastikan mereka mendapat zat besi serta Vitamin C yang cukup kerana kerap kehilangan darah semasa menstruation.
Apabila berlaku masalah anemia, ia boleh mengakibatkan berlakunya kelesuan, lemah otot, sakit kepala dan sebagainya.
Oleh sebab itu, saya sangat menyarankan untuk kita semua untuk amalkan supplemen VITA-LIZE ini.
Kenapa VITA-LIZE? Bukan multivitamin yang lain?
Sebab pada hemat saya, VITA-LIZE adalah multivitamin terbaik! Tengok sahajalah gambar di bawah ni, anda akan faham 😉.
Jika anda nak bertanya lebih lanjut tentang Vita-Lize, boleh hubungi saya k!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment